• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

CARA MEMOHON PASSPORT MALAYSIA

2016 By FikriNordin (FN) 91 Comments

Passport Malaysia

Passport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan ke luar negara. Ia seolah olah seperti nyawa kita kalau nak ke luar negara. Pastikan ia dijaga dengan elok dan jangan ditinggalkan merata-rata.

FN pun sebenarnya baru pertama kali mohon passport ni sebab dalam perancangan nak ke luar negara. lebih baik sediakan dokumen penting lebih awal bagi mengelakkan kesulitan saat akhir. Jabatan Imigresen Malaysia pernah mengalami kekurangan bekalan passport. Jadi, hal penting lebih baik kita bersedia awal.

passport malaysia
Inilah rupa Passport Malaysia

Apa yang penting untuk membuat permohonan passport ialah kena tahu syarat-syaratnya terlebih dahulu. Di bawah ini adalah panduan untuk permohonan sepertimana yang tertera dalam portal Jabatan Imigresen Malaysia.

Rujuk Jadual Berikut Bagi Pemohanan Pertama Kali

A) Pemohon 18 tahun dan ke atas

Jenis Pemohonan                                      Syarat-Syarat
Lahir di Malaysia
  1. i.MyKad pemohon
  2. ii.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 danpemohon diperlukan.
Lahir luar negara
  1. i.MyKad pemohon
  2. ii.Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
  3. iii.Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
  1. MyKad pemohon dan Sijil Lahir.
  2. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).
  3. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.

Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.

Pegawai dan Anggota Tentera  

Kad Pengenalan tentera / My tentera

 

Pegawai dan Anggota Polis
  1. i.Kad Pengenalan tentera ; dan
  2. ii.Sijil Lahir

 

B) Pemohon bawah 18 tahun .

Jenis Pemohonan                                   Syarat-Syarat
Lahir di Malaysia
  1. MyKad / MyKid pemohon
  2. Sijil lahir pemohon
  3. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Lahir luar negara
  1. MyKad / MyKid pemohon
  2. Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW )
  3. Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
  4. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
  1. i.MyKad /Mykid pemohon dan Sijil Lahir
  2. ii.Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)
  3. iii.MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
  4. iv.Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.
  5. v.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir .

Catatan 1: Mykad/Mykid   tanpa tanda ‘H’ /’K’ perlu     diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

Catatan 2 :.Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak .Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.

 

Nota :   kanak-kanak di bawah 4 tahun digalakkan untuk membawa 2 keping gambar mengikut spesifikasi yang di tetapkan

C) Pemohon bawah 18 tahun

Jenis Pemohonan                                     Syarat-Syarat
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
  1. MyKad /MyKid pemohon.
  2. Sijil lahir pemohon.
  3. Sijil kematian ibu/bapa.
  4. Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah.
  5. Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
  6. Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu).
Jika ibu dan bapa bercerai
  1. MyKad /MyKid pemohon.
  2. Sijil lahir pemohon.
  3. Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak.
  4. MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
Jika pemohon adalah anak angkat
  1. MyKad /MyKid pemohon.
  2. Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  3. MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara).
Jika pemohon telah berkahwin
  1. MyKad pemohon
  2. Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

Harga Terkini Passport Malaysia

Tempoh sah laku ialah 5 tahun. Kalau tak silap sebelum ini ada pilihan 2 tahun dan 5 tahun tapi sekarang cuma 5 tahun sahaja.

a

Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun) : RM200.00

b

Warga emas (60 tahun ke atas) : RM100.00

c

Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) : RM100.00

d

Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara                                       ( 21 tahun dan ke bawah) : RM100.00

e

Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik) : RM100.00

f

Orang Kelainan Upaya (OKU) : Gratis

FN nak share sedikit pengalaman untuk mohon passport. FN mohon di Kompleks Imigresen Port Klang. Ini kali kedua FN ke sini sebab yang mula-mula dulu tak sempat dapat nombor. Pergi Putrajaya pun tak dapat nombor juga sebab orang terlalu ramai.

