• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

Tips dan Panduan Bisnes Bakeri

2017 By FikriNordin (FN) 3 Comments

Tips dan Panduan Bisnes Bakeri sangat berguna terutamanya kepada isteri/suri rumah atau sesiapa sahaja yang mempunyai minat.

Jika pandai & suka masak atau suka buat kuih, kek, roti dan sebagainya!
Kenapa tidak jadikan aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan?

Buat bisnes orang kata…!
Bisnes bakeri… atau bisnes kuih-muih atau bisnes kek & roti!

Bisnes buat kuih ni agak mudah dilakukan.. boleh start dari rumah dan gunakan peralatan-peralatan yang selalunya memang sudah sedia ada di rumah!

Modal untuk beli bahan-bahan pun tak besar sangat! Lebih kurang dalam RM20-30 je untuk hasilkan sebuah kek atau sebarang kuih.

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?..

Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!

  • Kos Pemulaan Yang Kecil. Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal. Contohnya seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
  • Tidak Perlu Terlalu Menjual. Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut. Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!
  • Hanya Buat Berdasarkan Tempahan! Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja. Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
  • Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!

    Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!

Nak jual pun tak susah sangat… buat kuih tu cantik-cantik.. ambil gambar.. upload kat facebook atau instagram!
Kalau gambar kuih tu cantik dan nampak sedap.. mesti berduyun-duyunlah orang akan PM nak order!

Macam mana? Rasa-rasanya… berminat nak buat bisnes bakeri ni?

Bila bakat dah ada ditambah dengan minat dan usaha, Insha Allah pasti pintu rezeki akan terbuka.
Perbanyakkan menuntut ilmu untuk asah kemahiran yang ada.

Filed Under: Bisnes, CORAT CORET Tagged With: bakeri

Reader Interactions

Comments

  1. Hasrul Hassan says

    2018 at 8:58 am

    Satu bisnes dan kerja di rumah yang menguntungkan. Kena tahu apa permintaan pelanggan kalau nak berniaga bakeri ni.

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 10:53 pm

      betul..sebab desert2 yg mcm ni byk permintaan skrg.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2025 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in