FikriNordin (FN)

JENIS-JENIS CLOUD STORAGE

Cloud storage merupakan penyimpanan data secara atas talian di dalam server. Data adalah disimpan dan boleh diakses dari pelbagai jenis peralatan media.

Ia sangat berguna untuk backup sebarang document penting kita daripada lenyap begitu saja.

klau simpan dalam thumbdrive or hard disk, ada kemungkinan juga file kita boleh corrupted akibat virus atau kerosakan pada disk tu sendiri. Jadi, cloud storage boleh dijadikan alternatif.

Tapi anda harus ingat, bila anda simpan sebarang fail di cloud storage bermakna anda telah membenarkan pihak ketiga untuk menyimpan fail anda iaitu pengendali cloud storage tersebut.

Bila ia diakses oleh pihak lain, bermakna keselamatan fail anda tidak terjamin. Elakkan menyimpan fail yang terlalu sulit di cloud storage.

Jenis-jenis cloud storage

Sebenarnya terdapat beberapa jenis cloud storage yang biasa digunakan.

Kebanyakan pengendali cloud storage menyediakan free storage sekurangnya 5Gb yang mana jika pengguna mahukan storage yang lebih perlu langgan pakej yang disediakan.

  1. Google drive

produk keluaran google yang agak popular.

penggunaan yang mudah.

menyediakan sehingga 15GB free storage.

google drive

2. icloud

Icloud merupakan servis daripada Apple.

Menyediakan free storage sehingga 5GB. Jika mahukan lebih storage maka anda perlu melanggan pakej yang disediakan.

icloud apple

 

3. Dropbox

Seperti cloud storage yang lain, dropbox juga juga memudahkan cara anda membuat, berkongsi dan berkolaborasi. Bawa gambar anda, dokumen dan video di mana sahaja dan menyimpan fail-fail anda dengan selamat.

Tetapi dropbox hanya menyediakan 2GB free storage dan seperti biasa anda mesti melanggan pakej yang disediakan untuk dapat storage yang lebih.

dropbox storage

 

4. Onedrive

Onedrive juga tidak kurang hebatnya. Merupakan produk keluaran microsoft.

Menyediakan sehingga 5GB free storage dan menawarkan pakej yang menarik untuk tambahan storage.

onedrive