Berikut adalah sinopsis semasa FN memohon passport

7.30am : Tiba di Kompleks imigresen Port Klang. Waktu ni kaunter baru buka dan orang memang sangat ramai. FN beratur untuk dapatkan nombor bermula dari luar pagar. Dalam kawasan pagar tu pun ada lagi barisan panjang. Pengawal akan benarkan orang masuk sedikit demi sedikit bagi mengelakkan kesesakan.

Kaunter imgiresen boleh dianggap yang paling sibuk kat Malaysia dibandingkan dengan perkhidmatan kerajaan yg lain. Pergilah ke mana-mana kaunter imigresen yang lain pasti situasi sama sahaja. Pastikan datang seawal mungkin.

8.10am :  Baru boleh dapat nombor. petugas di kaunter berikan satu borang kecil warna merah. Isikan nama, alamat, no. telefon, jantina dan  ketinggian. Kalau tak tahu berapa tinggi, kat situ pun ada tempat nak ukur tinggi.

Seterusnya naik ke tingkat 1 di Bahagian Passport. Tunggu nombor kita dipanggil. Agak malang juga waktu FN pergi tu sebab sistem offline rasanya 30-45 minit.

10.45am : Nombor dipanggil dan terus ke kaunter. Serahkan IC, borang merah tu dan nombor tu sekali. Lepas tu tangkap gambar kat situ juga. Petugas kaunter pun akan buat biometric. Tak lama pun urusan di kaunter.

Kemudian kena pergi ke kaunter bayaran dan jangan terus terjah buat bayaran tu. Tunggu nama dipanggil. Tak boleh berada jauh dari kaunter. Nanti tak dengan kalau nama dipanggil.

11.05am : Buat bayaran di kaunter RM200 dan masukkan resit tu dalam bakul di kaunter serahan passport. Tunggu lagi nama dipanggil. Kalau nak diikutkan passport siap dalam masa 1 jam.

11.30am : Nama FN dipanggil untuk ambil passport tu. Kat sini pun kena amik cap  jari. Selesai.

Kesimpulannya, untuk memohon passport ni bukanlah susah tetapi orang yang terlalu ramai di kaunter bakal menyusahkan kita nanti. Masa menunggu sangat lama. Kalau buat hari kerja memang terpaksa cuti. Datang lambat sikit nombor habis.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la rujuk portal di bawah ni:

Portal Imigresen Malaysia -> http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

Permohonan pembaharuan secara online -> https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport?lang=en

Alamat dan lokasi -> http://www.imi.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/alamat-dan-lokasi.html

Waktu urusan-> http://www.imi.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/waktu-urusan.html

 

p/s:

Destinasi pertama FN bila ada passport ialah Koh Lipe Thailand

Filed Under: Tips Tagged With: passport

Reader Interactions

Comments

  1. Dexter says

    2017 at 4:43 pm

    Kawan saya mahu memohon passport malaysia tapi warganegara kawan saya dari china. Ada ape-ape cara mohon tak?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 12:03 am

      setahu saya untuk passport malaysia hanya untuk warganegara malaysia.
      boleh rujuk dengan imigresen untuk kes ni.

      http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa

      Reply
      • Mohd ezal says

        2018 at 8:52 pm

        Sy guna ic merah sy nak buat pasport untuk masok ke sarawak untuk kerja macam mana nak buat

        Reply
    • SUREWIN WONG says

      2017 at 6:20 pm

      Was wondering if I use my resit IC to apply passport is it possible ? due to my renewing my IC I’m from sabah (by the way) which at least need to wait for 3 to 2 weeks.

      Reply
      • FikriNordin (FN) says

        2017 at 10:39 pm

        you can refer with immigration counter for further assistance

        Reply
  2. jaclyn says

    2017 at 8:59 am

    perlu ke saya bawa original surat branak sedangkn saya ada ic warganegara H

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 11:04 pm

      kalau 18 tahun ke atas tak perlu bawa surat beranak.. my kad sahaja. kecuali la kalau lahir luar negara.
      bawah 18 kena bawa surat beranak

      Reply
  3. Nadi says

    2017 at 5:57 pm

    Kawan saye orang Philiphine tp lahir dan menetap di Sabah. So I/C dia warna merah(MYPR). Boleh ke dia memohon passport Malaysia juga?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 6:13 pm

      boleh rujuk terus dengan imigresen..

