FikriNordin (FN)

Monumen Menarik Di Phuket Yang Harus Dilawati

Monumen menarik di Phuket merupakan antara tempat yang harus dilawati. Phuket bukan sahaja terkenal dengan keindahan alam semulajadi bahkan turut terkenal dengan beberapa monumen menarik. Setiap monumen yang ada mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Hari keempat di Phuket yang merupakan hari terakhir, FN sempat meluangkan sisa-sisa masa yang ada untuk melawat tempat tersebut.

Memandangkan flight pulang ke KLIA2 adalah jam 8.40pm, masih banyak masa lagi untuk meneroka Phuket. Tepat jam 11am, FN check out dari hotel dan ronda-ronda sebentar di kawasan Patong sebab ada tempat yang tak singgah lagi. Hanya 30 minit sahaja masa untuk meronda di bawah terik matahari dan terus singgah di restoran berdekatan untuk lunch.

Dolphin di daratan. Hari terakhir baru jumpa.

Makanan Halal Yang Sedap di Hawa Kicthen

Ini antara tempat yang FN paling suka sebab menunya agak banyak dan harganya sangat berpatutan. Lokasinya hanya di tepi jalan dan tak jauh dari Masjid Nurul Islam. Pekerja restoran juga fasih berbahasa melayu. Kalau naik motor agak mudah untuk singgah di sini tapi kalau berkereta mungkin susah nak parking. Menu pilihan FN ialah nasi putih, kerabu sotong dan Thai coffee berharga THB100. Bila perut kenyang, hati pun senang nak jalan-jalan. Lokasi seterusnya ialah Wat Chalong dengan masa perjalananan 35 minit.

Restoran ni mungkin jadi pilihan club motorsikal sebab banyak sticker yang ditampal di sini.

Monumen Menarik Di Phuket (Wat Chalong)

Tiba di sini jam 1pm dan cuaca memang panas terik. Wats atau kuil Buddha adalah antara simbol paling penting di Thailand, kerana majoriti orang Thai adalah Buddha. Tempat ini dibuka kepada orang ramai dari 7am-5pm. Bagi orang tempatan, mereka datang untuk berdoa dan bagi pengunjung lain tak lebih daripada melihat budaya di sini. Bagi orang Islam, hukum melawat tempat ibadat orang bukan Islam adalah harus. Boleh rujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan perkara tersebut.

Big Buddha Di Puncak Bukit

The Big Buddha juga antara monumen menarik di Phuket. Berkedudukan di puncak bukit iaitu di Nakkerd Hills, memang agak mencabar untuk naik ke sini dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok. Tapi tak perlu risau sebab nak sampai ke sini tak perlu nak mendaki pun. Dari Wat Chalong tu lebih kurang 17km.

Pandangan hadapan The Big Buddha
Pandangan sisi The Big Buddha

Berada di tempat yang tinggi menjanjikan pemandangan 360 darjah yang terbaik di pulau ini, dengan pemandangan Phuket, Kata, Karon, Chalong Bay dan banyak lagi. Kalau tak sempat nak pergi ke semua lokasi di Phuket, naik ke sini pun dah berbaloi. Tempat ni dibuka dari jam 8am-7.30pm dan masuk adalah percuma.

Panorama menarik dari puncak bukit.

Dari segi pembinaannya kelihatan belum siap 100% lagi terutama di bahagian dalam. Mungkin ini adalah projek yang agak besar dan memerlukan kos yang tinggi di samping strukturnya yang rumit. Di sini juga ada donation box yang dibuka kepada pengunjung untuk menderma.

Salah satu cara untuk menderma. Beli benda ni dan gantungkan di tempat yang disediakan

Phuket Old Town Yang Mirip Georgetown Pulau Pinang

Destinasi terakhir adalah di Phuket Old Town iaitu 40 minit dari Big Buddha. Tiba di sini jam 3.45pm dan kelihatan para peniaga sudah mula membuka meja untuk berniaga pasar malam. Merujuk kepada wikipedia,2018, Phuket old Town adalah kawasan bersejarah di Bandar Phuket. Jalan-jalan utama di Phuket old Town ialah Thalang, Phang Nga, Krabi, Dibuk, dan Yoawarat. Phuket old Town terkenal dengan bangunan Sino-Portugis di kedua-dua belah jalan. Banyak bangunan lama telah diubah menjadi kedai, hotel, restoran, dan muzium.

Bila tiba di sini seolah-olah berada di tengah-tengah bandar Georgetown. Kebetulan pula waktu petang ada pasar malam. Monumen menarik di Phuket ni memang betul-betul menarik dan tidak mengecewakan. Tak lama pun FN di sini dan tepat jam 4.15pm terus menuju ke Phuket Car Rent & Travel untuk serahkan motorsikal. Perjalanan ke sana pun hampir 45 minit.

Bangunannya mirip di Georgetown. Para peniaga kelihatan sibuk untuk mula berniaga pasar malam.
Makanan halal pun ada dijual
Pasar malam yang mula beroperasi sepenuhnya
Antara bangunan yang ada di sini

Berakhirnya Percutian 4h3m Di Phuket Yang Menyeronokkan

Phuket Old Town adalah destinasi terakhir FN di Phuket. Jam 5pm tiba di Phuket Car Rent & Travel untuk serahkan motor dan buat bayaran tambahan THB50 untuk petrol sebab waktu kami dapat motor ni, dia bagi minyak full. Kemudian staf di situ hantarkan ke airport yang tak jauh pun.

Sebenarnya masih banyak lokasi yang tak sempat pergi seperti pantai-pantai tumpuan, night market, monumen menarik di Phuket pun masih ada banyak lagi. Mungkin masa akan datang boleh munculkan diri semula di Phuket. Dari segi kos keseluruhan adalah RM700. Kalau nak lagi jimat mungkin kena dapatkan flight harga bawah RM200, buat aktiviti yang tak perlu modal besar dan bawa bekal makanan sendiri. Lepas tu boleh la buat post “Trip Phuket 4h3m Dengan bajet RM300” hehehe.. Untuk trip ni, FN banyak makan di restoran halal di kawasan Patong. Harganya boleh dianggap munasabah jika dilihat dari segi Phuket yang menjadi lokasi tumpuan pelancong antarabangsa.

Tepat jam 8.40pm, Flight AK871 berlepas meninggalkan Phuket yang penuh dengan cerita menarik….

 

Artikel berkaitan untuk Trip 4h3m ke Phuket: