FikriNordin (FN)

Pakej Unifi Dengan Pelan Mampu Milik

Pakej Unifi

Pakej unifi terbaru dengan pelan mampu milik telah dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM). TM terus komited membangunkan infra telekomunikasi terutama dalam merealisasikan aspirasi nasional ke arah negara dengan kelajuan internet yang tinggi dan harga yang murah. TM telah melancarkan pakej baru unifi dengan kelajuan 30Mbps dan 100Mbps dengan harga mampu milik seperti berikut:

Unifi Basic Plan 30Mbps dan Unifi Plan 100Mbps

Ia sekaligus mampu menawarkan pengalaman jalur lebar berkelajuan 100Mbps tanpa had penggunaan, akses kepada pakej unifi PlayTV untuk hiburan di mana-mana dan pada bila-bila masa serta 600 minit panggilan suara percuma.

Dalam masa terdekat sudah pasti 100Mbps akan menjadi tahap kelajuan jalur lebar permulaan pilihan isi rumah di Malaysia. Semakin banyak aplikasi digital dan kandungan memerlukan lebar jalur (bandwidth) yang lebih tinggi, pantas dan diyakini.

Unifi Turbo

Seterusnya, selain daripada pakej baru tersebut, ada lagi buah tangan TM untuk pelanggan sedia ada unifi. Iaitu dengan menaiktaraf kelajuan tersebut sehingga 10 kali ganda ataupun dikenali dengan unifi turbo tanpa sebarang kos tambahan.

Proses naiktaraf ini telahpun bermula dan dibuat secara berperingkat untuk pakej seperti berikut:

  1. Unifi Home 20Mbps dan ke bawah dinaiktaraf kepada 100Mbps
  2. 30Mbps dinaiktaraf kepada 300Mbps
  3. 50Mbps dinaiktaraf kepada 500Mbps
  4. 100Mbps kepada 800Mbps

Pengumuman itu juga membawa perkhidmatan jalur lebar negara ke tahap lebih tinggi dengan pengenalan penaiktarafan pelan untuk pelanggan unifi Home sedia ada sehingga 800Mbps.

Selain itu, ia turut memperkenalkan naiktaraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkatan kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan perkhidmatan berkenaan. Nampaknya pelanggan streamyx juga tidak dianaktirikan.

Mungkin sedikit masa lagi diperlukan bagi membolehkan TM untuk terus membuat pelaburan besar dalam usaha menambah liputan unifi. Jika dilihat pada rekod, TM merupakan syarikat yang paling banyak melabur untuk infra baru bagi high speed broadband di Malaysia. Syabas dan terima kasih TM.

Check Coverage Unfi

Untuk dapatkan pakej unifi tersebut, boleh semak terlebih dahulu coverage unifi di kawasan anda di https://unifi.com.my/support/check-coverage

Apa tunggu lagi… >>DAFTARLAH SEKARANG<<