CHERATING LOKASI PERCUTIAN MENARIK – Cherating merupakan lokasi yang tidak asing lagi untuk bercuti. Bertempat di negeri Pahang dan berdekatan dengan Terengganu ini menjanjikan suatu pengalaman percutian yang menyeronokkan. FN yang baru pertama kali ke Cherating ini juga teruja dengan keindahan pantai yang bersih, air yang jernih dan pasir yang memutih.
Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur hanya lebih kurang 3jam setengah melalui hihgway dan mudah untuk diakses. Memasuki kawasan perkampungan Cherating ternyata sungguh mempersonakan dengan suasana kampung yang berdekatan pantai. Keadaan jalan raya juga masih dianggap sempurna dengan kemudahan stesen minyak dan deretan kedai di tepi jalan amat memudahkan pengunjung dari luar.
Untuk menginap di Cherating sememangnya bukan masalah yang besar kerana di sepanjang pantai tersebut terdapat banyak resort dari yang mewah sehinggalah yang bajet. Pilih saja ikut kemampuan dan keselesaan. Ini antara aktiviti yang boleh dibuat ketika berada di Cherating:
- mandi laut
- main pasir pantai
- berkelah
- berkayak
- Melihat penyu di Santuari Penyu Cherating
- Melihat kelip-kelip di Sungai Cherating
Untuk aktiviti-aktiviti tersebut juga boleh dirujuk dengan resort tempat anda menginap. Mungkin mereka boleh bantu untuk aturkan aktiviti yang menarik.
Memandangkan percutian FN ke Cherating dibuat saat akhir, FN hanya sempt survey beberapa resort sahaja. Itupun dibuat 2 hari sebelum Check in. FN hanya pilih bilik bajet je cukup sekadar untuk tidur dan akhirnya FN pilih Tanjung Inn. Resort ini berkonsepkan dalam taman dan kebanyakan bilik menghadap kolam tetapi lokasinya juga tidak jauh dari pantai yang hanya lebih kurang 50 meter sahaja.
Ini antara koleksi bilih-bilik yang ada di Tanjung Inn serta lanskap yang menarik:
Persekitaran Tanjung Inn
Boleh dikatakan majoriti bilih yang disediakan oleh Tanjung Inn ini adalah berkonsepkan pemandangan dalam taman dan menghadap kolam.
Ini pula bilik yang berkonsepkan tent yang berbentuk A dan kesemuanya menghadap kolam yang dihiasi dengan pokok teratai.
Dan..inilah bilik FN menginap untuk 1 malam.. bilik yang paling hujung dan bersebelahan dengan Tents tersebut. Antara bilik yang murah dan seperti biasa jika harga murah maka view nya tidaklah begitu menarik.
Walaupun kebanyakan bilik di Tanjung Inn ni tidak menghadap pantai tetapi lokasi tempat ni sebenarnya memang sangat dekat dengan pantai.
Itu sahaja perkongsian dari FN yang sempat singgah ke Cherating untuk 1 malam. Untuk maklumat lanjut berkenaan pilihan tempat menginap boleh la singgah ke Agoda
lydia says
Tempat makan kat cherating tu byk tak?
FikriNordin (FN) says
Banyak..di sepanjang jalan utama cherating tu byk kedai makan. tak perlu risau.