FikriNordin (FN)

Booking Homestay Murah Menerusi Agoda Homes

Nak cari homestay murah secara online bukan lagi menjadi masalah. Agoda telah memperkenalkan kemudahan baru mereka iaitu Agoda Homes. Menerusi Agoda Homes, pilihan boleh dibuat untuk mendapatkan homestay idaman berdasarkan lokasi dan tarikh.

Sejak dari minggu lepas memang rancak FN akses Agoda ni sebab nak cari bilik di Phuket. Ternampak pula Agoda Homes ni dan harga yang ditawarkan juga cukup menarik. Yang lebih menarik lagi ada tambahan diskaun sehingga 12%.

Homestay Murah Agoda Homes

Agoda Homes merupakan sebuah apartmen, banglo, rumah atau vila yang disenaraikan oleh pemilik rumah (tuan rumah). Tidak seperti platform lain, semua Agoda Homes adalah untuk seluruh rumah, yang bermakna tuan rumah tidak akan tinggal di rumah dengan anda. Tuan rumah hanya menguruskan daftar masuk / keluar anda, boleh memberikan cadangan tempat menarik di sekitar kawasan dan akan memastikan bahawa anda mempunyai penginapan yang berkualiti. Agoda Homes kini mempunyai lebih 700,000 rumah di lebih daripada 50 buah negara.

Hasil carian juga menunjukkan harga yang ditawarkan sangat murah dan berpatutan. Berdasarkan senarai tersebut, memang tiada masalah untuk mendapatkan homestay murah berserta fasiliti  yang lengkap. Dengan ciri terbaru dari Agoda Homes, ia dapat membantu untuk travel dalam kumpulan yang besar terutama membawa keluarga.

Menginap di sebuah rumah adalah pilihan tempat penginapan yang ideal apabila bercuti dengan keluarga atau kumpulan. Ini kerana anda boleh menempatkan semua orang dalam 1 ruang tanpa terpisah. Sesetengah hotel Agoda juga menyediakan pilihan ini dengan bilik atau suite bersebelahan (adjoining room). Dengan Agoda Homes, anda tidak perlu membuka aplikasi yang berbeza pada telefon anda untuk mendapatkan homestay murah lagi mewah. Cukup masukkan tarikh dan destinasi perjalanan anda, nyatakan jumlah orang dewasa dan kanak-kanak untuk 1 bilik, dan temui rumah pilihan anda.

Akhir sekali, tempahan Agoda Homes dilengkapi dengan semua tawaran Agoda, akses kepada perkhidmatan pelanggan 24/7 dan platform percuma yang mudah serta menjanjikan tempahan yang selamat dan boleh dipercayai kurang dari 1 minit. Tuan rumah masih boleh didapati untuk sebarang tip atau cadangan untuk kemudahan di kawasan tersebut.