Memandangkan FN ada sedikit urusan di Manjung, FN ambil kesempatan untuk bermalam di sana. Lokasi pilihan adalah di sekitar Lumut. Sebenarnya Lumut ni bukanlah lokasi asing bagi FN sebab dah beberapa kali bermalam di hotel sekitar Lumut ni. Cuma kali ni FN cari hotel yang agak mewah sedikit. Setelah survey di Trivago, FN berkenan dengan Swiss Garden Resort dan The Orient Star Resort tetapi hasil penyelidikan FN di google macam ada sesuatu yang tak best di swiss garden…hehehe… So, FN pilih untuk bermalam di The Orient Star Resort sebab hasil cerita daripada kebanyakan blogger nampak mcm banyak yang positif. FN pilih bilik deluxe room yang menghadap laut dan kolam renang. Harga 1 malam RM198 iaitu harga di booking.com termasuk dengan breakfast.
Waktu check in adalah 3.30pm.. inilah waktu check in paling lewat pernah FN jumpa. tapi FN pun sampai jam 5pm sebab hujan waktu nak kesana. terpaksa drive slowly.
DI BAWAH NI PEMANDANGAN LUAR BILIK..
so, view ni bergantung kepada jenis bilik yang kita ambil.
Sekarang bermulalah detik-detik yang tak best.
Waktu malam memang tersangat sunyi. dalam banyak-banyak bilik tu ada 1 bilik je FN nampak mcm ada penghuni. Tapi yang sebaris dengan bilik FN ni adalah juga bilik berpenghuni. Ibarat tempat ni dah mcm mati je dan seolah-olah seperti bangunan tinggal. memang agak scary time ni. Mungkin faktor hari Ahad malam Isnin tak ramai orang.
Awal pagi dah bangun. FN pun masuk bilik air bersiap nak mandi tapi ada lagi kejadian yang menyakitkan hati. Air paip pulak takde. nak melepaskan hajat pun susah. Patutlah waktu tidur bunyi air dalam bilik air tu lain macam je. Lepas tu cuba call kaunter tapi telefon dalam bilik tu memang tak function pun. ibarat macam hiasan. Terpaksa la guna fon sendiri untuk complain. Akhirnya lebih kurang 7.15 am baru ada air. lepas dh siap2 trus turun untuk check out dan breakfast. Pilihan breakfast pun tak banyak. FN pun malas fikir banyak, makan je la ape yang ada sebab nak cepat.
Lepas breakfast FN trus berlalu meninggalkan The Orient Star Resort ni yang memang banyak meninggalkan kenangan yang tak berapa best untuk FN.
Kesimpulannya FN rasakan tempat ni memang cantik dari segi pemandangan sekeliling tapi dari segi dalamannya macam ada byk kekurangan. Rating Agoda pun cuma 6.6
Best atau tak tu subjektif sebenarnya..terpulang kepada citarasa masing-masing