FikriNordin (FN)

TRAVEL BAJET KE KOH LIPE THAILAND

Setelah berehat panjang semenjak bulan puasa & hari raya ditambah dengan lambakan kerja yang tak berkesudahan akhirnya FN dapat mencuri sedikit masa untuk meneruskan percutian yang dirancang saat akhir. Destinasi yang dipilih adalah Koh Lipe, Thailand pada 11-13 August 2017.

Koh Lipe adalah sebuah pulau kecil di bahagian Selatan Laut Andaman Thailand. Ia terkenal dengan pantai berpasir putih, air jernih dan hidupan dasar laut. Jaraknya dengan Tanah Besar lebih kurang 60km ataupun 1.5 jam menaiki speedboat.

Di sini ada 3 pantai utama iaitu Pattaya Beach (yang paling panjang dan meriah), Sunrise beach dan Sunset beach. Jika dahulu tempat ini agak kurang dikenali oleh rakyat Malaysia berbanding Phuket & Krabi tetapi sekarang sudah cukup terkenal.

Kredit foto: kohlipe.net

Waktu sesuai untuk ke Koh Lipe

Koh lipe terdapat 2 season iaitu high season/musim panas (November – April) dan low season/musim hujan (May-October). Berlawanan dengan season di Pantai Timur Semenanjung Malaysia disebabkan arah tiupan angin yang berbeza. Memandangkan FN hadir semasa low season, pelbagai kemungkinan perlu diambil kira terutama faktor cuaca.

Waktu low season keadaan di sana agak tenang sebab tak ramai pelancong datang. Resort & kedai juga sekitar 50-60% sahaja beroperasi. Kalau nak dapatkan harga murah inilah masa yang sesuai sebab waktu high season kos boleh meningkat 2-3 kali ganda terutama harga bilik.


Tips dan Panduan ke Koh Lipe

Untuk ke Koh Lipe boleh menaiki feri dari Jety Pak Bara ataupun Langkawi. Disebabkan low season, hanya feri dari Pak Bara sahaja yang beroperasi dan feri dari sini beroperasi sepanjang tahun manakala feri dari Langkawi hanya pada high season sahaja.

Untuk maklumat ferry dari Langkawi boleh rujuk website  TELAGA TERMINAL

Trip kali ini FN memulakan perjalanan dari Shah Alam dengan menaiki bas ke Butterworth kerana kawan FN ada menanti di sana. FN hanya pergi berdua sahaja dan FN memang agak jarang pergi travel dalam grup yang besar.

Sebelum pergi ke sana, FN cuba search di internet untuk cara pergi Koh Lipe melalui Pak Bara menaiki pengangkutan awam tapi macam tak banyak info yang dapat. Kebanyakan info adalah memandu sendiri untuk ke sana. FN dan kawan tu pun cuba redah je.

Itinerari Koh Lipe

2345 : bertolak dari stesen bas Shah Alam ke Butterwoth (RM40)

DAY 1

0500 : Tiba di Butterworth

0825 : Menaiki komuter dari KTM Butterwoth ke Padang Besar (RM11.40). Sebenarnya rancangan asal ialah untuk menaiki van dengan kos sekitar RM80 sahaja sehingga ke Pak Bara tetapi disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan terpaksa guna alternatif lain iaitu KTM. Kalau nak dapatkan van dari penang ke Pak Bara boleh survey di EASYBOOK. Banyak travel agent yang sediakan kemudahan ni tapi di easybook tu mungkin la tak banyak.

1020 : Sampai di Padang Besar dan menaiki grab ke Hatyai (1300THB/car bersamaan 650THB/pax ). Dari sini akan melalui Border Malaysia dan border Thailand. Sampai di Border Thailand perlu chop pasport dan isi borang putih tu. kalau malas nak isi upah jela kat tukang tulis tu RM1 je. Tak sampai 10 minit urusan imigresen selesai. Kalau drive kereta sendiri perlu isi borang untuk kenderaan tu.

Di sini kos agak sedikit meningkat disebabkan tak dapat ikut plan asal naik van tu.

***Di bawah adalah mengikut waktu Thailand iaitu lewat 1 jam dari Malaysia dan matawang THB

1130 : Tiba di Hatyai. Kat sini ibarat interchange station. Banyak kemudahan van untuk ke Pak Bara dan lain-lain destinasi. Boleh terus ke kaunter untuk beli tiket.

1145 : Menaiki van ke Pak Bara (130THB) .

1345 : Tiba di Pak bara dan pergi ke kauter travel agensi iaitu Baanpun Travel yang menjual tiket speedboat dan kos Tiket return (1000THB). Untuk tiket ni FN dah survey seminggu lebih awal bagi mengelakkan daripada tiket sold out. Untuk Booking boleh whatsapp no +66 62 9728939

Lokasi Baanpun Travel adalah berhadapan dengan Jetty.

