Penjelajahan ke destinasi menarik di Hatyai diteruskan lagi ke beberapa tempat antaranya ialah Lee Garden Plaza dan Chang Puak Camp. Post ini juga adalah sambungan kepada post terdahulu iaitu Itinerari Bajet Untuk Trip ke Hatyai 3H2M
4. Chang Puak Camp Hatyai
Di sini aktivitinya adalah berkonsepkan gajah. Kepada peminat gajah, bolehlah datang ke sini. Ada beberapa aktiviti boleh dibuat seperti menunggang gajah, bergambar dengan gajah, ATV dan memanah. Masuk adalah percuma tetapi nak buat aktiviti tu kena la bayar. Yang paling mahal ialah menunggang gajah melalui trek kawasan kampung berharga THB500 hanya untuk 30minit. FN ke sini tak buat aktiviti pun. Cukup sekadar singgah sambil tengok gajah-gajah di sini.
5. Samila Beach
Ini adalah antara lokasi paling jauh dari bandar Hatyai dengan jarak lebih kurang 30km iaitu berada di kawasan Songkhla. FN dan travel buddy sempat juga ke sini dengan menaiki motorsikal sambil meredah sinar mentari yang sangat terik. Dalam perjalanan, singgah sebentar untuk isi petrol RON91 sebanyak THB90. Harga petrol di sini memang agak mahal berbanding Malaysia.
Perjalanan menaiki motorsikal mengambil masa hampir 30minit. Kalau nak dibandingkan dengan pantai di Port Dickson, mungkin di PD lebih meriah. Di sini tak banyak aktiviti boleh dibuat. Cukup sekadar menghirup bayu laut, bergambar dan kalau ada bajet lebih boleh lah menunggang kuda.
Kalau di Singapore ada singa tapi di Samila beach ada naga yang memuntahkan airnya. Nasib baik tak keluarkan api. Tak ramai yang post pasal naga ni sebab lokasi ni agak sedikit jauh dari lokasi utama Samila Beach. Orang pun tak terlalu ramai di sini.
Ini adalah lokasi utama Samila beach. Di hujung sana ada replika ikan duyung dan memang ramai pengunjung nak bergambar di situ. Sangat berbeza dengan situasi di replika naga tadi.
6. Lee Garden Plaza
Ini juga antara tempat yang popular dan cukup meriah terutama pada waktu malam sebab akan munculnya deretan gerai-gerai yang menjual makanan dan pakaian. Di sini pun agak mudah untuk dapatkan makanan halal.
Kesimpulannya masih banyak lagi tempat di Hatyai yang boleh diteroka. Memandangkan trip ni hanya untuk santai dan cari makan, maka cukuplah sampai di situ sahaja. Matlamat pun dah berjaya dicapai.
Kos Travel di Hatyai
- Tiket bas TBS-Hatyai-TBS = RM136
- Makan = RM 117
- Bilik = RM55
- Motorsikal & petrol = RM22
- Simcard AIS 1mb = RM10
- Jumlah kos untuk seorang = RM340
Tukaran matawang RM1=THB7.82
Disebabkan pergi berdua, banyak kos yang boleh dikongsi seperti bilik, motorsikal dan simcard. Mungkin penggunaan motorsikal untuk ke lokasi-lokasi tersebut juga banyak membantu untuk berjimat jika dibandingkan dengan naik tuk tuk atau grab.
Artikel Berkaitan: Itinirari Bajet Untuk Trip ke Hatyai 3H2M