FikriNordin (FN)

Ipoh- Menginap di DWJ Hotel Untuk Lebih Jimat

Setelah kali ketiga menjejakkan kaki ke Ipoh, inilah kali pertama FN bermalam. Jika sebelum ni hanya pergi balik hari saje. Setelah survey di Agoda, akhirnya FN memilih untuk menginap di DWJ Hotel. Seperti di bandar lain, Ipoh juga banyak pilihan hotel dari yang bajet hinggalah berbintang2.

Harga satu malam jika tanpa tax ialah RM93. Dari segi harga FN rasa agak sedikit overpriced memandangkan biliknya agak biasa2 sahaja cuma dari segi lokasi ianya agak strategik disebabkan berdekatan pusat bandar. Berdekatan juga dengan kedai makan dan mall.

Ini antara koleksi gambar di DWJ Hotel.

Pandangan hadapan DWJ Hotel. Hotel ini boleh dianggap sebagai hotel bajet di Ipoh. Lokasinya hanya di sebelah jalan besar sahaja. Bangunannya juga agak baru dan dilengkapi dengan parking berpalang.

Saiz bilik yang agak luas. Ada LCD TV dan siarannya agak banyak dengan kualiti HD yang agak baik. Kerusi pun ada tu boleh bersantai tepi tingkap.

 

Katil quen size yang bersih dan kemas. Pencahayaan juga agak baik.

 

Almari untuk menggantung pakaian. Biasa2 sahaja saiznya. Sejadah juga disediakan pihak hotel untuk memudahkan orang Islam bersolat.

 

Tandas yang bersih serta water heater berfungsi dengan baik.

 

Cuma yang ini agak kurang lengkap. Hanya 1 cawan sahaja disediakan walaupun bilik ini untuk 2 orang. Air mineral juga tidak disediakan. Tapi ada dijual di kaunter dengan harga RM2.2O untuk saiz 500ml. Biasala harga hotel kan…

 

Ini adalah pemandangan dari bilik.

Lain-lain info:

  1. Kemudahan tempat letak kereta yang banyak. Perlu ambil tiket dahulu untuk masuk kemudian bila nak keluar dapatkan chop dari pihak hotel supaya tak kena bayar. Kalau takde chop akan kena bayar ikut jam.
  2. Wifi agak kurang stabil. waktu malam macam susah untuk connect.
  3. Kalau nak makan agak mudah dengan hanya berjalan kaki sahaja. Bersebelahan hotel ada Ipoh Hainan Chicken Rice dan dalam 300m ada Warung Simpang Tiga.
  4. Untuk membeli belah juga ada mall yang berdekatan.
  5. Untuk lebih pilihan, boleh layari AGODA