FikriNordin (FN)

Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam

Alat bantuan kesihatan memang sangat penting kepada golongan yang memerlukan dan selalunya banyak dijual di kedai peralatan kesihatan. Di sesetengah farmasi juga ada yang jual tapi tak sebanyak di kedai peralatan kesihatan. FN pun salah seorang yang memerlukan alat bantuan kesihatan bagi meneruskan sisa hidup yang kian di penghujung ni. Memang benarlah bahawa kesihatan kita sangat mahal dan perlukan pelaburan besar kalau dah sakit. Selain daripada rawatan di hospital, ubat-ubatan dan sokongan orang di sekeliling, alat-alat ini juga sangat diperlukan.

Sebenarnya susah juga nak cari kedai peralatan kesihatan ni. Kalau di klang valley mungkin tak jadi masalah sebab ada beberapa kedai yang boleh dijadikan pilihan. Alternatif lain adalah membuat belian secara online sekiranya sukar untuk dapatkan peralatan tersebut.

Kedai Peralatan Kesihatan Maycare

Kedai Peralatan Kesihatan Maycare Shah Alam

Hasil carian di google telah menemukan FN dengan kedai ni. Ada beberapa lagi kedai lain di sekitar klang valley tapi disebabkan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan untuk pergi jauh, hanya Maycare jadi pilihan. Lokasinya hanya di Shah Alam dan paling berdekatan dengan FN.

Lokasi kedainya juga agak mudah untuk diakses. Taip sahaja ‘maycare’ di aplikasi waze, insha Allah akan selamat sampai di depan pintu kedai ni. Yang menariknya kedai ni dibuka hampir setiap hari termasuklah pada hujung minggu.

Senarai Produk di Maycare

Merujuk kepada Portal Rasmi Maycare, berikut merupakan senarai produk yang disediakan:

Maycare juga menyediakan perkhidmatan jualan secara online. Ini memang sangat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan peralatan kesihatan tersebut.

Lokasi dan Cawangan Maycare

Berikut merupakan lokasi-lokasi maycare untuk panduan. Untuk maklumat selanjutnya, boleh rujuk kepada pautan berikut http://www.maycare.com/location.php

Bila masuk di kedai peralatan kesihatan ni memang boleh jadi rambang mata. Macam-macam barang ada dijual di sini. Ini antara peralatan yang dijual di Maycare Shah Alam.

Antara barang-barang yang dijual di sini.
Pelbagai pilihan kerusi roda
Katil pun ada dijual.
Keperluan untuk digunakan di bilik mandi
Tidak ketinggalan juga peralatan untuk kanak-kanak

Itu sahaja review FN untuk Maycare Shah Alam. Cuma agak sedih sebab barang yang dicari dah kehabisan stok. Semoga perkongsian ini dapat membantu golongan yang sedang mencari peralatan kesihatan tersebut.

Percayalah bahawa setiap penyakit pasti ada rawatan dan penawarnya kecuali mati.