Tips dan Panduan Bisnes Bakeri sangat berguna terutamanya kepada isteri/suri rumah atau sesiapa sahaja yang mempunyai minat.
Jika pandai & suka masak atau suka buat kuih, kek, roti dan sebagainya!
Kenapa tidak jadikan aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan?
Buat bisnes orang kata…!
Bisnes bakeri… atau bisnes kuih-muih atau bisnes kek & roti!
Bisnes buat kuih ni agak mudah dilakukan.. boleh start dari rumah dan gunakan peralatan-peralatan yang selalunya memang sudah sedia ada di rumah!
Modal untuk beli bahan-bahan pun tak besar sangat! Lebih kurang dalam RM20-30 je untuk hasilkan sebuah kek atau sebarang kuih.
Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?..
Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah!
Kos Pemulaan Yang Kecil. Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal. Contohnya seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.
Tidak Perlu Terlalu Menjual. Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut. Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga! Jika mereka suka, mereka akan order!
Hanya Buat Berdasarkan Tempahan! Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja. Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.
Urusan Rumahtangga Masih Terjaga!
Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga!
Nak jual pun tak susah sangat… buat kuih tu cantik-cantik.. ambil gambar.. upload kat facebook atau instagram!
Kalau gambar kuih tu cantik dan nampak sedap.. mesti berduyun-duyunlah orang akan PM nak order!
Macam mana? Rasa-rasanya… berminat nak buat bisnes bakeri ni?
Bila bakat dah ada ditambah dengan minat dan usaha, Insha Allah pasti pintu rezeki akan terbuka.
Perbanyakkan menuntut ilmu untuk asah kemahiran yang ada.