Trip ke Pulau Mabul, Pulau Kapalai dan Pulau Gusungan menjadi lokasi untuk disinggah untuk hari kedua . Kat sini jam 6am pun dah mula cerah. Jam 7.30am pergi bersarapan di restoran depan penginapan. Sarapan Mee Goreng+Telur Goreng+Teh Tarik = RM5.50 dan harganya masih dianggap relevan.
Jam 8.30am terus pergi ke Jeti Umum untuk memulakan island hopping yang dijadualkan jam 9am. Mujur tak jauh jauh dari penginapan iaitu hanya 3 minit berjalan kaki.
Trip ke Pulau Mabul biasanya menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Semporna. Dari segi populariti, tidak dinafikan yang Pulau Mabul agak popular daripada pulau-pulau lain. Sebab itu trip ke Pulau Mabul sentiasa meriah dengan pengunjung.
Pulau-pulau di Semporna bukannya boleh terus walk in je. Memang kena melalui agen untuk uruskan permit masuk dan lain-lain. Di jetty pun tiada kaunter seperti di Jesselton Point Kota Kinabalu.
Jeti Umum Semporna
Nampaknya cuaca pun seolah gembira dengan kehadiran FN. Sinar mentari memberi petunjuk awal bahawa aktiviti akan berjalan lancar. Orang pun tidaklah terlalu ramai di jeti. Bot-bot sudah sedia menanti penumpang yang excited untuk masuk ke pulau. Untuk trip ke Pulau Mabul dan lain-lain pulau di Semporna, perlu menggunakan Jeti Umum yang ada di pekan Semporna.
Pulau Gusungan
Sekitar jam 9am bot mula bergerak untuk menuju ke destinasi. Ada 12 orang kesemuanya dalam bot dan kebanyakan dari mereka memang orang Sabah. Untuk destinasi pertama adalah Pulau Gusungan yang mana bot hanya berhenti sebentar lebih kurang 100m dari pulau tersebut.
Di sini ada beberapa keluarga etnik bajau laut menetap. Hanya ada beberapa batang pokok sahaja di sini dan selebihnya kawasan berpasir landai. Hebat etnik bajau laut ni masih boleh meneruskan kehidupan di pulau yang agak kecil dengan serba kekurangan.
Nampak seronok pula bila melihatkan anak2 bajau laut ni bermain di tepian pantai. Terkenang zaman FN waktu kecil2 dulu.
Trip ke Pulau Mabul
Lebih kurang 40minit, bot kami sampai ke Pulau Mabul yang merupakan pulau paling popular dan boleh dianggap ikon di Semporna. Untuk honeymoon, boleh juga buat short trip ke Pulau Mabul yang boleh dianggap lokasi ideal untuk honeymoon.
Pulau Mabul juga adalah pulau yang paling hampir dengan Pulau Sipadan yang dianggap sebagai lokasi terbaik untuk diving. Di sini etnik Bajau laut nampak lebih maju berbanding di pulau-pulau yang lain.
-
Perkampungan Bajau Laut
Sebaik sahaja tiba di Pulau Mabul, kami dibawa oleh guide untuk menjelajah ke kawasan perkampungan etnik bajau laut. Aktiviti perniagaan agak rancak di sini di mana terdapat deretan gerai jualan di hadapan rumah penduduk.
Pelbagai barangan dijual seperti keperluan asas, cenderahati, makanan ringan dan lain-lain. Di sini juga terdapat kemudahan seperti Balai Polis, madrasah, dan juga resort.
Kami makan tengah hari yang disediakan oleh pihak tour iaitu nasi putih lauk ikan sambal dan sayur kacang serta air mineral. Sejam lebih juga kami di sini dan selepas makan kami ke destinasi seterusnya iaitu Mabul Bungalow resort.
-
Mabul Water Bungalow Resort
Destinasi seterusnya adalah Mabul Bungalow Resort. Inilah yang dikatakan tempat paling popular di Pulau Mabul yang berkonsepkan resort atas air. Di sini juga kami bermandi manda dan dapat juga bersiar-siar di kawasan resort.
