• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

Lee Garden Plaza Hatyai Dan Suasana Malam Yang Meriah

2018 By FikriNordin (FN) 10 Comments

Penjelajahan ke destinasi menarik di Hatyai diteruskan lagi ke beberapa tempat antaranya ialah Lee Garden Plaza dan Chang Puak Camp. Post ini juga adalah sambungan kepada post terdahulu iaitu Itinerari Bajet Untuk Trip ke Hatyai 3H2M

4. Chang Puak Camp Hatyai

Di sini aktivitinya adalah berkonsepkan gajah. Kepada peminat gajah, bolehlah datang ke sini. Ada beberapa aktiviti boleh dibuat seperti menunggang gajah, bergambar dengan gajah, ATV dan memanah. Masuk adalah percuma tetapi nak buat aktiviti tu kena la bayar. Yang paling mahal ialah menunggang gajah melalui trek kawasan kampung berharga THB500 hanya untuk 30minit. FN ke sini tak buat aktiviti pun. Cukup sekadar singgah sambil tengok gajah-gajah di sini.

Chang Puak Camp
Anak gajah yang sedang dimandikan. Agak kesian sebab kakinya dirantai.
Chang Puak Camp
Kat sini tempat untuk naik gajah.

5. Samila Beach

Ini adalah antara lokasi paling jauh dari bandar Hatyai dengan jarak lebih kurang 30km iaitu berada di kawasan Songkhla. FN dan travel buddy sempat juga ke sini dengan menaiki motorsikal sambil meredah sinar mentari yang sangat terik. Dalam perjalanan, singgah sebentar untuk isi petrol RON91 sebanyak THB90. Harga petrol di sini memang agak mahal berbanding Malaysia.

Perjalanan menaiki motorsikal mengambil masa hampir 30minit. Kalau nak dibandingkan dengan pantai di Port Dickson, mungkin di PD lebih meriah. Di sini tak banyak aktiviti boleh dibuat. Cukup sekadar menghirup bayu laut, bergambar dan kalau ada bajet lebih boleh lah menunggang kuda.

Kalau di Singapore ada singa tapi di Samila beach ada naga yang memuntahkan airnya. Nasib baik tak keluarkan api. Tak ramai yang post pasal naga ni sebab lokasi ni agak sedikit jauh dari lokasi utama Samila Beach. Orang pun tak terlalu ramai di sini.

Samila Beach Hatyai
Antara pemandangan di Samila Beach
samila beach hatyai
Gerai jualan pun banyak kat tepi pantai ni.
aiskrim kelapa
Memang sedap dapat makan aiskrim kelapa di bawah terik mentari yang panas membara. Harganya THB35/RM4.50

Ini adalah lokasi utama Samila beach. Di hujung sana ada replika ikan duyung dan memang ramai pengunjung nak bergambar di situ. Sangat berbeza dengan situasi di replika naga tadi.

samila beach hatyai
Kepada penggemar kuda, boleh cuba menunggang kuda di sini. Tak pasti berapa harganya

6. Lee Garden Plaza

Ini juga antara tempat yang popular dan cukup meriah terutama pada waktu malam sebab akan munculnya deretan gerai-gerai yang menjual makanan dan pakaian. Di sini pun agak mudah untuk dapatkan makanan halal.

Lee Garden Plaza
Keadaan waktu siang agak tenang di Lee Garden Plaza.
Lee Garden Plaza
Pada waktu malam suasana berubah sepenuhnya dengan kehadiran orang ramai dan kewujudan gerai jualan di sepanjang laluan Lee Garden Plaza.
udang besar hatyai
Udang besar yang agak popular di sini.
Lee Garden
Gerai yang menjual makanan panas

Kesimpulannya masih banyak lagi tempat di Hatyai yang boleh diteroka. Memandangkan trip ni hanya untuk santai dan cari makan, maka cukuplah sampai di situ sahaja. Matlamat pun dah berjaya dicapai.

Kos Travel di Hatyai

  • Tiket bas TBS-Hatyai-TBS = RM136
  • Makan = RM 117
  • Bilik = RM55
  • Motorsikal & petrol = RM22
  • Simcard AIS 1mb = RM10
  • Jumlah kos untuk seorang = RM340

Tukaran matawang RM1=THB7.82

Disebabkan pergi berdua, banyak kos yang boleh dikongsi seperti bilik, motorsikal dan simcard. Mungkin penggunaan motorsikal untuk ke lokasi-lokasi tersebut juga banyak membantu untuk berjimat jika dibandingkan dengan naik tuk tuk atau grab.

Artikel Berkaitan: Itinirari Bajet Untuk Trip ke Hatyai 3H2M

Filed Under: Hatyai

Reader Interactions

Comments

  1. syima says

    2018 at 1:21 pm

    Thanks for sharing..
    hrga makanan kt sana boleh tahan mahal ya.. ingatkan murah je.

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 1:06 pm

      kalau gerai tepi jalan hrga dia lebih kurang mcm di Malaysia.
      Tapi kat restoran agak sedikit mahal.

      Reply
  2. AZRAA says

    2019 at 4:59 pm

    KALAU DI HATYAI SEWA MOTOSIKAL PERLUKAN LESEN KE MACAM DI MALAYSIA ?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 5:00 pm

      ya..aritu dia ada minta lesen.

      Reply
      • LeoGalieli says

        2019 at 2:05 am

        Lesen international? Maaf, nubis kubis here.

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2019 at 8:15 am

          lesen Malaysia je..

          Reply
  3. azie says

    2019 at 10:47 pm

    Assalmualaikum. Hi !
    Nak tanya, kiranya bas yg dri tbs tu berhentikan dia hotel terus la ye? Bkn kat stesen bas hatyai? Tq!

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 10:51 pm

      Wa’salam, bkn di hotel tapi bas yg sy naik tu turunkan penumpang di cawangan mereka area Lee Garden. Memang tak singgah stesen bas pun. Waktu nak balik pun berkumpul kt pejabat agen tu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2025 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in