Penstrukturan semula PTPTN adalah alternatif terbaik untuk keluar dari belenggu CCRIS. Mesti ramai yang susah hati bila rekod PTPTN dah masuk CCRIS. Ini berlaku bila tak buat bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan PTPTN.
Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja walaupun result cemerlang. Yang dah ada kerja pun tak dapat nak tampung kos sara hidup yang makin tinggi. Sebab tu la hutang PTPTN makin membiak..tunggakan makin rancak.. Ramai yang dengar rintihan suara hati anda tetapi tiada sapa yang nak tolong kan.
FN sarankan supaya anda yang mempunyai rekod bayaran PTPTN yang tak elok supaya duduk berbincang dengan pegawai di Kaunter PTPTN untuk buat penstrukturan semula PTPTN tersebut.
Kesan buruk kalau rekod dengan PTPTN bermasalah sudah pasti nak buat loan kereta dan rumah pun susah dan kebarangkalian untuk loan lulus adalah tipis.
FN sendiri pernah ke kaunter PTPTN untuk penstrukturan semula. ni antara tips2 nya.
- Maklumkan kepada pegawai untuk buat penstrukturan semula.
- Pegawai PTPTN akan semak rekod bayaran kita terlebih dahulu. Kalau ada tunggakan, kita diwajibkan untuk setelkan tunggakan tu. Cuba nego untuk bayar at least separuh dari tunggakan tu.
- Bila dah capai kata sepakat, teruskan pembayaran tunggakan tu samada nak guna cash atau KWSP. Klau nak cepat proses guna cash je sebab KWSP ni ambil masa beberapa hari.
- Selepas tu kena isi borang penstrukturan semula.
- Kita boleh bincang denngan Pegawai PTPTN berapa bayaran bulanan yang kita mampu. Dia akan kira guna system PTPTN. Kat situ pun kita dah nampak berapa lama tempoh masa bayaran dan jumlah keseluruhan baki pinjaman trmasuk dengan interest.
- Bila dah selesai boleh la balik rumah tunggu PTPTN emelkan dokumen. Dalam masa kurang 24 jam.
- PTPTN akan emelkan surat tawaran berserta dengan dokumen perjanjian. Lengkapkan dokumen tu dan serahkan semula ke kaunter PTPTN ikut tarikh yang dimaklumkan dalam emel tu.
- Waktu di Kaunter, pegawai akan check dokumen kita dan serahkan 1 salinan untuk kita punya rekod.
- Selesai sudah untuk penstrukturan semula. So, kita dah ada rekod transaksi yang baru dengan PTPTN.
- Untuk ke luar negara pun dah tiada masalah dengan Imigresen. Boleh mohon passport dan pergi melancong.
Kalau yang busy kerja tu boleh semak website ptptn untuk tengok lokasi yang berdekatan dengan kita dan ada sesetengah tu beroperasi selepas waktu pejabat. FN pergi ke kaunter PTPTN di giant USJ1. Di sana waktu operasi dari 10am-10pm setiap hari.
Untuk lokasi lain boleh tengok di SINI
Nadia says
Lepas buat penstrukturan ni rekod lama boleh clear terus ke?
FN says
Sepatutnya akan clear sbb dikira rekod baru..tapi klau x silap dlm ccris report akan display kita punya rekod2 lepas untuk tempoh setahun.
umairah says
pembayaran melalui kwsp dgn menggunakan akaun 1 bolehh ke ?
FikriNordin (FN) says
Kalau sebelum ni tak boleh..
tak pasti kalau ada policy baru kwsp
Christine says
Hi… Nak tanya, dokumen apa yang diperlukan untuk penstrukturan semula tu ek?
Ada yang perlu dibawa tak?
FikriNordin (FN) says
Tak perlu bawa apa..dia boleh check rekod kita guna no. ic je. pstu isi form kt kaunter tu.
Christine says
Semalam saya ada pergi kaunter PTPTN dekat UTC, saya ada apply bayar tunggakan tu guna KWSP sebab nak settle pasal application untuk loan kereta tapi saya lupa nak inform pasal nak buat penstrukturan semula. Kalau KWSP nanti dah dipotong untuk byr tunggakan tu rasanya boleh lagi tak minta buat penstrukturan tu sebab saya tak bayar habis tunggakan tu.
FikriNordin (FN) says
Boleh bincang dengan pegawai tu untuk buat penstrukturan klau sebelum ni takde buat lagi..
