FikriNordin (FN)

Phuket Yang Popular Dengan Island Hopping & Nightlife

Phuket memang sangat popular dengan Island Hopping. Pakej Island hopping Phuket sangat mudah nak dapat di setiap pelosok kawasan Phuket dan harganya juga hampir sama. Ada pelbagai pakej yang dijual dan bezanya adalah pulau-pulau yang akan disinggah serta bot yang akan digunakan samada speedboat atau bot besar. Lokasi yang akan disinggah adalah sama dengan pakej yang ditawarkan di Krabi cuma di Krabi harganya lebih murah sebab jarak yang lebih dekat.

FN hanya memilih pakej Phi Phi Island + Khai Island yang berharga THB900. Pakej yang dibeli dengan agen yang ada di depan Live In Hotel tempat FN menginap iaitu Maneechot Travel. Ini harga termurah FN dapat sebab kebanyakan tempat yang FN survey, harganya adalah THB1000 dan ada juga yang dah naikkan harga kepada THB1100. Hasil nego dengan agen tersebut dan semangat kejiranan Malaysia-Thailand, berjaya juga dapat harga yang sedikit murah. Memandangkan November dah bermula peak season di Phuket, harga untuk island hopping juga mula meningkat.

Kebanyakan orang tempatan kata, kalau datang ke Phuket mesti kena pergi ke Phi Phi Island. Ia seolah-olah ikon atau destinasi wajib. Tapi terpulanglah kepada citarasa masing-masing ke mana harus membawa diri. Untuk hari ketiga di Phuket, FN banyak habiskan masa di laut.

Pakej Island Hoping Phi Phi Island + Khai Island

Jam 8am pihak agen pick up di hotel menggunakan van sebab memang dah termasuk sekali dalam harga pakej. Selepas tu terus menuju ke Jeti  dan perlu berkumpul di sana. Island hopping ni dikendalikan oleh Andaman Sea Cruise Co.Ltd. Ada minuman dan makanan ringan disediakan. Sebelum aktiviti bermula, ada sedikit taklimat ringkas.

Jam 10am baru naik ke bot dan jumlah penumpang hampir 30 orang. Kebetulan pula dalam bot tu ramai pelancong dari negara #$&^% yang memang takde adab dan degil. Tour guide dah banyak bagi warning tapi memang jenis degil. FN pun rasa serabut dengan puak-puak tu. hrrrmm.

Keadaan laut agak bergelora dan  sentiasa melambung-lambung waktu dalam bot. Tour guide ada sediakan plastik  hitam khusus untuk yang mabuk laut. Memang ramai juga yang termuntah sepanjang perjalanan meredah gelora. Masa perjalanan pun agak lama.

Snorkeling di Khai Nui

Hampir 20 minit perjalanan, bot singgah di sini untuk snorkeling. Tempatnya  cantik tetapi arus agak kuat dan sedikit berombak. Memang penat nak berenang. Dari segi coral macam tak menarik pun sebab banyak yang mati. Hanya ada beberapa kumpulan ikan-ikan yang berenang berdekatan bot. Agak hambar snorkeling di sini dan membosankan.

Dari atas memang nampak cantik pulau ni
Terumbu karang yang hidup segan mati tak mahu
Antara ikan yang sempat dirakam lensa kamera. Tak banyak pun spesis ikan kat sini

Panorama Maya Bay Yang Memukau

Setelah 30 minit snorkeling, kami terus menuju ke Maya Bay untuk melihat pemandangan di situ. Maya Baya ni ditutup untuk tempoh beberapa bulan bagi tujuan pemuliharaan. Hanya boleh lihat dari atas bos sahaja. Tempatnya memang cantik sebab itu jadi lokasi penggambaran filem hollywood.

Kelihatan pasir pantai yang memutih. Kat situ la port bergambar paling menarik kalau tempat ni tak tutup
Bot-bot hanya berlegar sahaja

Viking Cave Yang Unik

Destinasi berikutnya ialah Viking Cave. Kat sini pun hanya tengok pemandangan dari atas bot sahaja. Tour guide hanya tunjukkan gambar keadaan dalam gua tu. dari segi strukturnya memang nampak unik dan menarik. Lebih kurang 5 minit je bot berhenti kat sini dan terus menuju ke Phi Phi Don untuk lunch.

Phi Phi Don Yang Cantik dan Privacy

Jam 1150am bot tiba di sini untuk lunch. Menu lunch yang berkonsepkan buffet dengan disajikan pelbagai pilihan makanan. Di sini terdapat resort dan kedai-kedai. Sangat sesuai kalau nak honeymoon dengan suasana yang lebih privacy. Hanya 1 jam sahaja kami berhenti di sini.

Kat sini kami diturunkan untuk lunch
Kat kawasan ni boleh berenang. Siap ada tiang gol lagi tu.

Cuaca agak panas terik di sini dan sementara menunggu untuk ke lokasi seterusnya, pengunjung boleh bersantai di pantai, mandi manda dan fotografi. FN hanya lepak kat pantai dan fotografi je sebab nak elakkan kulit yang hitam manis ni jadi hitam legam. hehehe.

Menumpang teduh di celahan pokok untuk berlindung dari panahan sang suria

Tepat jam 1250pm bot menuju ke lokasi seterusnya iaitu Monkey Beach.

