FikriNordin (FN)

Hosting Terbaik Di Malaysia Dengan Harga Berpatutan

Hosting terbaik di Malaysia memang banyak yang boleh anda pilih. Untuk membina website, perkara paling utama sudah semestinya domain & hosting. Setiap penyedia webhosting mempunyai kelebihan masing-masing dan ciri-ciri yang tersendiri. Terpulang kepada keperluan website anda.

Apakah Maksud Domain dan Hosting

Domain merupakan alamat blog ataupun identifikasi untuk pelawat mengakses di web browser. Contohnya anda sekarang telah mengakses blog FN di pautan fikrinordin.com. Ada beberapa pilihan selain .com seperti (.net, .org, com.my, .my, .info, .biz, dan sebagainya).

Hosting pula bermaksud ruang untuk penyimpanan data dalam blog seperti gambar, post entry, komen dan segala kandungan dalam blog. Semakin besar saiz penyimpanan, semakin mahal harga yang dikenakan. Mungkin semua sudah faham berkenaan cloud storage. Begitulah perumpamaan untuk webhosting ni.

Senarai Penyedia Web Hosting Terbaik di Malaysia

Terdapat pelbagai pakej hosting yang ditawarkan oleh syarikat penyedia hosting. Yang membezakannnya adalah ruang penyimpanan data, bandwith, dan lain-lain. Penyedia hosting yang disenaraikan di bawah juga menyediakan perkhidmatan domain.

1. DataKL

Harga yang lebih rendah, lebih banyak ciri dan perkhidmatan yang lebih baik adalah sebab-sebab mengapa orang memilih hosting DataKL. pakej hosting Internet DataKL membantu perniagaan dan individu mendapatkan perkhidmatan berkuasa tinggi dengan kos yang minima.

Apa yang anda boleh harapkan dengan DataKL?

untuk maklumat selanjutnya sila KLIK DI SINI

2.  Exabytes

Exabytes merupakan antara syarikat yang telah lama bertapak dalam industri ini dan jenamanya memang agak kukuh. Ciri-ciri dan kelebihan exabytes adalah seperti berikut:

Untuk maklumat selanjutnya, sila KLIK DI SINI

3. Serverfreak

Serverfreak adalah penyedia hosting yang sudah lama bertapak di Malaysia dan merupakan antara hosting popular dan menjadi pilihan bagi para blogger. Pakej Basic bermula daripada RM 100 bagi pakej Basic dengan ruang data 3 GB hinggalah ke pakej Ultimate dengan harga yang sangat berbaloi.

Untuk maklumat selanjutnya, sila KLIK DI SINI

Makluman:

Pakej yang dipaparkan mungkin akan berubah-ubah. Oleh itu, dinasihatkan untuk terus akses ke pautan yang dinyatakan bagi mendapatkan pakej terkini.