FikriNordin (FN)

Kebaikan Sarapan Pagi Dari Sudut Saintifk

Ramai antara kita tak perasan tentang kebaikan sarapan pagi dalam kehidupan seharian. Berapa ramai daripada anda mengambil sarapan pagi sebelum pergi ke pejabat atau mula bekerja?

Menurut Hermann (2013), sarapan pagi adalah hidangan yang pertama pada hari tersebut, dimakan sebelum atau pada permulaan aktiviti harian dalam masa 2 jam selepas bangun tidur, biasanya tidak lewat daripada 10:00.

Tapi..ramai  yang meninggalkan sarapan pagi sebab kesuntukan masa dan ada pula yang langsung tak berminat untuk sarapan.Menurut ahli sains, ponteng sarapan menyebabkan badan dan otak anda rasa letih, menafikan badan anda daripada semua nutrien dan tenaga yang anda perlukan untuk mendapatkan prestasi yang optimum sepanjang hari. FN pun kalau tak sarapan memang akan rasa lemah. sekurang-kurangnya kena makan juga walapun sekeping biskut.

Kebaikan sarapan pagi membantu meningkatkan tahap tenaga

Menurut Cenzen (2011), manfaat dan kelebihan sarapan pagi ia boleh membantu untuk meningkatkan tahap tenaga untuk memulakan hari tersebut.

Setiap orang perlu memulakan hari mereka dengan sempurna dengan makan banyak vitamin dan nutrien lain.

Terdapat begitu banyak makanan sarapan biasa yang boleh dianggap bermutu tinggi kerana nilai pemakanan yang ada pada makanan tersebut.

Kebaikan sarapan pagi untuk kekal fokus

Menurut Cenzen (2011), antara kelebihan sarapan pagi juga boleh membantu untuk lebih fokus sepanjang hari.

Samada di dalam kelas atau sedang bekerja, antara pekara yang sering bermain di fikiran ialah makanan.

Satu kajian oleh Harris (2013) mendapati bahawa makanan sarapan yang betul akan membantu anda untuk lebih bermotivasi dan memberi tumpuan pada siang hari.

Kebaikan sarapan pagi untuk meningkatkan metabolisme

Merujuk kepada International Food Information Council (2013), antara kebaikan sarapan pagi ialah boleh meningkatkan metabolisme.

Makan sarapan yang sihat akan meningkatkan metabolisme anda dan membuat ia bekerja lebih keras selepas semalaman tanpa makan.

Cenzon (2011) menyatakan apabila anda tidur, metabolisme anda cenderung untuk lebih perlahan/rendah.

Antara menu yang boleh dijadikan pilihan untuk sarapan

Oleh itu, kesimpulannya ialah….

-Tidak ada keraguan bahawa sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting untuk kita.
-Kebaikan sarapan pagi bukan sahaja ia memberikan anda tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi sarapan dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
-Orang yang meninggalkan sarapan pagi akan kekurangan serat, vitamin dan mineral termasuk besi.

 

Rujukan:

Cenzon, M. Top 10 Benefits of Eating Breakfast. http://www.symptomfind.com/nutrition-supplements/benefits-of-eating-breakfast/

Haris, N. Breakfast Foods That Help You Stay Focused. http://www.organicauthority.com/health/4-superfood-whole-grains-to-boost-your-metabolisma-energy.html

International Food Information Council. (2013). Wake Up to the Benefits of Breakfast!. from http://www.foodinsight.org/Content/6/CONSUMER%20BREAKFAST%20TIP%20SHEET%20FINAL.pdf

Organic Authority.(2012). 4 Superfood Whole Grains to Boost Your Metabolism & Energy.  http://www.organicauthority.com/health/4-superfoodwhole-grains-to-boost-your-metabolism-a-energy.html