Sebab kes saya dulu bayar tunggakan dan trus buat penstrukturan..
kalau tak silap saya, pegawai tu kata penstrukturan boleh buat beberapa kali cuma stiap penstrukturan tu tak boleh dibuat lebih dari sekali dlm masa setahun..kena tunggu tahun berikutnya.
Haidar says
#PTPTN kini dengan kempen #BolehBincang manakala #JPA juga turut berusaha mendapatkan semula pinjaman pelajaran yang jabatan itu telah keluarkan.
Jika sumber minyak khazanah kekayaan negara diurus tadbir dengan baik melalui pengasingan hasil minyak kepada sebuah badan khas yang melabur hasil minyak ke dalam sektor yang memberikan pulangan yang tinggi, #Malaysia pasti mampu menjadi seperti Norway memberi pendidikan PERCUMA kepada rakyatnya.
Norway telah lama menetapkan langkah mengasingkan hasil minyak tersebut dan hanya mengambil keuntungan sahaja dari pelaburan yang telah dijana. Wal hasil tabung hasil minyak negaranya begitu tinggi sehingga mampu menanggung kos pendidikan kepada rakyatnya.
http://www.CentralKoperasi.com
Ezzat says
Sya nak tanya, ada apa2 risiko or kesan selepas kita buat penstrukturan semula PTPTN?
FikriNordin (FN) says
takde risiko..
bila penstrukturan ni akan cantikkan rekod kita dlm ccris..tp kena make sure bayar on time jgn lewat.. kalau boleh byr la awl bln sbb ptptn ni kdg2 lmbt update dlm statement.
wani says
kalau buat penstrukturan semula, kte perlukan pinjamin yang baru atau takde? tq.
FikriNordin (FN) says
borang yang perlu isi tu tak perlu penjamin pun..
Zie says
Saya nak tanya
Lepas kita dah hantar perjanjian penstrukturan tu, macam mana ye kita nak tau bila kita boleh start bayar bayaran bulanan tu ?
FikriNordin (FN) says
Dalam agreement baru tu nanti akan dinyatakan pasal bayaran bulanan tu.
sharifah says
jika menggunakan kwsp untuk bayaran tunggakkn ptptn dan bt penstrukturan semula.ada pbayaran cash dikenakan ke semasa di kaunter?
FikriNordin (FN) says
tiada..
sebab itu adalah option yg kita pilih.
Zan says
Hai, nak tanya dalam borang ada kena tandatangan saksi, siapa yg patot tandatangan ye @ pegawai ptptn yg akan sign kan?
FikriNordin (FN) says
saya punya borang memang pegawai ptptn yg sign..
najmi says
Assalamualaikum, nak tanya berapa jumlah plg minimum untuk bayar bulan² kalau buat penstrukturan semula pinjaman ni? sbb saya masih menganggur dan tidak dapat bayar dengan jumlah melebihi RM100 sebulan. Terima kasih.
FikriNordin (FN) says
wa’salam..
boleh je bayar below RM100.
waktu penstrukturan tu boleh bincang dgn pegawai kemampuan bulanan kita.
wei says
Nak tanya kalau agreement tu dah hilang,nak pergi mana request semula agreement tersebut?
FikriNordin (FN) says
saya pun tak pasti. boleh try call ptptn hotline tu.
Fadli says
Salam, saya betul2 nk keluar dri belenggu tunggakan ptptn nie. Betul ke kalo kita restructure, loan y kita apply akan sangkut even kita dah bayar cantik selama enam 6 bulan dah seterusnya???
Saya mmg perlukan jawapan…
Nanti kononya nk ringakan beban n tiada masalah pada masa akan datang, last2 tersepit dek restructure nie
FikriNordin (FN) says
Wa’salam,
Tak faham maksud tuan tersepit dek restructure ni. Sebab tujuan restructure ni nak bntu mudahkan kita bt bayaran ikut kemampuan kita setiap bulan. Tapi dgn syarat sblm restructure kena bt bayaran tunggakan tu dulu. Ibarat mcm nak cantikkan semula rekod kita dgn ccris.
Berkenaan dgn loan tu, bank akan tgk rekod kita dgn ccris sebagai rujukan sebelum luluskan loan. Walaupun kita dh bayar cntik, rekod kita bayar ansuran hutang dari awal dulu tetap tak hilang dlm ccris tu. Cuma rekod baru kita akan jd cantik la bila dah buat restructure dan bayaran pun kena cantik tiap bulan.