      Reply
      • Sam says

        2017 at 8:48 am

        Salam tuan
        So kalau saya memegan ic merah dan memohon passport malaysia kena tunggu lama ?

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2017 at 10:40 pm

          wa’salam.. tuan boleh rujuk dengan kaunter..
          dari segi normal proses passport siap kurang 1 jam

          Reply
      • Ari says

        2017 at 10:47 am

        Asslm tuan fikri nordin

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2017 at 11:06 pm

          wslm..

          Reply
          • Ari says

            2017 at 10:15 pm

            Tuan umur sy 15 tahun boleh mohon pasport tak..bapak sy dah meninggal.mak.tak ade dukumen.sy ade ic ngan surat branak dan surat kematian bapak sy.
            Macm mna ye tuan

          • FikriNordin (FN) says

            2017 at 11:11 pm

            untuk mohon passport memang tiada had umur.
            cuma pemohon berumur 18thn ke bawah perlu bawa surat beranak & ibu atau bapa perlu ada bersama.
            mak takde dokumen tu maksudnya tiada mykad?
            ataupun cara lain cuba bawa adik beradik lain yg berumur 18thn ke atas.

  4. BeeLock says

    2017 at 10:24 pm

    Kalau pertama kali buat pass tu ada tak mereka tanya apa2 knapa nak buat passport.?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 10:20 pm

      Takde pulak tanya.. Depends pada pegawai la kot. Kalau yg jenis peramah tu mngkin ada tanya.

      Reply
  5. Amira amanina says

    2017 at 4:24 pm

    Saya ade anak angkat orang indonesia ,sijil anak angkat dah keluar tapi status bukan warga negara macmne kalo nak buat paspor . Di kedutaan indonesia ke di imigresen malysia….mohon penjelasan

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 6:12 pm

      boleh rujuk terus dgn imigresen..

      Reply
  6. anis says

    2017 at 11:02 pm

    salam
    saya ada anak dengan bekas suami.. selepas kami bercerai kami dah tak berhubung.. anak tinggal bersama saya.. dan sy tak tau mana bekas suami sekarang
    boleh ke anak saya buat pasport tanpa surat jagaan mahkamah..

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 10:41 pm

      wa’salam..untuk kanak2 bawah umur hanya perlukan surat beranak,
      lain2 surat tak pasti pula.

      Reply
  7. Shamrin says

    2017 at 10:37 am

    Tak perlu bawak gambar…terus ambil gambar kat situ…phototip ic kena bawak ka depan belakang phototip ic

    Reply
  8. muhammad Diki says

    2017 at 5:09 pm

    salam tuan, kes sya ni a bit complicated, sya lahir kt sni, dh mmg ada kt sni utk 19 tahun, dan msih ber ic merah. soalan sya tuan, mcm mna prosedur permohonan passport sya ya? adakah melibatkn kedua ibu-bapa sya ataupun apa2 dokumen mreka? ataupun hanya memerlukan dokumen saya shj? aku

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 10:13 pm

      mungkin tuan boleh rujuk dengan pegawai di kaunter untuk lebih info

      Reply
  9. nurul natasha says

    2017 at 1:24 am

    saya nak tanye kalau mak saya jauh bapk saya dah meninggal nak buat pass macam mane eh kalau bawah 18 tahun ? boleh buat sorg sorg tak bawak surat beranak dan lain lain ke ? plese help me ?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 11:18 pm

      Cuba bawa adik beradik

      Reply
  10. Nur akhmar says

    2017 at 11:21 pm

    Salam encik.
    Saya berumur 22 tahun. Sy lahir di sarawak. Dan ic sy ic biasa. Mmg menetap di semenanjung. Semasa daftar, perlukah sy bawa sijil lahir ?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 11:42 pm

      Wslm.. Sijil lahir utk 18 thn ke bwh.
      Klau 22thn cuma bawa ic sahaja

      Reply
      • Nur akhmar says

        2017 at 6:48 am

        Terima kasih encik. Blog ini sgt membantu ☺

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2017 at 11:20 pm

          Sama2.. 😊

          Reply
  11. Hadi says

    2017 at 8:36 pm

    Asalamulaikum tuan, yang di muliakan Allah
    Saya nak tanya sikit .saya lahir d Sabah
    Orang tua asal Indonesia .
    Dan saya sekarag memegang docoment myhas dan surat lahir .saya nak tanya macam mana tu boleh kew saya mengambil pasport Malaysia sebb saya nak berkerja luar negara ..kalau boleh tuan tolong jelas kan terimah kasih budi bicara tuan

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 10:08 pm

      waalaikumussalam..
      maaf saya kurang pasti dokumen myhas tu.

