FikriNordin (FN)

PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBELI RUMAH

Sebagai alternatif, pengeluaran akaun 2 KWSP boleh digunakan untuk membeli rumah memandangkan rumah yang dijual sekarang semakin menggila harganya. ramai yang berdepan masalah untuk membelinya termasuklah faktor kewangan yang terhad untuk membayar deposit & lawyer fee.

Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

Tujuan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Kalau untuk renovate rumah adalah Tidak layak untuk pengeluaran.

Kelayakan Memohon

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Syarat-syarat pengeluaran

  1.  Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ’studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman
  2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman.
  3. Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP .
  4. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua
  5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP
  6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)
  7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :- • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf • Membeli rumah ketiga • Membeli rumah di luar negara

Kalau dah termasuk dalam syarat di atas, bolehlah terus pergi ke KWSP dan bawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Sekiranya Letter offer dari Bank lebih dari 1 tahun semasa membuat membuat permohonan pengeluaran KWSP, sila pastikan bawa bersama Loan Agreement yang telah dibuat Certified True Copy oleh Lawyer. Jika masih dalam tempoh setahun hanya perlukan S&P, Letter Offer dari bank serta geran/hakmilik strata. Pastikan dokumen telah dibuat Certified True Copy oleh lawyer.

Urusan di KWSP adalah tersangat mudah dan cepat jika nak dibandingkan dengan kaunter perkhidmatan kerajaan yang lain. KWSP akan membuat bayaran kepada pemohon dalam 14 hari bekerja. Berdasarkan pengalaman FN, proses KWSP ni sangat pantas iaitu dalam masa 3 hari sahaja dah dikreditkan ke dalam akauan.

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di Portal KWSP.

Panduan Pengeluaran KWSP

Senarai Dokumen Untuk Pengeluaran

Lain-lain informasi