• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

Kebaikan Sarapan Pagi Dari Sudut Saintifk

2016 By FikriNordin (FN) 2 Comments

Ramai antara kita tak perasan tentang kebaikan sarapan pagi dalam kehidupan seharian. Berapa ramai daripada anda mengambil sarapan pagi sebelum pergi ke pejabat atau mula bekerja?

Menurut Hermann (2013), sarapan pagi adalah hidangan yang pertama pada hari tersebut, dimakan sebelum atau pada permulaan aktiviti harian dalam masa 2 jam selepas bangun tidur, biasanya tidak lewat daripada 10:00.

Tapi..ramai  yang meninggalkan sarapan pagi sebab kesuntukan masa dan ada pula yang langsung tak berminat untuk sarapan.Menurut ahli sains, ponteng sarapan menyebabkan badan dan otak anda rasa letih, menafikan badan anda daripada semua nutrien dan tenaga yang anda perlukan untuk mendapatkan prestasi yang optimum sepanjang hari. FN pun kalau tak sarapan memang akan rasa lemah. sekurang-kurangnya kena makan juga walapun sekeping biskut.

Kebaikan sarapan pagi membantu meningkatkan tahap tenaga

Menurut Cenzen (2011), manfaat dan kelebihan sarapan pagi ia boleh membantu untuk meningkatkan tahap tenaga untuk memulakan hari tersebut.

Setiap orang perlu memulakan hari mereka dengan sempurna dengan makan banyak vitamin dan nutrien lain.

  • Sebiji atau 2 biji telur untuk sarapan mungkin memerlukan hanya beberapa minit untuk penyediaan, tetapi kelebihan ke atas potensi  kesihatan menjadikannya sangat berbaloi untuk dimasak dan dimakan.
  • Bukan sahaja telur kaya dengan asid amino dan protein bahkan  juga adalah salah satu daripada beberapa sumber besar vitamin D, yang penting untuk menyerap kalsium untuk tulang yang kuat.

Terdapat begitu banyak makanan sarapan biasa yang boleh dianggap bermutu tinggi kerana nilai pemakanan yang ada pada makanan tersebut.

  • Sarapan adalah salah satu masa terbaik untuk menikmati bijirin penuh dalam hidangan anda sama ada anda mengambilnya dalam bentuk roti, bijirin atau oatmeal.
  • Menurut  Organic Authority (2012), makan bijirin penuh adalah salah satu bahagian penting dalam mewujudkan tenaga semula jadi yang akan digunakan sepanjang hari kerana protein yang tinggi dan kandungan serat dalam bijirin penuh.

Kebaikan sarapan pagi untuk kekal fokus

Menurut Cenzen (2011), antara kelebihan sarapan pagi juga boleh membantu untuk lebih fokus sepanjang hari.

Samada di dalam kelas atau sedang bekerja, antara pekara yang sering bermain di fikiran ialah makanan.

  • Dengan mengambil sarapan setiap pagi, anda akan lebih fokus dan produktif sehingga tiba masanya untuk makan tengah hari.
  • Jika tidak  bersarapan, sukar untuk fikir perkara lain kecuali makanan, terutamanya dengan perut yang meronta-ronta untuk diisi.

Satu kajian oleh Harris (2013) mendapati bahawa makanan sarapan yang betul akan membantu anda untuk lebih bermotivasi dan memberi tumpuan pada siang hari.

  • Makan makanan sarapan yang betul akan membekalkan anda dengan serat dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga berpanjangan dan membantu untuk menumpukan perhatian dan lebih fokus.
  • Protein dan bijirin yang kaya dengan serat membantu untuk mengimbangi tahap gula dalam darah  dan akan membekalkan otak anda dengan bekalan berterusan untuk membantu anda kekal fokus.

Kebaikan sarapan pagi untuk meningkatkan metabolisme

Merujuk kepada International Food Information Council (2013), antara kebaikan sarapan pagi ialah boleh meningkatkan metabolisme.

Makan sarapan yang sihat akan meningkatkan metabolisme anda dan membuat ia bekerja lebih keras selepas semalaman tanpa makan.

  • Makanan yang popular seperti bijirin gandum dan roti, produk berasaskan susu, dan juga buah-buahan boleh membantu mengurangkan risiko formetabolic syndrome.
  • Makan sarapan pagi yang berkhasiat seperti bijirin gandum dan susu boleh membantu badan yang lebih baik dalam mengawal tahap insulin.

Cenzon (2011) menyatakan apabila anda tidur, metabolisme anda cenderung untuk lebih perlahan/rendah.

  • Satu-satunya cara untuk meningkatkan tahap metabolisme pada hari tersebut ialah dengan memakan makanan yang sihat.
  • Sarapan pagi yang sihat akan membolehkan badan anda untuk mula membakar kalori dari awal pagi, dan bukannya di tengah hari selepas anda makan makan tengah hari.
kebaikan sarapan pagi
Antara menu yang boleh dijadikan pilihan untuk sarapan

Oleh itu, kesimpulannya ialah….

-Tidak ada keraguan bahawa sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting untuk kita.
-Kebaikan sarapan pagi bukan sahaja ia memberikan anda tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi sarapan dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
-Orang yang meninggalkan sarapan pagi akan kekurangan serat, vitamin dan mineral termasuk besi.

 

Rujukan:

Cenzon, M. Top 10 Benefits of Eating Breakfast. http://www.symptomfind.com/nutrition-supplements/benefits-of-eating-breakfast/

Haris, N. Breakfast Foods That Help You Stay Focused. http://www.organicauthority.com/health/4-superfood-whole-grains-to-boost-your-metabolisma-energy.html

International Food Information Council. (2013). Wake Up to the Benefits of Breakfast!. from http://www.foodinsight.org/Content/6/CONSUMER%20BREAKFAST%20TIP%20SHEET%20FINAL.pdf

Organic Authority.(2012). 4 Superfood Whole Grains to Boost Your Metabolism & Energy.  http://www.organicauthority.com/health/4-superfoodwhole-grains-to-boost-your-metabolism-a-energy.html

 

Filed Under: KESIHATAN Tagged With: makanan, tips

Reader Interactions

Comments

  1. Madsa says

    2018 at 10:00 am

    Assalamualaikum..Tuan FN
    Sy nk tanya pasal nak Buat passport

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:47 pm

      waalaikumussalam,
      kenapa ya?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2025 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in