      Reply
  12. nadia says

    2017 at 3:12 pm

    assalamualaikum encik FikriNordin
    d sini sya ada 2 pertnyaan berbeza harap tuan dpt membantu
    1- seorg budak perempuan umur 6thn status nya budak ne berbinti kn abdullah dlm surat beranak xada butiran bapa tp ibu bapa ada sijil nikah mmg warganegara malaysia la…
    2- seorg budak lelaki umur dlm 1thn lebih status budak ne pn berbin kn abdullah tp ibu nya single parents dan blm berkahwin tp ibu nya yg melahirkn dan menjaga budak lelaki ini … dua dua warganegara
    jd dlm pertnyaan sya apa yg patut mereka bawa utk membuat passport malaysia / passport utk ke negara brunei sj ( warna hijau)
    tolong bg pencerahan sbb dua keluarga ini segan utk bertnya langsung ke kaunter

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2017 at 10:05 pm

      waalaikumussalam,
      Kalau budak tu ada surat beranak, mykid dan ibu atau bapa ada mykad tu takde masalah..itu saje dokumen yang perlu untuk mohon passport.

      Reply
  13. zakaria bin ismail says

    2018 at 10:06 pm

    aslamkom ww. sya warganegar thailan yg telh dpat status pemustautin tetap (mypr) .. adakah sya bulh mohon dapt passport malaysia .. dan bagai mana caranya.. trima kasih , dan urusan brpa hari

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:39 pm

      wa’salam.. maaf tuan. saya kurang pasti. mungkin boleh rujuk terus dengan pihak imigresen

      Reply
  14. MUHAMMAD LUKMANULHAKIM BIN AZAMAN says

    2018 at 11:14 am

    kaunter imigresen bukak x pada hari minggu?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:36 pm

      ada yang buka tapi tak semua tempat la..
      boleh rujuk http://www.imi.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/waktu-urusan.html

      Reply
  15. Iskandar says

    2018 at 7:33 pm

    Hai. Saya masih belajar dan nak pergi melancong tapi saya peminjam ptptn. Saya dah semak dekat imigresen dan tiada halangan. Bolehkah saya memohon passport?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 8:22 pm

      boleh..tiada masalah.
      cuma pastikan jangan ada tunggakan ptptn je..bayar balik ikut jadual. risiko utk kena blacklist sgt tinggi nanti.
      kalau kena blacklist pun boleh je apply cuma tak boleh nak ke luar negara je la.

      Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:02 pm

      Ya..boleh

      Reply
  16. Teens Ryana says

    2018 at 11:20 am

    Assalammualaikum Encik.
    Semasa ank sy lahir 2014 pkhidmatan mykid dihentikan utk sementara.jd ank sy mmg xde mykid la.Surat beranak je la ada.boleh ke mohon tanpa mykid?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:05 pm

      mungkin boleh rujuk dengan pegawai di kaunter untuk lebih jelas

      Reply
  17. Sal says

    2018 at 8:28 am

    Kalau blacklist ptptn, boleh apply passport?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 8:54 pm

      apply boleh cuma tak boleh nak ke luar negara je selagi tak selesaikan tunggakan tu.

      Reply
  18. Noorliana murad says

    2018 at 2:51 pm

    perlu datang bawak gambar tak en.

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 11:47 pm

      tak perlu..
      bergambar di kaunter sahaja

      Reply
  19. Lee says

    2018 at 12:00 am

    Saya berumu 23 tahun asal sabah dan ingin membuat passport di imigresen perlis kerana belajar disini..soalan saya adakah boleh jika saya tidak menyertakan sijil lahir?kerana sijil lahir saya tiada pada saya ketika ini

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 11:22 am

      tak perlu sijil lahir..
      bawa mykad sahaja

      Reply
  20. Anonymous says

    2018 at 7:40 pm

    Assalamualaikum, nak tanya, kalau lewat daftar ic tetapi mempunyai surat beranak, bolekah saya memohon untuk membuat passport?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 4:56 pm

      Wa’salam..
      mungkin boleh.
      Nanti cuba tanya pegawai tu.

