Pink Line Samsung S7 Edge merupakan antara masalah paling popular pengguna untuk model ini. Hasil kajian di google sememangnya masalah ini hampir terjadi kepada pengguna seluruh dunia. Kalau baca di beberapa forum, memang ramai pengguna yang tak puas hati dengan masalah ini. Maksudnya memang ada something wrong untuk produk keluaran mereka bagi model ni.
FN juga tak terkecuali. Secara tiba-tiba ada satu garisan pink di skrin smartphone. Sangat merimaskan mata yang memandang. Garisan halus yang menegak dan kadangkala kelihatan agak tebal.
Dengan harga yang boleh dikategorikan agak mahal memang agak pelik macam mana samsung boleh release model ni di pasaran. Bukan setakat S7 malah abangnya iaitu S6 juga ada masalah sama.
FN pernah menghubungi samsung menggunakan live chat yang ada di portal Samsung Malaysia, tetapi customer service hanya suruh hantar ke service centre sahaja untuk dibaikpulih dan menafikan sekeras-kerasnya kesilapan di pihak samsung walaupun masalah ni telah melanda seluruh dunia. Katanya pihak production telah buat QA untuk setiap produk dia. Dalam kes ni ibarat macam seller is always right. Barangkali yang salah adalah pembeli…hrrmmm.
Setelah panjang lebar berbalas mesej, nampaknya masalah tak selesai juga. FN cuba juga survey harga untuk repair tetapi tersangatlah mahal. Tak Berbaloi. Lebih baik beli telefon baru je.
Cara Mengatasi Masalah Pink Line Samsung
Puas juga mencari penyelesaian dan kebanyakan forum bagi macam-macam tips tapi semuanya tak menjadi. Akhirnya jumpa satu tips ni tapi tak ingat pula link nya. Caranya mudah sahaja iaitu cuba tekan pada logo samsung kat atas skrin tu. Pink line tu akan hilang tapi jangan terlebih seronok sebabnya ia hanya sementara. Nanti pink line tu akan tetap muncul. Kena pastikan handphone jangan selalu letak dalam poket seluar ataupun tempat yang tertindih/ada tekanan.
Dari segi prestasi, memang model ini agak bagus dengan spesifikasi camera yang baik bagi menghasilkan mutu gambar yang berkualiti. Kebanyakan gambar dalam blog ni hanya guna S7 Edge sahaja contohnya seperti DI SINI
Untuk penyelesaian terbaik beli la handphone yang baru…hehehhe..