FikriNordin (FN)

Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP

Cara bayar PTPTN boleh dibuat dengan pelbagai platform. Antaranya ialah potongan gaji, direct debit, perbankan online dan juga Akaun 2 KWSP. Isu bayaran PTPTN memang hangat diperkatakan di peringkat nasional. Walaupun kita telah bertukar kerajaan, hutang PTPTN tetap kena bayar walau dengan apa cara sekalipun. Pengumuman terbaru, pendapatan minimima RM2000 secara automatiknya wajib membuat bayaran serendah RM40 sebulan. Buat masa sekarang, tak perlulah mengharapkan hutang PTPTN akan terhapus dengan sendiri. Ia tak ubah seperti bermimpi di siang hari.

Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 Simpanan KWSP

Untuk post kali ini, FN hanya kongsikan cara bayar PTPTN guna KWSP. Lain-lain cara bayaran mungkin agak mudah dan biasa digunakan. Bayaran guna KWSP boleh dibuat untuk situasi berikut:

Kepada peminjam yang dah lama bekerja, bolehlah gunakan alternatif ni untuk langsaikan hutang tu. Prosesnya juga mudah dan cepat. Berikut merupakan prosedurnya yang cukup mudah:

  1. Pergi ke kaunter KWSP untuk buat perbincangan dan maklumkan kepada pegawai tu nak bayar guna KWSP. FN pergi ke cawangan Subang Jaya yang dibuka pada hari Ahad. Ini antara kaunter yang dibuka selain waktu pejabat. So, jangan cari alasan tak sempat pergi ke PTPTN sebab sibuk bekerja.
PTPTN Cawangan Subang Jaya

2. Pegawai tu akan berikan salinan Penyata Baki Hutang Pinjaman & Pengesahan Permohonan Pengeluaran.

3. Tunggu sehingga KWSP hantar SMS untuk buat pengesahan cap jari di kaunter KWSP. FN terima SMS dalam masa kurang 24jam selepas permohonan dibuat.

4. Pergi ke kaunter KWSP untuk buat pengesahan cap jari tersebut. Untuk permohonan kali pertama, wajib bawa sijil asal dan 1 salinan. FN pergi ke KWSP Shah Alam dan kebetulan juga orang agak ramai. Tapi di Shah Alam ada sediakan kaunter khas untuk buat pengesahan cap jari. Beratur sahaja di situ dan urusan di kaunter siap dalam masa 5 minit.

5. Akhir sekali, tunggu dalam masa 14 hari untuk KWSP proses permohonan tersebut. Ikutkan pengalaman FN, urusan KWSP memang agak cepat.

Dapatkan info terkini di Portal Rasmi PTPTN

Sebenarnya, FN gunakan KWSP ni untuk buat bayaran penuh baki pinjaman tersebut bagi mendapatkan diskaun 20%. Banyak nilai yang boleh dijimatkan dan bukan senang nak ada tawaran macam tu. Diskaun ni hanya sah sehingga 31 Disember 2018 sahaja. PTPTN pun siap buat countdown lagi kat portal rasmi.

Macam nak countdown tahun baru je.

Untuk dapatkan info terkini PTPTN, rajinkanlah diri untuk singgah ke Portal Rasmi PTPTN.