Kalau dah 6bln bayar cantik rasanya dah takde masalah dengan loan nanti.
Saya sendiri ada buat personal loan dan housing loan lepas bayar tunggakan dan restructure ptptn.
Alhamdulillah takde masalah dan dpt interest rate yang rendah juga.
FikriNordin (FN) says
Cuma tak pasti polisi baru ptptn utk restructure ni samada masih kekal mcm dulu atau dah berubab
Fadli says
Terima kasih ya! Saya sudah pun dalam proses perjanjian baharu melalui penstukturan semula yang mana tunggakan telahpun saya jelaskan melalui kwsp akaun 2. “Tersepit” tu maksud saya, kita dah usahakan nak clearkan nama tapi rekod baik pembayaran kita masih menjadi punca loan tidak diluluskan, itu yang buat saya bimbang, dalam masa yang sama Ingat hutang..hihihi. Saya juga ada bertanya kepada pegawai ptptn, sekiranya perjanjian baharu, tunggakan akan menjadi 0.00 dan status ccris akan bertukar T. Semasa status T masih tertera, sebarang loan adalah atas budi bicara pegawai bank yang uruskannya. Status T akan bertukar
kepada 0 sekiranya bayaran cantik selama 6 bulan-setahun tanpa ada sebarang tunggakan bayaran bulanan.
Thanks bro…mana tahu akan dtng ada rezeki nk bli rumah tersangkut dek status ccris nie. Post saudara banyak bantu dan menggerakkan saya untuk tidak ambil ringan dengan hutang, terutama ptptn ni.
FikriNordin (FN) says
Sy pun lps restucture trus bt autodebit. Bila autodebit ni selamat skit xde la trlupa byr nt.. Dulu yg untungnya ada diskaun lagi 10% kalau autodebit.
Kurang 6bln sy dh apply loan.
Harap2 urusan loan tuan lepas ni takde masalah & dipermudahkan.
Nadia says
Mcm mana nk buat autodebit
FikriNordin (FN) says
Boleh refer ni https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html
Nadia says
Saya nak beli kereta tapi tersangkut bab ptptn…then sya kol pegawai ptptn n dye suh bayar half dri tunggakan…sya dh selesaikan…nnti lama ke nk tnggu nama kite clear??
FikriNordin (FN) says
Sepatutnya lepas dh byr tu rekod kita dah clear..
Nadia says
Sya cek masih ada lagi….sya pinjaman komersial nk tukar ujrah kena bwk apa2 x
FikriNordin (FN) says
Owh.. status tunggakan tu mungkin dah clear cuma kena tunggu dlm tempoh 6bln. Sebab bank akan tgk disiplin kita bt bayaran bulanan tu. Atas budi bicara bank juga ni.
Nadia says
Owh…ok2…saya nk buat restucture tapi owg to suh buat ujrah dulu…smntara nk buat to sya kena bayar ikut yg asal la kan…means, bulanan kena 200, kena byar 200 la ea…klu 100 rekod cantik x??
FikriNordin (FN) says
Betul tu better bt ujrah dulu utk lagi jimat.. mmg kena byr ikut agreement. Klau 200 kena byr 200. Barula rekod kita cantik. Transaksi kita stiap bln la Bank akan tgk utk loan aporoval.
FikriNordin (FN) says
Klau nak tukar kepada ujrah tak pasti pula.. sebab dlu sy tukar ujrah, ptptn yg pos agreeement baru ke rumah. Tp memang dh lama la sy tukar ujrah.
Aben says
Berapa lama tempoh ptptn ambil untuk clear kn kt sistem selepas buat pengsukturan?
FikriNordin (FN) says
Ptptn akan terus update dan status tunggakan akan terus jadi 0. Cuma kalau berhajat nk buat loan dengan bank, kena konsisten bayaran bulanan yg cantik at least 6bulan utk mudahkan dapat approval bank.