Monkey Beach Yang Penuh Dengan Monyet

Di Monkey Beach ni memang jadi tempat tinggal monyet. Monyet-monyet ni bertenggek di celahan batu kapur sambil menyaksikan kunjungan orang ramai. Bertuah juga monyet sebab ramai yang sudi melawat. Di sini pun kami cuma lihat aksi monyet dari atas bot sahaja. Hanya 5 minit sahaja kami di sini dan bot menuju ke lokasi terakhir iaitu Khai Nai Island. Selamat tinggal monyet.

Penampakan kelibat monyet yang termenung. Kena tengok betul-betul baru nampak.

Khai Nai Island

Hampir 40 minit perjalanan dari Monkey Beach, kami sampai di Khai Nai. Pulau ni sangat kecil tapi ada beberapa restoran di sini. Di Khai Nai adalah tempat sesuai untuk bersantai sambil berenang di tepian pantai bersama ikan-ikan yang agak jinak. Kawasan untuk berenang agak terhad dan kami tidak dibenarkan pergi jauh atas faktor keselamatan.

Kat sini tempat FN berenang. Agak berarus tapi ikan pun banyak.
Kelihatan pengunjung yang terdampar di pantai sambil menggelapkan kulit di bawah terik mentari.

Tepat jam 3pm aktiviti island hopping berakhir dan kami terus naik bot menuju ke pier untuk pulang ke hotel. Dari Khai Nai ke Pier tak jauh pun. Lebih kurang 20 minit. Dalam perjalanan, tour guide bagi makan buah tembikai dan nenas yang manis. Terasa seperti dilayan atas flight.

Secara jujurnya, aktiviti island hopping di Phuket bukanlah seperti yang FN bayangkan. Ternyata sangat hambar dan indah khabar dari rupa. Waktu snorkeling pun tak nampak syurga sebenar bawah laut. Waktu melawat Maya Bay, Viking Cave, dan Monkey Beach macam susah nak tengok pemandangan dan fotografi sebab tingkap bot tu agak tinggi. Jika dibandingkan dengan Pulau Bohey Dulang Semporna, mungkin di sana lebih memukau bersama formasi mantap Pulau Tatagan dan Pulau Bodgaya yang menghasilkan panorama menarik. Cuma yang berbeza di Maya Bay ni struktur bukit nya adalah batu kapur.

Sebaik tiba di pier, kami dikumpulkan mengikut lokasi hotel masing-masing dan akan dihantar pulang ke hotel menaiki van. Jam 5pm FN pun sampai di Hotel. Sempat singgah di 7eleven beli air dan roti yang berharga THB20 untuk buat alas perut sementara menunggu waktu dinner.

Makan Malam Di Kusuma Restaurant

Hasil carian di google menemukan FN dengan restoran ni. Pekerjanya boleh cakap melayu loghat kelantan. Banyak menu berasaskan seafood di sini. Bila datang Thailand tak sah kalau tak makan tomyam. FN makan nasi putih dan tomyam seafood serta nescafe ais. Rasa tomyam pun agak sedap dan sedikit pedas. Tomyam tu order semangkuk je sebab banyak dan boleh share 2 orang. Total harga THB320 (THB160/pax).

Setelah mengisi perut, terus balik ke hotel untuk parking motor di situ. Dari Hotel hanya berjalan kaki 10minit untuk ke Patong Beach dan walking street.

Kredit foto: google.com

Nightlife di Phuket (Bangla Walking Street & Patong Beach)

Phuket sememangnya meriah di waktu malam terutama di Patong Beach dan Bangla Walking Street. Jika post FN sebelum ni menunjukkan keadaan yang tenang waktu siang di Bangla Walking Street, jangan terpedaya dengan semua itu. Waktu siang macam tak perasan deretan kelab malam di sini. Pintu masuk pun tak kelihatan. Tapi waktu malamnya ternyata berubah 360 darjah.

Bangla walking street ni memang tak sesuai untuk bawa keluarga ataupun yang bawah umur kerana jauh bertentangan dengan norma masyarakat di Malaysia. Dari jauh sudah kedengaran muzik yang begitu kuat memecah kesunyian malam. Pekerja-pekerja club memenuhi segenap ruang laluan dan memasang umpan sambil memancing pengunjung untuk masuk ke club mereka. Mungkin industri pelancongan yang berasaskan hiburan dan seks meletakkan Phuket ni antara destinasi tumpuan pelancong selain dari kecantikan alam semulajadi.

Realiti sebenar nightlife di sini
Kehadiran orang ramai yang berpusu pusu menyesakkan keadaan

Di Patong Beach keadaan masih terkawal dengan orang ramai hanya bersantai di tepian pantai sambil sembang-sembang di bawah cahaya bulan purnama dan bintang bertaburan di angkasa. Yang minum arak pun ramai tapi mereka semua pandai jaga diri. Tin dan botol arak pun tak dibuang merata.

FN dan travel buddy banyak habiskan masa bersantai di pantai sambil sembang-sembang memikirkan trip yang seterusnya. Tetiba terkenangkan tragedi tsunami 2004 yang turut melanda Phuket. Kalau tuhan nak hantar tsunami, memang lenyap la Bangla Walking Street tu. Dah la maksiat memang berleluasa kat situ. Tapi keadaan malam tu tenang sahaja. Tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan.

Pengunjung yang mundar mandir mencari arah tuju
Menyaksikan kegelapan malam laut andaman sambil merenung masa depan

Untuk hari ketiga, aktiviti berakhir di Patong Beach. Esok adalah hari terakhir di Phuket dengan misi menawan beberapa lokasi menarik.

 

Artikel berkaitan untuk Trip 4h3m ke Phuket: