Hari kedua di Semporna terbangun lambat sikit maklumlah kepenatan sebab sampai di Semporna dah lewat malam. Kat sini jam 6am pun dah mula cerah. Jam 7.30am pergi bersarapan di restoran yang berdekatan dengan penginapan. Menikmati sarapan Mee Goreng+Telur Goreng+Teh Tarik = RM5.50 dan harganya masih dianggap munasabah.
Jam 8.30am terus pergi ke Jeti Umum untuk memulakan island hoping yang dijadualkan jam 9am. Mujur tak jauh jauh dari penginapan iaitu hanya 3 minit berjalan kaki. Untuk hari pertama ada 2 destinasi iaitu Pulau Mabul dan Pulau Kapalai serta akan singgah sebentar di Pulau Gusungan.
Untuk melawat pulau ni boleh juga contact kawan FN 013-3126217 (Mat).. Dia pun ada buat trip ke pulau pulau di Semporna.
Jeti Umum Semporna
Nampaknya cuaca pun seolah gembira dengan kehadiran FN. Sinar mentari memberi petunjuk awal bahawa aktiviti akan berjalan lamcar. orang pun tidaklah terlalu ramai di jeti. Bot-bot sudah sedia menanti penumpang yang excited untuk masuk ke pulau.
Inilah Jeti Umum Semporna yang merupakan tempat untuk menaiki bot menuju pulau.
Di sini juga ada resort atas air.
Deretan restoran dan hotel.
Pulau Gusungan
Sekitar jam 9am bot mula bergerak untuk menuju ke destinasi. Ada 12 orang kesemuanya dalam bot dan kebanyakan dari mereka memang orang Sabah. Untuk destinasi pertama adalah Pulau Gusungan yang mana bot hanya berhenti sebentar lebih kurang 100m dari pulau tersebut. Di sini ada beberapa keluarga etnik bajau laut menetap. Hanya ada beberapa batang pokok sahaja di sini dan selebihnya kawasan berpasir landai. Hebat etnik bajau laut ni masih boleh meneruskan kehidupan di pulau yang agak kecil dengan serba kekurangan. Nampak seronok pula bila melihatkan anak2 bajau laut ni bermain di tepian pantai. Terkenang zaman FN waktu kecil2 dulu.
Pulau Mabul
Lebih kurang 40minit, bot kami sampai ke Pulau Mabul yang merupakan pulau paling popular dan boleh dianggap ikon di Semporna. Mabul juga adalah pulau yang paling hampir dengan Pulau Sipadan yang dianggap sebagai lokasi terbaik untuk diving. Di sini etnik Bajau laut nampak lebih maju berbanding di pulau-pulau yang lain.
-
Perkampungan Bajau Laut
Sebaik sahaja tiba di Mabul, kami dibawa oleh guide untuk menjelajah ke kawasan perkampungan etnik bajau laut. Aktiviti perniagaan agak rancak di sini di mana terdapat deretan gerai jualan di hadapan rumah penduduk. pelbagai barangan dijual seperti keperluan asas, cenderahati, makanan ringan dan lain-lain. Di sini juga terdapat kemudahan seperti Balai Polis, madrasah, dan juga resort.
Kami menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak tour iaitu nasi putih lauk ikan sambal dan sayur kacang serta air mineral. Sejam lebih juga kami di sini dan selepas makan kami ke destinasi seterusnya iaitu Mabul Bungalow resort.
-
Mabul Bungalow Resort
Destinasi seterusnya adalah Mabul Bungalow Resort dan inilah yang dikatakan tempat paling popular di Mabul yang berkonsepkan resort atas air. Di sini juga kami bermandi manda dan dapat juga bersiar-siar di kawasan resort. Walaupun tak bermalam di sini sekurang kurangya dapat juga berpijak kaki di tempat popular yang serba mahal ni. Kat sini airnya memang super jernih dan di kawasan resort boleh nampak dengan jelas ikan dan ada coral yang cantik.
Setelah puas mandi manda dan bersiar-siar di Mabul Bungalow resort, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Pulau Kapalai.
Pulau Kapalai
Pulau Kapalai ni kecil je dan di sini juga ada resort atas air macam di Mabul tapi rasanya di Mabul lebih cantik. Pulau ini begitu terpencil dan kelihatan seperti dunia lain. Pantainya ajaib sebab hanya muncul semasa air surut sahaja. Malangnya pengunjung luar tidak dibenarkan untuk naik ke kawasan resort. Kami hanya mandi manda di sekitar resort sahaja. Di sini banyak ikan bilis berenang-renang dalam kumpulan besar. Agak dalam air di sini dan kami hanya mandi beberapa minit sahaja disebabkan tak nampak apa-apa kerana air terlalu dalam.
Setelah 20 minit di Kapalai, kami semua berpakat untuk kembali semula ke Mabul dan meneruskan aktiviti mandi manda di sana. Jam 3.30pm kami bergerak meninggalkan Mabul untuk pulang ke Semporna.
Di sebelah petang sempat juga bersiar-siar di Pekan Semporna. Banyak juga kemudahan di sini dan sangat mudah untuk membeli barang keperluan. Pasaraya Giant juga ada di sini begitu juga dengan bank.
Ini adalah pemandangan biasa berdekatan jeti umum. Penduduk setempat menjual hasil laut yang masih segar dan harganya juga murah.
Di Pekan Semporna juga ada pasar yang menjual barang-barang basah dan dibuka seawal 7 pagi sampai malam. Kalau di semenanjung ianya tak ubah seperti Pasar Tani.
Deretan kedai di pekan Semporna. Penampakan kelibat Penginapan Didaya tempat FN bermalam.
Kedai Souvenir di Semporna
Antara aktiviti wajib ialah mencari souvenir dan dikatakan Semporna juga adalah tempat popular untuk membeli cenderahati berasaskan mutiara. Lokasi kedai souvenir di Semporna adalah di Floating yang tak jauh dari jeti umum. Di tempat yang sama dengan Dragon Inn Floating Resort. Lokasi kedai ni berada di kawasan tengah floating.
Tak sempat nak snap foto sebab kehabisan bateri. Kredit to blog tanganku bukan tanganmu
Sebelah malam tiada aktiviti untuk dibuat dan berehat sahaja untuk aktiviti keesokan harinya yang lebih mencabar dan menarik.
Artikel berkaitan:
Trip dan initnerary Semporna Sabah -Day 1
Trip dan initnerary Semporna Sabah -Day 3
Trip dan initnerary Semporna Sabah -Day 4
Leave a Reply