Selepas selesai urusan tiket, terus lunch di gerai yang berdekatan jeti (130THB). Memandangkan masyarakat Satun kebanyakannya beragama Islam, tak menjadi masalah untuk makanan halal di Sini.

Salah satu restoran berhampiran jeti.
Jeti Pak Bara untuk ke Koh Lipe

1530 : Menaiki speedboat . Kena bayar entrance fee sebelum masuk ke jetty (20THB). Bila dah bayar terus masuk ke bahagian berlepas kemudian tunjukkan tiket speedboat dan dapatkan boarding pass.

Speedboat yang siap sedia untuk membelah ombak
Keadaan dalam speedboat. Laut agak bergelora jika menghala ke arah pulau memandangkan sekarang musim angin barat daya.

1700 : Tiba di Sunrise Beach. Sebelum tu kami perlu tukar dari speedboat untuk menaiki longtail di plat form yang disediakan di tengah laut.. naik longtail pun kena bayar (50THB)

Kalau datang dari Langkawi mungkin sedikit berbeza prosedurnya yang kena melalui proses imigresesn dan berdasarkan info yang FN tau, pengunjung akan diturunkan di Pattaya Beach untuk urusan imigresen.

Inilah platform untuk naik longtail
Memang banyak longtail yang berlabuh di tepian pantai
Antara pemandangan pantai di Koh Lipe
Kat sini tempat longtail turunkan / naikkan penumpang
Suasana petang menanti sunset untuk menjelmakan diri

Selepas puas bergambar, FN terus menuju ke chalet yang telah ditempah melalui AGODA iaitu Adang Sea Divers & Eco Lodge dengan kos RM62 (RM31/pax). Lebih kurang 10 minit sahaja berjalan dah sampai bilik.

2030 : Pergi ke walking street. Banyak kedai2 di sini tetapi memandangkan low season, sekitar 60% sahaja kedai yang buka. Sempat juga survey 2 benda ni di sini  iaitu:

Di sini lah tempat FN dapatkan pakej snorkelling & tiket van balik ke Malaysia. Pemiliknya beragama Islam & bro yang pakai baju putih tu pun boleh cakap melayu.

Malam tu cuaca agak tidak menentu dan hujan. Lebih kurang 45 minit meronda di walking street, terus balik ke bilik meredah hujan yang sangat lebat. Mujur agen tadi bagi pinjam payung. Sampai bilik rehat2 kejap dan terus ZZzzzz.

DAY 2

0930 : Pergi ke kaunter untuk aktiviti snorkeling yang telah ditempah. selepas tu terus bergerak ke pantai yang tak jauh pun dari kaunter tu. Ini antara koleksi gambar tempat-tempat snorkeling.

1230 : berhenti sekejap untuk lunch dan pergi ke pantai berdekatan. Kat sini pun kena caj lagi(20THB)

Di sini lah kami diturunkan untuk lunch.
Menu lunch (Nasi, paprik ayam, ulam timun, mineral water dan tembikai). Disebabkan pemiliknya orang Islam, makanannya dijamin halal.

1300 : Teruskan aktiviti untuk point yang terakhir tetapi cuaca dah mula gelap dan hujan. kami hanya tengok dari atas longtail sahaja. Itu pun cuma sekejap dan terus bergerak untuk pulang.

Untuk hari kedua ni FN telah bermalam di tempat yang berlainan iaitu di Daya Resort yang terletak di Pattaya Beach. Bilik ni pun FN telah tempah melalui AGODA dengan kos RM120 (RM60/pax). Berjalan kaki lebih kurang 20 minit dari Sunrise Beach. Sewaktu perjalanan untuk check in bilik tersebut, sempat juga singgah di kedai souvenir di sepanjang walking street tu cuma waktu siang tak banyak kedai buka.

Keadaan Pattaya Beach semasa air pasang

Sampai sudah di bilik penginapan kami setelah mengharungi perjalan lebih 1km. memang betul2 seaview. Cuma yang tak best kat area sini agak banyak anjing. Koh Lipe dengan anjing memang tak boleh nak dipisahkan.

Waktu petang pada hari kedua tak banyak aktiviti yang kami buat disebabkan hujan. Sebelah malam FN sekali lagi pergi ke Walking Street untuk beli sedikit souvenier dan dinner. Kedai makan halal pun ada di sini tapi tidak lah sebanyak macam non halal. FN makan Nasi + tomyam + telur dadar + teh O panas dengan kos (160THB).

