FikriNordin (FN)

PANTAI MINYAK BEKU BATU PAHAT

Pantai Minyak Beku ini adalah titik permulaan sejarah Batu Pahat yang mendapat namanya daripada peristiwa memahat perigi untuk mendapatkan air tawar oleh tentera Siam pada zaman dulu. Perigi berkenaan terletak di tepi Pantai Minyak Beku dan secara tidak langsung menjadi salah satu tarikan pelancongan.

Pada masa sama, lokasi ini turut memahat sejarah tersendiri apabila turut menjadi perkampungan pertama di daerah Batu Pahat. Menikmati keenakan makanan terkenal di daerah ini juga antara tarikan utama di pantai ini.

Malah, pantai ini terletak di Kampung Minyak Beku dengan jarak lapan kilometer dari bandar Penggaram dan kira-kira 10 minit pemanduan dari pusat bandar Batu Pahat.

Sumber di atas dari : Harian Metro

Sebenarnya FN pun tak tau kewujudan tempat ni walaupun pernah disiarkan Harian Metro dan beberapa portal lain. FN sampai ke sini pun secara kebetulan sewaktu singgah ke Batu Pahat jumpa kawan. Secara spontannya dia ajak singgah di Pantai Minyak Beku.

Laluan untuk ke sini agak mudah cuma jalan agak bengkang bengkok bagai ular dipalu dan agak sempit juga tetapi masih memadai untuk dilalui oleh kereta begitu juga dengan lori yang besar.

Tempatnya agak tenang dan sesuai untuk bersantai waktu petang terutama nak tengok sunset. Disebabkan FN pun pergi ke sana waktu petang, memang sesuai sangatlah nak tengok pemandangan menarik. Kebetulan Cuaca pun agak cerah dengan sang mentari menyinari seluruh alam seolah-olah gembira dengan kedatangan FN di situ.hehehe.

Kawasannya agak luas dan tiada masalah untuk parking kereta. Di situ juga terdapat kedai makan dan gerai-gerai menjual makanan.

Pantai yang dipenuhi batu-batu besar menyerikan lagi pemandangan. Tak pasti samada batu ini sengaja ditambak untuk menangkis pukulan padu ombak laut yang menghakis pantai ataupun secara semulajadi ada di situ.

Di hujung sana kelihatan orang ramai mengambila peluang menyaksikan panorama dan merakamkan detik terindah bersama orang tersayang.

Dan inilah dia pemandangan yang dinantikan ketika matahari mula terbenam bagi memberi laluan kepada sang bulan untuk munculkan diri. Cuma gambar ni matahari baru nak terbenam dan FN tak sempat nak tunggu terbenam sepenuhnya. Selepas snap gambar ni FN pun berlalu meninggalkan Pantai Minyak Beku menuju ke Bandar Batu Pahat untuk cari kedai Makan memandangkan perut pun dah berkeroncong minta diisi.

Hanya 2jam FN di Batu Pahat dan selepas makan terus bergerak pulang ke Shah Alam…panjang umur kita jumpa lagi Batu Pahat.

p/s:

Nak tengok sunset yang menarik boleh la cuba datang ke TIOMAN