FikriNordin (FN)

Lokasi Berjogging & Beriadah di Shah Alam

Lokasi berjogging & beriadah di Shah Alam sememangnya dicari oleh penggemar outdoor activity. Seperti tempat-tempat lain, Shah Alam juga mempunyai lokasi berjogging yang menarik iaitu di Taman Tasik Shah Alam Seksyen 14. Lokasi tersebut memang cukup sinonim bagi kebanyakan warga lembah klang kerana di situlah terdapat beberapa tempat tumpuan seperti Masjid Negeri, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC Mall dan Dataran Shah Alam.

Lokasi Berjogging & Beriadah di Shah Alam

Kalau nak berjogging, digalakkan untuk datang awal pagi disebabkan pada waktu pagi kebanyakan yang datang memang untuk berjogging dan tak terlalu sesak. Kalau datang sebelah petang, memang penuh sesak dengan orang ramai yang beriadah di sini dan menyusahkan juga bila nak berjogging terutama bila hari cuti. Kalau nak datang waktu petang, sesuai pada hari bekerja kerana tidak terlalu sesak dan kebanyakannya yang datang memang untuk berjogging.

Untuk beriadah juga sangat sesuai di sini. Pada waktu cuti, dari pagi sampai ke petang memang agak ramai yang datang beriadah di sini.

FN memang suka datang ke sini awal pagi setiap hujung minggu terutamanya jika cuaca baik. Ini antara koleksi gambar di Taman Tasik Shah Alam.

 

Tempat parking kereta yang banyak. Seeloknya datang sebelum 7.00am supaya senang nak parking kereta.

Kalau tak silap, tasik shah alam ni ada 3 bahagian iaitu Tasik Tengah, Tasik Tmur dan Tasik Barat.

Kalau kepenatan nak jogging keseluruhan tasik ni, boleh guna laluan shortcut di sini iaitu jambatan yang terletak di tasik tengah.

Dari atas jambatan tu, boleh nampak view yang menarik terutamanya sunrise pada awal pagi.

Sepanjang laluan, banyak kata-kata semangat untuk terus memotivasikan diri, hehehe.

Kalau tadi view dari jambatan, ini pula view menghadap jambatan.

lokasi yang berdekatan masjid ni pula Tasik Timur.

ni lagi satu view sunrise.. ni yang best kalau datang awal pagi.

Ini pula laluan yang berdindingkan corakan konkrit.

Sambil berjogging tu boleh la berhenti untuk bergayut sebentar.

Tempat duduk pun banyak disediakan. boleh la berehat menghilangkan penat.

ini pula info tambahan dari Portal Rasmi MBSA

Lokasi

Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14 (berhampiran Kompleks PKNS).

Tarikan
Terdapat landskap yang indah dan menghijau, kawasan seluas 43 hektar ini turut menjadi habitat kepada hidupan air tawar dan burung undan, sememangnya ketenangan boleh didapati di Taman Tasik Shah Alam.
Kemudahan

Restoran, taman permainan kanak-kanak, laluan joging, laman refleksologi, kawasan rehat dan kemudahan tempat letak kenderaan.

Alamat
Jabatan Taman & Rekreasi,
Majlis Bandaraya Shah Alam,
40000 Shah Alam, Selangor.
​Telefon ​: 03-5522 2834
​Faks ​: 03-5510 5133