Fadli says
Buat urusan penstukturan. Bayar seperti yang dirundingkan. Agreement akan diproses. Selesai sahaja diproses tunggakan kita dalam ptptn akan kosong. Ambil masa sebulan. Tetapi dalam sistem ccris rekod kita akan akan jadi “T” sehingga 6-12 bulan untuk jadi normal “0”. Untuk hilangkan status T, bayaran haruslah cantik tiada kurang dan on time. Kalo tidak….perkara yang sama akan berulang. 50% dah kuar bayar tunggakan, takkan kita nk sia2kan lagi peluang ni kan?(ingatan untuk diri sendiri juga). Saya juga ada tanya, if nk try loan mcm mana? Jawapannya boleh. Pergi kios atau tmpt kita selalu berurusan minta pengesahan yang mengatakan kita bayar tiap bulan. Itu y saya ckp, kalo kita struktur tapi disiplin bayar masih sama….pegawai ptptn pun xleh nk tolongla. At least dlm nk tgu status kita normal kita boleh cuba dapatkn sokongan dripada pihak ptptn. Bank tngok ccris. Ptptn nk tolong die tengok bayaran kita. Pasal staus T tu anda dlm pemerhatian perbadanan.
Hainie says
Kalau cash and kwsp still x mampu untuk bayar half dari tunggakkan ad x cara lain yg boleh selesaikan tunggakkan? Maksudnya ada tak mana2 cawangan yg boleh kita minta bantuan?
FikriNordin (FN) says
Setahu saya cuma cash & kwsp sahaja.. utk bayar cash tu terpulang pada peminjam mcm mana nk dapatkan cash. Boleh cuba bincang & nego dgn ptptn kalau boleh byr tunggakan kurang dari separuh.
aina says
hi..maaf bertanya. kalau sy memohon penstrukturan semula.. tunggakan tu memang wajib bayar dulu ke? Kalau tak mampu langsaikan tunggakan, tapi nak mohon penstrukturan.. macam mana ye?
FikriNordin (FN) says
Kalau ikut pengalaman saya sebelum ni, tunggakan tu kena bayar dulu. Cuma boleh bincang dengan pegawai tu utk kurangkan bayaran tunggakan.
VASUGI says
HI ,
SAYA NAK BUAT PENSTURTURAN BAYAR BALIK SUPAYA LOAN RUMAH SAYA LEPAS.. TETAPI NAK BUAT MASA SEKARANG MACAM MANA YA…SAYA MEMPUNYAI TUNGAKAN 40K…BOLEH TOLONG SAYA
FikriNordin (FN) says
Hi,
Untuk tunggakan tu, cuba bincangkan dengan pegawai PTPTN.
Nanti pegawai tu bagi cadangan ikut kemampuan.
Syah says
Hi. Saya ada klik butang ‘sini’ untuk tengok cawangan yang buka selepas office hour tapi dia keluar error. Saya tinggal berdekatan dengan Taman Melawati. Mana yang terdekat yang boleh saya singgah ya?
FikriNordin (FN) says
ada error sebab PTPTN dah update info.. info asal dah takde..
Klik yang ni https://www.ptptn.gov.my/operasi-pkp
hafiez says
hai.. kalau pihak ptptn setuju untuk saya byr sparuh dari tunggakan untuk mudahkan proses penstrukturan semula… kemudian nama sy akan clear dari ccris la kan wlupun byr spruh jak dan suda buat penstrukturan…
FikriNordin (FN) says
Hai,
Pegawai PTPTN tu ada kata rekod memang akan clear. Tapi kalau nak buat loan bank, kena make sure bayar ikut jadual tiap bulan. kena konsisten at least 6 bulan baru senang bank nak approve loan.
cliff c. says
Hello. Kalau sy penah buat pemotongan kwsp akaun 2 utk byr ptptn pada tahun 2020, adakah saya masi layak utk buat penstrukturan semula? Sebab sya baru thu pasal ni. kalau tau dari dulu, baik saya buat. mohon pencerahan
FikriNordin (FN) says
biasanya penstrukturan ni kalau ada banyak tunggakan dan nak cantikkan rekod ccris.
Peminjam boleh tentukan sendiri berapa komitmen bulanan yg mampu dibayar semasa pentrukturan ni
norhayy says
Assalamualaikum, nak tanya klu buat auto debit sekarang masih boleh dapat discount 10% ke?dan nak tahu juga discount 10% tu mksdnya daripada jumlah keseluruhan hutang ke atau bayaran balik sahaja? mohon pencerahan tuan FN. Terima kasih
FikriNordin (FN) says
wa’salam.. kalau tak silap, dalam bajet terbaru ada diskaun ni. ikut baki hutang tu
C@tty says
kalau sudah kena legal case status, pun kena ikut cara bayar tunggakan separuh dan restructure bayaran bulannan ?
FikriNordin (FN) says
Mungkin kena refer pegawai ptptn the best option.