FikriNordin (FN)

WANG POS ATAU POSTAL ORDER

Cara Guna Wang Pos atau Postal Order

Wang pos atau Postal Order sebenarnya telah lama wujud. Servis dari Pos Malaysia ini masih lagi digunakan sehingga kini. Walaupun telah lama wujud tetapi FN baru je guna servis ni. Itupun sebab nak dapatkan official transkrip akademik Uitm dan salah satu cara pembayarannya menggunakan postal order.

Merujuk kepada portal Pos Malaysia, postal order dinyatakan seperti berikut:

Ciri-ciri Wang Pos:

Kelebihan Wang Pos atau Postal Order:

Kadar Bayaran:

Komisen adalah berdasarkan denominasi seperti berikut:

Memandangkan FN ingin mencuba sesuatu yang baru, maka FN memilih untuk membuat pembayaran menggunakan postal order. Nilanya tidak lah besar cuma RM10. Cara untuk menggunakan postal order tersebut:

  1. Pergi ke Pejabat Pos dan dapatkan borang di Kaunter.
  2. Kemudian, lengkapkan borang tersebut dan ambil nombor giliran. Contoh borang seperti di bawah.
Borang Wang Pos (Postal Order)

3. Bila nombor giliran dipanggil, sila buat bayaran di kaunter tersebut. Kalau RM10 akan ada tambahan lagi iaitu Fee sebanyak RM0.50 dan seperti biasa GST 6%.

4. Selesai proses di atas, maka pegawai di kaunter tu pun akan bagi postal order pada kita.

Postal Order atau Wang Pos

5. Selepas itu, sila pastikan butiran bayar kepada dilengkapkan. Pada bahagian belakang terdapat ruangan untuk maklumat pengirim. Sila lengkapkan juga. Jangan sesekali biarkan kosong bagi mengelakkan kes seperti disalahguna oleh pihak lain.

6. Salinan pengirim juga dilekatkan sekali bersama postal order ni. Sila ceraikan dan simpan untuk rujukan kita.

7. Bila dah siap, masuk dalam sampul surat kemudian tampal setem dan alamatkanlah kepada siapa anda mahu bagi. Akhir sekali, tunggulah apa yang dihajati sampai ke rumah anda.

Rujukan:
http://www.pos.com.my/bm/pejabat-pos/perkhidmatan-kewangan/?kiriman-wang#kiriman-wang-tempatan