Walaupun tak bermalam di sini sekurang kurangya dapat juga berpijak kaki di tempat popular yang serba mahal ni. Kat sini airnya memang super jernih dan di kawasan resort boleh nampak dengan jelas ikan dan ada coral yang cantik.
Trip ke Pulau Mabul ni memang menyeronokkan. Bukan setakat pemandangan kawasan resort yang cantik, malah kita dapat melihat sendiri kehidupan etnik bajau di sini.
Waktu kat sini juga FN ada masalah dengan kamera..huhu..sedih.
Setelah puas mandi manda dan bersiar-siar di Mabul Bungalow resort, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Pulau Kapalai.
Pulau Kapalai
Seterusnya, kami singgah ke Pulau Kapalai. Pulau ni kecil je dan di sini juga ada resort atas air macam di Pulau Mabul tapi rasanya di Pulau Mabul lebih cantik. Pulau ini nampak terpencil dan kelihatan seperti dunia lain. Pantainya ajaib sebab hanya muncul semasa air surut sahaja.
Agak malang sebab pengunjung luar tidak dibenarkan untuk naik ke kawasan resort. Kami hanya mandi manda di sekitar resort sahaja. Di sini banyak ikan bilis berenang-renang dalam kumpulan besar. Agak dalam air di sini dan kami hanya mandi beberapa minit sahaja disebabkan tak nampak apa-apa kerana air terlalu dalam.
Setelah 20 minit di Kapalai, kami semua berpakat untuk kembali semula ke Pulau Mabul dan meneruskan aktiviti mandi manda di sana. Jam 3.30pm kami bergerak meninggalkan Pulau Mabul untuk pulang ke Semporna.
Pekan Semporna Yang Kian Membangun
Di sebelah petang sempat juga bersiar-siar di Pekan Semporna. Banyak juga kemudahan di sini dan sangat mudah untuk membeli barang keperluan. Pasaraya Giant juga ada di sini begitu juga dengan bank.
Di Pekan Semporna juga ada pasar yang menjual barang-barang basah dan dibuka seawal 7 pagi sampai malam. Kalau di semenanjung ianya tak ubah seperti Pasar Tani.
Kedai Souvenir di Semporna
Di Semporna juga adalah tempat popular untuk membeli cenderahati berasaskan mutiara. Lokasi kedai souvenir di Semporna adalah di Floating berdekatan jeti umum. Di tempat yang sama dengan Dragon Inn Floating Resort. Lokasi kedai ni berada di kawasan tengah floating.
Tak sempat nak snap foto sebab kehabisan bateri. Kredit to blog tanganku bukan tanganmu
Sebelah malam tiada aktiviti untuk dibuat dan berehat sahaja untuk aktiviti keesokan harinya yang lebih mencabar dan menarik.
Secara keseluruhan, trip ke Pulau Mabul, Kapalai dan Gusungan memang sangat menarik cuma cuaca agak panas yang boleh merentungkan kulit. Huhu.
Artikel berkaitan untuk trip 4 hari 3 malam di Semporna Sabah:
Firhat says
Maklumat yang sangat berguna. Saya refer blog ni masa nak buat trip keluarga baru-baru ni.
Walaubagaimanapun sedikit maklumat terkini. Untuk trip kali ni kami hubungi Cik Ann (Camrish Travel). Pakej Mabul & Kapalai. Kami tak boleh turun ke Pulau Mabul atas alasan ramai yang mungkin terganggu oleh pengemis.
Jadi di Mabul kami kena turun di Mabul Water Bungalow – RM30/pax. Kami spend 3 jam di atas tu sampai lunch. Lepas lunch kami naik bot untuk snorkling di kawasan Pulau Mabul berhampiran Water Bungalow tapi tak boleh masuk lingkungan Water Bungalow. Atas tali rentang.
FikriNordin (FN) says
Dapat pergi water bungalow pun dah best tu.
Kat Mabul tu dulu pun kami singgah kejap je. Memang budak² kat situ akan minta duit. Ramai juga la yang serbu nanti.