• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

THE ORIENT STAR RESORT LUMUT

2017 By FikriNordin (FN) 2 Comments

Memandangkan FN ada sedikit urusan di Manjung, FN ambil kesempatan untuk bermalam di sana. Lokasi pilihan adalah di sekitar Lumut. Sebenarnya Lumut ni bukanlah lokasi asing bagi FN sebab dah beberapa kali bermalam di hotel sekitar Lumut ni. Cuma kali ni FN cari hotel yang agak mewah sedikit. Setelah survey di Trivago, FN berkenan dengan Swiss Garden Resort dan The Orient Star Resort tetapi hasil penyelidikan FN di google macam ada sesuatu yang tak best di swiss garden…hehehe… So, FN pilih untuk bermalam di The Orient Star Resort sebab hasil cerita daripada kebanyakan blogger nampak mcm banyak yang positif. FN pilih bilik deluxe room yang menghadap laut dan kolam renang. Harga 1 malam RM198 iaitu harga di booking.com termasuk dengan breakfast.

Waktu check in adalah 3.30pm.. inilah waktu check in paling lewat pernah FN jumpa. tapi FN pun sampai jam 5pm sebab hujan waktu nak kesana. terpaksa drive slowly.

the orient star lumutDi bahagian depan resort. Parking kereta memang senang, ada banyak kosong.

the orient star lumutPemandangan dalam bilik. Design perabot jenis lama. Saiz bilik pun takde la besar sangat

the orient star lumutTV flat screen pun ada tapi chanel tak berapa banyak dan tak berapa bagus coverage dia.

the orient star lumutAntara sudut dalam bilik.

FHD0029Almari yang besar. cuma yang tak best dia sediakan 2 hanger je.

FHD0050Peti ais juga ada disediakan

FHD0043coffer & tea..nampak macam banyak kan. tapi jangan terpedaya itu hanya bayang cermin sahaja.

FHD0031Toilet yang agak bersih.

IMAG1348alat mandian..ni 1st time FN jumpa ada Sewing kit

DI BAWAH NI PEMANDANGAN LUAR BILIK..

so, view ni bergantung kepada jenis bilik yang kita ambil.
FHD0076Bilik FN ni memang mengadap kolam dan pantai

IMAG1337pemandangan dari pantai

IMAG1338Hotel ni sangat dekat dengan pantai. seberang jalan je dah sampai pantai

IMAG1341ni pemandangan kalau ambil bilik “hill view or city view”

IMAG1345Setiap bilik ada balcony yang luas. Boleh bersantai sambil bertemankan hembusan bayu laut.

Sekarang bermulalah detik-detik yang tak best.

FHD0093

Waktu malam memang tersangat sunyi. dalam banyak-banyak bilik tu ada 1 bilik je FN nampak mcm ada penghuni. Tapi yang sebaris dengan bilik FN ni adalah juga bilik berpenghuni. Ibarat tempat ni dah mcm mati je dan seolah-olah seperti bangunan tinggal. memang agak scary time ni. Mungkin faktor hari Ahad malam Isnin tak ramai orang.

Awal pagi dah bangun. FN pun masuk bilik air bersiap nak mandi tapi ada lagi kejadian yang menyakitkan hati. Air paip pulak takde. nak melepaskan hajat pun susah. Patutlah waktu tidur bunyi air dalam bilik air tu lain macam je. Lepas tu cuba call kaunter tapi telefon dalam bilik tu memang tak function pun. ibarat macam hiasan. Terpaksa la guna fon sendiri untuk complain. Akhirnya lebih kurang 7.15 am baru ada air. lepas dh siap2 trus turun untuk check out dan breakfast. Pilihan breakfast pun tak banyak. FN pun malas fikir banyak, makan je la ape yang ada sebab nak cepat.

Lepas breakfast FN trus berlalu meninggalkan The Orient Star Resort ni yang memang banyak meninggalkan kenangan yang tak berapa best untuk FN.

Kesimpulannya FN rasakan tempat ni memang cantik dari segi pemandangan sekeliling tapi dari segi dalamannya macam ada byk kekurangan. Rating Agoda pun cuma 6.6

Best atau tak tu subjektif sebenarnya..terpulang kepada citarasa masing-masing

 

Filed Under: Hotel Tagged With: hotel, travel

Reader Interactions

Comments

  1. Nurulhudayu says

    2022 at 2:19 pm

    I baru col utk servy bilik Staff biadap jwb ..staff indian glz so mmg I xkn pergi this hotel😡

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2022 at 8:41 pm

      wah..smpai mcm tu sekali.
      dulu book online. mujur waktu kat kaunter layan ok je

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2025 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in