      Reply
  21. Sayorcampor says

    2018 at 2:45 pm

    Assalamualaikum, sy nak tnya, kalau cap jari ada problem (i mean menggelupas kedua2 belah tangan). Ada masalah x untk mohon passport?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:18 pm

      waalaikumussalam..
      mungkin pihak imigresen ada alternatif lain

      Reply
  22. Melissa says

    2018 at 3:41 pm

    Kalau kita sudah ada pas pergi ke brunei ja.macam mana kita nak buat pas antarabangsa…

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 4:42 pm

      Pasport antarabangsa kena buat di imigresen. maklumkan kepada pegawai di kaunter nak buat pas antarabangsa.

      Reply
  23. Dexter Jonathan Wong says

    2018 at 4:02 pm

    Selamat petang tuan..mahu tanya sikit..anak kami maw buat passport antarabangsa,masalahnya skg kami ibu bapa mereka berada di luar negara..so masa pergi kaunter pegawai imi itu ckp perlu ke embrassy untuk minta benar..sedangkn yg bawak anak kmi pergi buat tu ibu bapa sy..ada cara lain ka?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 4:49 pm

      kalau pegawai di kaunter imi bagi jawapan begitu, mungkin itulah prosedurnya sebab pegawai tu lebih arif dengan isu tersebut.

      Reply
  24. Norzee Ali says

    2018 at 9:24 pm

    Saya telah bercerai dan anak anak dibawah jagaan saya.. Saya ingin memohon passport tetapi tiada surat hak penjagaan dari mahkamah. bagaimana ye ?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:47 pm

      biasanya kalau salah satu dokumen tak lengkap, memang permohonan boleh ditolak oleh imi terutama yg melibatkan bawah umur.
      Mungkin puan boleh semakan terlebih dahulu dengan pihak imi.

      Reply
  25. Bella Valentine says

    2018 at 9:04 pm

    Hello Tuan, berapa lama proses pembuatan passport tu ya?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:28 pm

      prosesnya kurang dari 2 jam.. cuma yg lama tu kalau kena tunggu bila org terlalu ramai atau sistem offline.

      Reply
  26. Elviana says

    2018 at 11:48 am

    Sya umur 18 tahun sdh.. Bolh ke buat passport tnpa prlu bwa ibu bapa dan sijil branak skali?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 1:12 pm

      umur 18 bawa mykad je.. boleh pegi sendiri

      Reply
  27. Mohd ezal says

    2018 at 9:05 pm

    Sy guna ic merah sy nak buat pasport untuk masok ke sarawak untuk kerja macam mana nak buat

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:27 pm

      setahu sy, ic merah pun boleh masuk sarawak utk 90 hari sama mcm mykad. Cuma kalau nak kerja kena mohon permit kerja.
      Boleh cuba semak dgn pihak imigresen.

      Reply
  28. marissa says

    2018 at 7:22 pm

    kalau buat passport untuk budak bawah 18 tahun, kena bawa surat nikah ke?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 10:33 pm

      tak perlu.
      cuma ibu/bapa kena datang sekali bawa mykad

      Reply
  29. Elyana says

    2019 at 1:07 pm

    Asslmmualaikum tuan pemegang ic mera boleh ka memohon pasport masuk ke singgapore untuk kerja .mohon pencerahan

    Reply
  30. Lela says

    2019 at 9:34 pm

    Assalammualaikum encik , Ic kena photostat ke xperlu ye

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 9:35 pm

      waalaikumussalam.. tak perlu. yang penting kena bawa mykad

      Reply
      • Lela says

        2019 at 9:36 pm

        Baik terima kasih ye..slain dr rm200 tu utk 13 ke 59 tu , xde caj lain kan

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2019 at 9:38 pm

          takde..cuma tu je bayarannya..

