Cara Guna Wang Pos atau Postal Order
Wang pos atau Postal Order sebenarnya telah lama wujud. Servis dari Pos Malaysia ini masih lagi digunakan sehingga kini. Walaupun telah lama wujud tetapi FN baru je guna servis ni. Itupun sebab nak dapatkan official transkrip akademik Uitm dan salah satu cara pembayarannya menggunakan postal order.
Merujuk kepada portal Pos Malaysia, postal order dinyatakan seperti berikut:
Ciri-ciri Wang Pos:
- Cara paling mudah untuk mengirim wang dalam jumlah yang kecil
- Kiriman bermula dari nilai denominasi tetap RM1.00 hingga RM100.00
- Boleh digabungkan bergantung kepada jumlah kiriman
- Boleh didapati di semua Pejabat Pos
- Penebusan boleh dibuat di semua Pejabat Pos dan Pejabat Pos Mini
- Tarikh luput adalah tiga (3) bulan dari hari terakhir bulan pengeluaran
Kelebihan Wang Pos atau Postal Order:
- Rangkaian Pejabat Pos yang meluas untuk pembelian atau penebusan Kiriman Wang
- Penebusan kiriman Wang Pos Singapura dan Brunei diterima
Kadar Bayaran:
Komisen adalah berdasarkan denominasi seperti berikut:
- RM1-10 sen
- RM2-20 sen
- RM3-20 sen
- RM4-20 sen
- RM5-30 sen
- RM10-50 sen
- RM20-50 sen
- RM30-50 sen
- RM40-50 sen
- RM50-60 sen
- RM100-RM1.20
Memandangkan FN ingin mencuba sesuatu yang baru, maka FN memilih untuk membuat pembayaran menggunakan postal order. Nilanya tidak lah besar cuma RM10. Cara untuk menggunakan postal order tersebut:
- Pergi ke Pejabat Pos dan dapatkan borang di Kaunter.
- Kemudian, lengkapkan borang tersebut dan ambil nombor giliran. Contoh borang seperti di bawah.

3. Bila nombor giliran dipanggil, sila buat bayaran di kaunter tersebut. Kalau RM10 akan ada tambahan lagi iaitu Fee sebanyak RM0.50 dan seperti biasa GST 6%.
4. Selesai proses di atas, maka pegawai di kaunter tu pun akan bagi postal order pada kita.

5. Selepas itu, sila pastikan butiran bayar kepada dilengkapkan. Pada bahagian belakang terdapat ruangan untuk maklumat pengirim. Sila lengkapkan juga. Jangan sesekali biarkan kosong bagi mengelakkan kes seperti disalahguna oleh pihak lain.
6. Salinan pengirim juga dilekatkan sekali bersama postal order ni. Sila ceraikan dan simpan untuk rujukan kita.
7. Bila dah siap, masuk dalam sampul surat kemudian tampal setem dan alamatkanlah kepada siapa anda mahu bagi. Akhir sekali, tunggulah apa yang dihajati sampai ke rumah anda.
Rujukan: http://www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/perkhidmatan-kewangan/?kiriman-wang#kiriman-wang-tempatan
pasal wang pos pun encik sudi kongsi dlm blog..hebat
saje kongsi untuk panduan yg tak pernah guna..dan ini antara post yang dpt ranking top 3 dlm blog saya. Menunjukkan ramai yg cari info pasal wang pos ni. hehehe.
Assalamualaikum,encik!Sya nak tnya kalau nk hantar kat org kan kena isi info kn…basic infonya apa ya? Selain address dan nama penerima?
waalaikumussalam..
nama & address pun dah ok.. yg penting jgn biarkan kosong
wang pos ni perlu salinan IC jugak ke ? semua outlet ?
tak perlu
kalau nak refund balik wang pos boleh tak??
tak pasti pula..boleh cuba tnya kaunter in case boleh tukar sebab tak guna lagi kan
Boleh di buat di kaunter pos laju ke?
kena pegi kaunter pos biasa
Nak tanya, kalo pos tu ke org bukan warga negara boleh ke? Sebab kat bahagian penerima kena ada no kad pengenalan
boleh.
wang pos boleh dibeli secara online tak?
terima kasih.
setakat yg saya tahu cuma ada di kaunter POS
Terima kasih, post ni sgt membantu. Cuma nak tnya macam mana kalau nak beli dengan no bukan bulat? Cth RM26.50. Satu lg kat borang tu ada kene tulis maklumat penerima tak?
setahu saya memang dah ada standard amount tu.
saya pun tak pernah lagi jumpa arahan bayaran guna amaun yg mcmtu.. biasanya 10,20, 50..
seeloknya tulis maklumat penerima untuk elakkan disalahguna kalau takde sebarang info pasal penerima.
hello saya nak tanya .kalau saya dah pos wang pos ni . tapi taksmpai ke owner . sebab owner dah xdak . so kita nak buat macam mana . p pjabat pos depa suruh tnggu . 3 bulan . after 3 bulan kita boleh dapat balik ke ?