DAY 3

Tibalah hari untuk pulang ke Malaysia. Asalnya nak balik 1pm tapi disebabkan kesukaran untuk dapatkan pengangkutan dari Pak Bara ke Butterworth, FN perlu naik speedboat seawal 9.30am.

0830 : Check out dan minta pihak resort untuk call taxi disebabkan pagi tu hujan agak lebat. kos (50THB).

0900 : Sampai di sunrise beach dan terus beli tiket longtail (50THB) untuk pergi ke platform disebabkan speedboat kami akan berada di sana.

Di platform agak ramai orang disebabkan jam 9.30 tu ada 3 speedboat yang akan berlepas. Sebelum naik speedboat, perlu serahkan tiket dan dapatkan boarding pass. Tunggu nombor kita dipanggil untuk masuk ke dalam speedboat.

0945 : Speedboat bertolak dari platform. Tapi keadaan laut waktu balik agak tenang berbanding waktu datang.

1100 : Sampai di jetty Pak Bara dan memandangkan FN telah membeli tiket van untuk ke Butterworth, terus sahaja berjumpa dengan wakil agen yang tunggu di jeti sambil tunjukkan tiket yang dah dibeli.

Kami dibawa oleh agen tersebut ke sini sementara nak tunggu van jam 1130. Lokasinya tak jauh dari jeti. Hanya 5 minit berjalan kaki. Van yang FN naik tu akan berhenti di Hatyai dan perlu menaiki van yang lain di sana untuk ke Butterworth.

1130 : Van tiba dan bertolak ke Hatyai.

1330 : Sampai di Hatyai dan van tersebut menurunkan kami di cawangannya yang terletak di bandar hatyai. Selepas tu terus cari kedai makan dan makan tengah hari iaitu nasi goreng pataya + teh ais (70thb). Makan kat sini agak murah berbanding Koh Lipe. Selepas makan terus ronda2 sekitar bandar Hatyai sementara menunggu van ke Butterworth.

1530 : Van kami telah tiba dan terus bergerak ke Butterworth dengan melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.

1700 : Sampai di Imigresen Sadao dan perlu chop passport. Agak ramai orang di sini tapi urusan siap dalam masa kurang 20 minit.

Selepas urusan chop passport selesai, terus menuju ke sempadan Malaysia dan serahkan Mykad/passport kepada petugas. FN tiba di butterworth Jam 8pm dan terus menaiki bas untuk pulang ke Shah Alam.

Hari ketiga ni hujan agak lebat. Ingatkan di Koh Lipe sahaja. Rupa-rupanya sampai ke Shah Alam pun hujan lebat.

Rumusan tentang Koh Lipe:

  1. Secara keseluruhan Koh Lipe memang agak cantik terutama pantainya yang putih bersih dan air yang jernih cuma FN kurang berpuas hati dengan coral sewaktu snorkeling sebab macam tak banyak coral yang cantik.
  2. Masih relevan untuk dikunjungi sewaktu low season tidak seperti pulau-pulau di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang memang tak sesuai kalau tiba musim tengkujuh/monsun timur laut.
  3. Kos keseluruhan 3h2m lebih kurang RM600 untuk keperluan utama. Tapi kalau waktu high season mungkin lagi mahal sebab harga bilik akan meningkat.
  4. FN bawa bekalan makanan seperti mee segera, biskut, roti dan mineral water untuk lebih jimat sebab harga makanan di sini agak mahal.
  5. Bukan setakat makanan, harga barang-lain pun agak mahal walaupun souvenir sekecil fridge magent/keychain tu. Harganya ada yang mencecah ratusan THB.
  6. Makanan halal agak mudah didapati di sini. Di 7e juga ada mee segera halal dijual.
  7. Di sini sangat banyak anjing dan anjingya jinak serta ada yang suka nak bermanja dengan orang. Kepada yang tak suka atau fobia dengan anjing tak digalakkan datang ke sini.
  8. Untuk pengalaman yang lebih menarik, datanglah pada waktu high season dan pada waktu ini juga national park tu  dibuka untuk orang ramai tapi kalau nak masuk kena la bayar. waktu low season tempat tu tutup.
  9. Penduduk & peniaga ada yang boleh bercakap bahasa melayu. Kebanyakan boleh berbahasa inggeris. Dari segi komunikasi tiada masalah.
  10. Di sini juga ada kemudahan internet dengan speed yang agak bagus.
  11. FN tidak sempat untuk ke Sunset Beach dan tiada info untuk dikongsi.

Itu sahaja perkongsian FN untuk kali ni…. mungkin FN akan kembali lagi ke sini waktu high season pulak.kalau ada yang sudi nak ajak FN pergi travel, sila la mesej FN ya…jangan segan2..hehhe…

terima kasih kerana sudi membaca.