FikriNordin (FN)

Cara Buat Blog Menggunakan WordPress

Cara buat blog merupakan topik pembuka tirai untuk 2019 setelah sekian lama tak update disebabkan masalah tertentu. Disebabkan ramai yang bertanya macam mana nak buat blog, FN pun ambil peluang ni untuk berkongsi.  Sebenarnya post ni dah lama FN buat cuma tak publish je.

Walaupun FN ada asas dengan coding HTML, CSS3, PHP dan pernah buat website menggunakan notepad dan adobe dreamweaver, FN pun sebenarnya guna cara mudah untuk buat blog fikrinordin.com. Lagipun ini cuma blog peribadi, maka tak perlulah nak bersusah payah buat coding sendiri.

Di luar sana memang banyak yang memberikan khidmat cara buat blog atau website. Ada juga yang jual ebook berkenaan cara buat blog ni. Yang penting kena tau apa tujuan untuk buat blog sebab ia akan menjadi pencetus idea bagi memilih domain, hosting dan template.

Blog FN ni menggunakan platform wordpress dan template/framework dari studiopress. Setakat ini, memang tiada masalah untuk mengendalikan blog ni.

Pemilihan Domain dan Hosting

Ini merupakan langkah awal yang penting untuk membina sebuah laman web. FN pernah kongsikan panduan berkenaan domain dan hosting ni dalam post terdahulu. Boleh rujuk di sini. Kalau setakat blog peribadi dan jarang-jarang nak update, tak perlulah beli hosting yang mahal. Belilah ikut keperluan.

FN gunakan domain dan hosting dari DataKL. Setakat ini tiada masalah. Yang penting adalah maklumbalas yang pantas ketika ada masalah teknikal.

Antara pakej yang disediakan oleh dataKL

Cara Buat Blog Dengan WordPress

Bila dah ada domain dan hosting, download sahaja aplikasi wordpress yang boleh didapati secara percuma dan perlu install di cpanel hosting. Mungkin ramai yang tak faham dengan penjelasan yang hanya sepatah ayat ni. Sebenarnya FN pun tak pernah pergi mana-mana kelas cara buat blog ni. Cukup sekadar bantuan dari youtube. Boleh pilih mana-mana tutorial di youtube yang mudah difahami. Banyak tutorial yang tunjukkan langkah demi langkah dari A to Z. Memang banyak membantu. Contohnya seperti video ni https://www.youtube.com/watch?v=8AZ8GqW5iak yang ada tunjukkan langkah demi langkah.

Itu sahaja perkongsian FN untuk cara buat blog menggunakan wordpress. Post ni agak ringkas sebenarnya, Ini hanyalah perkara asas yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum terhasilnya website. Video-video di youtube sememangnya banyak membantu.