Saya belum pernah ada experience mcm ni..
kalau pej.pos pun kata kena tunggu 3bln, mungkin lps 3bln tu boleh refund.
Assalamualaikum. Tahu tak apa beza Wang Pos dan Kiriman Wang?
wa’salam.
secara ringkasnya, wang pos ni hanya untuk kirim wang yang kecil.
Kiriman wang tu untuk jumlah yang lebih besar.
untuk maklumat lanjut boleh rujuk portal POS Malaysia https://www.pos.com.my/bm/perkhidmatan-pos-dan-kurier/perkhidmatan-kewangan/?kiriman-wang
Thank you for the info
your welcome
Salam..hye…biasanya ada isi borang kerja kosong then suruh sertakan sekali wang pos atas nama pihak tersebut, diaorg nk buat apa wang pos tu ?
wslm.. 1st time tau isi borang kerja kena bagi wang pos.
Saya pun tak pasti apa tujuannya. Mungkin wang tu digunakan sebagai admin fee.
sebab pernah dengar juga di career fair yang kena bayar RM10 untuk dapatkan borang.
Memang buat duit la company tu.
I guess so..hmmn..ok la by the way, thank you for replying. This post helped me a lot. 😊keep it up !
your welcome..(^_^)
salam tuan, kalau wang pos saya hantar ke jabatan melalui despatch boleh ke? tapi wang pos ini harus bersampul atau tidak.
wslm..guna despatch pun boleh. seeloknya bersampul dan tulis alamat penerima di luar sampul..
wang pos ni boleh bayar guna kad kreditt takk ?? atau cash sahaje ??
tak pasti pulak. saya bayar guna cash je
Boleh kah wang pos di tukar di indonesia
transaksi ni melibatkan pos malaysia.
Boleh ke org post duit kat kita menggunakan post laju
kalau postal order boleh la guna poslaju tp duit tunai mmg tak digalakkan atas faktor keselematan.
macam mna nk buat pembayaran wang pos untuk akauntan negara malaysia????sbb xde alamat.tkpe ke tulis kepada akauntan negara malaysia sahaja???
boleh je nak tulis mcm tu.. sebab tak perlu pun nak tulis alamat.
mcm kes saya sebab nak kena poskan, tu yg kena ada alamat😁
Cikgu saya suruh beli wang pos RM 25 ringgit lepas bagi kat dia.mcam mana nak beli and mcm mana nk isi borang?
kena pegi pejabat pos.. minta borang di kaunter. kt dlm borang tandakan pd nilai RM 5 & RM20. Boleh tanya staf di kaunter kalau x faham.
Sgt membantu. Terima kasih.
alhamdulillah..
sama2
Hai.. Kalau tersalah isi wang pos macam mana ye? Nak buat surat tak utk refund? Amount rm10.
Salah mcm mana tu? Maksudnya penerima dah terima lebih ke?
Kalau salah tulis alamat penerima (money order) mcm mana ekk?
kalau alamat dlm borang tu silap takde masalah.
Tapi kalau alamat untuk pos, nanti takut tak sampai je.
nak tanya kenapa sekarang nak beli wang pos untuk company nak kena ada borang 9, borang 49 la lepastu nak kena owner company yang datang beli wang pos tu . tak boleh ke orang suruhan je yang buat ?
Tu tak pasti sebab tak pernah beli untuk company.
Mungkin pihak POS taknak ada isu salahguna nama company.
Kalau saya nak buat wang pos untuk saudara saya maksudnya saya tolong dia postkan. Dia sebagai sender and penerima dia lembaga peperiksaan boleh ke? Kalau nak isi details tu saya ke saudara saya dlm borang tu? And untuk salinan kad pengenalan siapa(wang pos)?
Kalau ikut pemahaman saya, sender details tu mestilah saudara cik sebab tansaksi tu antara dia dengan Lembaga peperiksaan. Cik cuma wakil untuk bantu dia poskan je.
wa’salam.
secara ringkasnya, wang pos ni hanya untuk kirim wang yang kecil.
Kiriman wang tu untuk jumlah yang lebih besar.
untuk maklumat poslaju indonesia tracking lanjut boleh rujuk portal
salam bang, salam pertengahan 2022, salam endemik
nak tanyaaa, penerima tu tahu ke kita yang pos atau boleh letak je ape2 nama? and ade tak cara untuk kita bank in pada seseorang tanpa penerima tu tahu siapa, kalau boleh hide nama ke masa trasnfer ke.. huhu maaf luar topik..
thank youuuuuuuu
Wa’salam,
Kalau tak silap, pengirim tu tak kisah siapa. Cuma penerima kena mention nama penerima.
Kalau nak bank in & taknak
Penerima tau sape pengirim, bukan ke boleh guna cash deposit machine kt bank tu. Letak no. acc penerima pastu masuk je cash dlm mesin tu.
kalau wang pos tu dah tamat tempoh, boleh ke kita nak minta refund?
tak pasti pula. mungkin boleh refer Pos Malaysia
In overall, Proses tak banyak beza..