FikriNordin (FN)

CARA PENSTRUKTURAN SEMULA PTPTN

Penstrukturan semula PTPTN adalah alternatif terbaik untuk keluar dari belenggu CCRIS. Mesti ramai yang susah hati bila rekod PTPTN dah masuk CCRIS. Ini berlaku bila tak buat bayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan PTPTN.

Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja walaupun result cemerlang. Yang dah ada kerja pun tak dapat nak tampung kos sara hidup yang makin tinggi. Sebab tu la hutang PTPTN makin membiak..tunggakan makin rancak.. Ramai yang dengar rintihan suara hati anda tetapi tiada sapa yang nak tolong kan.

FN sarankan supaya anda yang mempunyai rekod bayaran PTPTN yang tak elok supaya duduk berbincang dengan pegawai di Kaunter PTPTN untuk buat penstrukturan semula PTPTN tersebut.

Kesan buruk kalau rekod dengan PTPTN bermasalah sudah pasti nak buat loan kereta dan rumah pun susah dan kebarangkalian untuk loan lulus adalah tipis.

FN sendiri pernah ke kaunter PTPTN untuk penstrukturan semula. ni antara tips2 nya.

  1. Maklumkan kepada pegawai untuk buat penstrukturan semula.
  2. Pegawai PTPTN akan semak rekod bayaran kita terlebih dahulu. Kalau ada tunggakan, kita diwajibkan untuk setelkan tunggakan tu. Cuba nego untuk bayar at least separuh dari tunggakan tu.
  3. Bila dah capai kata sepakat, teruskan pembayaran tunggakan tu samada nak guna cash atau KWSP. Klau nak cepat proses guna cash je sebab KWSP ni ambil masa beberapa hari.
  4. Selepas tu kena isi borang penstrukturan semula.
  5. Kita boleh bincang denngan Pegawai PTPTNĀ berapa bayaran bulanan yang kita mampu. Dia akan kira guna system PTPTN. Kat situ pun kita dah nampak berapa lama tempoh masa bayaran dan jumlah keseluruhan baki pinjaman trmasuk dengan interest.
  6. Bila dah selesai boleh la balik rumah tunggu PTPTN emelkan dokumen. Dalam masa kurang 24 jam.
  7. PTPTN akan emelkan surat tawaran berserta dengan dokumen perjanjian. Lengkapkan dokumen tu dan serahkan semula ke kaunter PTPTN ikut tarikh yang dimaklumkan dalam emel tu.
  8. Waktu di Kaunter, pegawai akan check dokumen kita dan serahkan 1 salinan untuk kita punya rekod.
  9. Selesai sudah untuk penstrukturan semula. So, kita dah ada rekod transaksi yang baru dengan PTPTN.
  10. Untuk ke luar negara pun dah tiada masalah dengan Imigresen. Boleh mohon passport dan pergi melancong.

Kalau yang busy kerja tu boleh semak website ptptn untuk tengok lokasi yang berdekatan dengan kita dan ada sesetengah tu beroperasi selepas waktu pejabat. FN pergi ke kaunter PTPTN di giant USJ1. Di sana waktu operasi dari 10am-10pm setiap hari.

Untuk lokasi lain boleh tengok diĀ SINI