FikriNordin (FN)

CARA WEB CHECK IN MALINDO AIR

Malindo Air

Malindo Air ialah syarikat penerbangan premium Malaysia yang beribu pejabat di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Nama Malindo menandakan perjanjian kerjasama antara kedua-dua negara, yang berasal dari nama-nama negara-negara ‘- Malaysia dan Indonesia. Malindo Air beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Aziz Shah Sultan Abdul (juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang, Subang SkyPark atau LTSAAS) di Subang, Selangor, Malaysia. Syarikat penerbangan itu kini mengendalikan satu kumpulan  Boeing 737-900ER, 737-800 dan pesawat ATR72-600 bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.

Seperti syarikat penerbangan lain, Malindo air juga menyediakan perkihdmatan web check in. memandangkan ini pengalaman pertama FN menaiki Malindo, rasanya tidak banyak beza cara web check in dengan yang lain. Apa yang penting korang dah booking tiket tu..heheh.. web check in malindo air ni hanya boleh dibuat seawal 48jam sebelum penerbangan dan selewatnya 4 jam sebelum berlepas. Di sini ada sedikit panduan untuk web check in tersebut:

  1. Pergi ke website malindo air dan klik pada web check in. Kemudian masukkan details yang diperlukan iaitu Last Name, Booking reference dan Email. Bila dan masukkan details tu, klik continue.
  2. Kalau details yang anda masukkan adalah betul, page yang berikutnya akan keluar seperti di bawah ni. Dalam page tu ada dinyatakan item-item yang tak boleh bawa masuk flight untuk rujukan kita. Jika tiada apa yang berbahaya, boleh teruskan dengan klik daftar masuk.
  3. dan…anda akan berada di page daftar masuk. Kat sini sila tick nama penumpang dan kita boleh lihat maklumat yang kita buat masa booking tu ada dipaparkan di sini. Kalau waktu booking dulu ada beli seat, nombor seat tu pun akan dipaparkan sekali. Untuk kes ni FN memang beli seat sebab mengidam nak seat tepi tingkap. Kalau tak beli seat, boleh klik pada ‘pilih tempat duduk ‘ tersebut dan pilihlah mana-mana seat yang kosong (maaf lupa nak screenshot untuk pilih seat ni (^_^). Bila dah selesai klik daftar masuk.
  4. Bila dah klik daftar masuk, maknanya anda dah layak untuk terbang. Boleh pilih samada nak boarding pass tu dihantar melalui email ataupun terus print sahaja. FN pilih untuk dihantar melalui emel. Kemudian download sahaja boarding pass tu. boarding tu dalam format pdf. Sila print siap-siap dan bawa pergi ke airport nanti.

Antara kelebihan web check in ni ialah boleh memudahkan urusan kita waktu di airport nanti. Boleh terus masuk untuk pemeriksaan keselamatan dan tuju ke gate pelepasan yang dinyatakan dlm boarding tu. Tak perlu nak beratur panjang di kaunter check ini. Tapi kalau nak drop luggage boleh terus pergi kaunter drop luggage yang disediakan. Banyak masa yang boleh kita jimatkan.

Akhir sekali, selamat terbang bersama malindo air….

Laman web Malindo Air -> http://www.malindoair.com/