          Reply
  31. Effa says

    2019 at 11:12 am

    Encik, cousin sy ank angkt, umur 19 thun, lahir di malaysia tp org tua kandungny asal warga indonesia. Jd ic cousin sy color merah. Klau nk buat passport mcmana? Kne pergi kedutaan ke?

    Reply
  32. Rohanah says

    2019 at 11:11 am

    Saya asal indonesia dah sudah tukar warganegara malaysia dan sudah ada ic biru..klau sya nk mohon pasport antatabangsa apa dukeman perlu sya bawa.. sya sebelum ni sya xde pasport lagi hanya ada permit masuk shaja..

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 11:27 am

      bawa mykad sahaja..

      Reply
  33. Josh says

    2019 at 12:33 am

    hi, maaf menganggu, Saya. bertanya bagi pihak sahabat. Sekiranya seseorang itu tidak memiliki IC atau pun MyKad namun lahir di Malaysia dan berumur 22tahun bolehkah seseorang itu memohon utk membuat passport?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 12:37 am

      kalau ikutkan syarat imigresen, memang perlukan mykad utk mohon passport.

      Reply
  34. shah says

    2019 at 11:45 pm

    salam nak tanya jika ic hijau bolh memohon pasport..??

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 4:25 pm

      Wasalam. Setahu saya tak boleh. Tapi cuba check dengan pihak imi

      Reply
  35. Norina Rynn says

    2019 at 10:53 am

    salam FN . Kalau umur 18tahun kebawah tapi sudah berkahwin kena bawah ibu bapa juga ke ? dokumen apa shj nak kena bawah

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 10:59 am

      Wa’salam.. kalau rujuk pada syarat tu jika pemohon dah berkahwin, kena bawa mykad & sijil nikah

      Reply
  36. KhaZama says

    2019 at 8:49 am

    Assalamualaikum.
    Just share pengalaman saya buat passport.

    Awal2 pagi dah ambil nombor giliran. Bila smpai turn, pegawai imigresen mintak salinan ic dan sijil lahir berserta dokumen origional. Xthu plak kena bawa dokumen2 tu.. Patah balik rmh.. Photostat semua tu.. Dtg balik pjbt.. Nasib baik urusan passport xramai org.. Ambil nombor giliran baru.. Setel urusan kaunter.. Kena tggu satu jam untuk passport siap.. Selesai urusan.

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 8:56 am

      Wa’salam,
      Kt imi mana tu? Mcm complicated pulak siap kena ada copy document.

      Reply
  37. Mel says

    2019 at 3:34 pm

    Maaf nak tanya, Jika pemohon hanya memiliki MyKas dan umur dibawah 18tahun, Bolehkah pemohon memohon untuk membuat Pasport Malaysia?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2019 at 7:18 pm

      Maaf.. saya pun kurang pasti untuk MyKas ni. Sebab dlm syarat imi cuma nyatakan MyKad. Mungkin boleh cuba tanya pihak imi sendiri.

      Reply
      • Meclosh says

        2022 at 5:51 am

        Kalau passport hilang dan dah
        expired perlu sijil lahir,
        Dan sya orang Sabah boleh ke buat di semananjung

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2023 at 10:18 pm

          Maaf. tak pasti untuk kes ni. Mungkin kena tanya terus dengan pihak imigresen

          Reply
  38. wan says

    2022 at 3:45 am

    boleh tanya apa2 sebab kalau permohonan kita gagal untuk dapatkan passport antarabangsa?? contoh tunggakan PTPTN & etc..boleh bagi berapa n apa2 jenis pihak imegerisan akan tolak pemohonan pastport kita di luluskan??

    Reply
  39. wan says

    2022 at 3:45 am

    boleh tanya apa2 sebab kalau permohonan kita gagal untuk dapatkan passport antarabangsa?? contoh tunggakan PTPTN & etc..

    Reply
  40. RINA says

    2022 at 9:19 am

    ASSALAMMUALAIKUM..ENCIK NAK SAYA ORANG SABAH,TAPI IC TAK ADA H .. BOLEH BUAT PASPORT K? KE KENA BUAT H DULU BARU BOLEH BUAT PASPORT

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2023 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in