FikriNordin (FN)

BAGAMANA CARA RANKING UNIVERSITI DIBUAT

Baru2 ni sepasang mata FN berjaya menangkap satu isu iaitu tentang ranking universiti yang jadi viral di Facebook.. Dari situ ada macam2 komen dan pendapat masing masing. Mesti ramai yang belum faham bagaimana cara ranking universiti dibuat. Lantas keyboard warrior mula memainkan peranan masing2 bagi mengemukakan hujah mereka. Pakar2 media sosial menggunakan skill mereka untuk membuat komen yang mencuri tumpuan. Walau apapun yang dibahaskan, Universiti Malaya telah berjaya meloloskan diri di ranking pertama Malaysia sekaligus mengekalkan reputasinya sebagai universiti tertua Malaysia. Tahniah UM!

Uitm juga dipertikai kerana tidak berada dalam ranking yang terbaik tetapi masih lagi dalam posisi top 10. Universiti yang paling ramai student dan lebih mengutamakan bumiputra ini sering dijadikan topik hangat. Bercakap mengenai isu ranking universiti ini, FN teringat satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar di Facebook rasmi beliau berkenaan cara ranking universiti dinilai terutamanya Uitm memandangkan beliau juga adalah bekas Nain Canselor Uitm.

Berikut adalah kenyataan yang dipetik dari FB rasmi beliau:

Isu RANKING menjadi topik hangat dibincangkan. Dlm dunia akademia ada pelbagai ranking. Ada lebih dari 30,000 university di dunia. Hanya 5000 shj layak utk di rank. Dan dp 5000 hanya 2000 shj disenaraikan. Uitm ada dlm senarai 700 terbaik diantara 30,000 universiti didunia.

Saya ingin mengulas mengenai isu ranking UiTM . Adalah tidak wajar bagi meletakkan di tangga keberapa UiTM berada kerana UiTM berdiri memperjuangkan agendanya yang tersendiri dan kita tidak mengambil pelajar- pelajar luar negera. Pengambilan pelajar international atau luar negara di beri markah mengikut bilangan.. UiTM tidak pernah meminta untuk dinilai.

Tidak seperti research universiti yang lain, UiTM mempunyai pelajar diploma. Maka dengan itu, peratusan pensyarah berkelayakan sarjana adalah lebih daripada pensyarah yang mempunyai PhD. Walau bagaimanapun, kita masih antara 7 universiti yang terkemuka di Malaysia selepas Research University dan UIA. Maka dengan itu, adalah tidak wajar sama sekali bagi sesiapa untuk memberi komen mengenai UiTM.

Ranking yg dibuat oleh beberaa orginasi lebih kepada tujuan komersil. Untuk diiktiraf sebegitu rupa, kita perlu menyertai seminar, kunjungan kerja dan persidangan. Dan pihak universiti perlu membayar kos yang banyak.Universiti di Asia dan Malaysia digalakkan untuk menyertai tetapi pada masa yang sama perlu membayar utk konferen, lawatan dan kursus. ada yg dah belanja wang sebanyak RM 500 000.

Jika difikirkan secara waras adalah lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk membantu pelajar yang susah dan tercicir. Ayuh kita fikirkan bersama.

Ramai yg pandai buat komen negatif tanpa mengetahui fakta yg sebenar. Tanpa ilmu yg cukup dan pandai beri komem kita menjadi kurang pintar. Bermakna LESS INTELLIGENT BEING.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

di bawah adalah ranking terkini dari website TOPUNIVERSITIES