Kepada mereka yang mempunyai masalah rabun, sudah pasti ia agak merimaskan sebab terpaksa pakai kacamata atau contact lense. Untuk kacamata terdapat berbagai jenis lense dan design frame yang berbeza kualiti dan harganya. Ade sesetengah orang yang dah sebati dengan pemakaian kacamata tetapi bagi FN sendiri sangat merimaskan terutama untuk aktiviti luar seperti bersukan atau kerja di site. Antara alternatif lain kalau taknak pakai kacamata ialah dengan pakai kanta lekap ataupun contact lense.
FN sendiri pernah menggunakan contact lense air optic aqua. Guna untuk tempoh sebulan dan kemudian perlu ditukar dengan yang baru. Penggunaan contact lense ni memerlukan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan infection pada mata kita. Sebelum pakai, tangan kita perlu dibersihkan sebaik mungkin kemudian contact lense tersebut perlu dicuci terlebih dahulu menggunakan cecair pencuci khas. Tempoh pemakaian maksimum adalah 8-12 jam sepertimana yang dicadangkan oleh optometrist. Selepas ditanggalkan kena cuci lagi dan disimpan dalam bekas khas yang ditutup rapat. Kesimpulannya pemakaian lense jenis ini memang memerlukan penjagaan yang betul2 teliti.
Memandangkan FN agak malas untuk menjaga contact lense tersebut maka FN pun dah tak pakai lagi. Dari segi kos pula tak berbaloi sebab FN tak pakai hari-hari. Kalau orang yang pakai hari-hari dan rajin nak jaga dan membelai penuh kasih sayang boleh la guna jenis ni. Rasanya dalam seminggu 2-3 kali je FN akan pakai.
Akhirnya FN buat keputusan untuk cuba daily contact lense jenama Acuvue Moist. Harga daily contact lense ini ialah RM129 dan menurut optometrist tersebut harga akan dinaikkan bermula November 2016 sekitar Rm149. Kita tunggu dan lihat sajalah. Daily contact lense ni lebih senang dijaga sebab jenis pakai buang. Tak perlu bersusah payah nak cuci sental bagai dan rasa lebih selesa sebab kita akan sentiasa guna lense yang baru. Bagi FN ia agak ekonomikal bagi yang jarang-jarang pakai. Sekali sekala buat outdoor activity memang sesuai pakai yang daily ni. Tapi kalau pakai hari-hari memang terasa agak mahal. Sebab RM129 ni untuk 30pcs bersamaaan dengan 15 hari.
Kelebihan Acuvue Moist
- Kombinasi yang mantap iaitu gabungan antara keselesaan dan prestasi sepanjang hari.
- Keselesaan pada mata dan terasa lebih segar kerana setiap pemakaian digantikan dengan yang baru.
- Dilengkapkan juga dengan perlindungan UV.
- Mengurangkan risiko jangkitan kerana penjagaan yang lebih mudah.
Maklumat lanjut bole baca di portal Acuvue Moist
Antara tips penting ialah JANGAN sesekali tidur dengan memakai contact lense kerana boleh mendatangkan risiko kecederaan pada mata. Dapatkan nasihat dari optometrist sebaik mungkin.
oleh itu, sayangilah mata anda dan jagalah sebaik mungkin kerana nikmat penglihatan adalah antara nikmat terindah.