Sejak munculnya gaya rambut pompadour, maka bermulalah zaman kegemilangan pomade.
Macam-macam pomade yang ada di pasaran sekarang.
Yang buatan Malaysia pun banyak.
Yang bagusnya sebab banyak yang waterbased. Senang nak cuci.
FN sendiri pun pernah guna 5 jenis pomade.
Di sini FN senaraikan pomade mengikut ranking yang FN suka mengikut kesesuaian rambut FN yang lurus dan sederhana panjang.
- Rockabily Pomade
Ini merupakan pomade pertama yang FN guna. Selepas bertukar2 pomade, akhirnya FN pilih semula yang ni disebabkan ciri-ciri berikut:
- waterbased- yang ni penting sebab mudah untuk dicuci dan tak rosakkan rambut
- strong hold- kalau nak dibandingkan dengan yang lain, rockabilly punya strong hold ni agak sesuai dengan rambut FN
- Harga berpatutan- masih lagi mengekalkan harga standard sebaris dengan jenama pomade yang lain
- Gaya rambut kekal – antara kelebihan pomade ni sebab gaya rambut boleh kekal lama walaupun pakai helmet. Kalau berubah pun senang nak style kan semula.
- mudah didapati- FN selalunya dapatkan kat babershop je.
2. Hipster pomade
Ini pun antara yang bagus. FN guna yang berbau apple tu.
Strong Hold nya pun bagus cuma Rockabilly lebih sesuai dengan FN.
In case Rockabilly kehabisan stok, hipster ni akan jadi pilihan kedua.
3. Skull Pomade
label nya kelihatan agak ganas.
Walaupun dia mention strong heavy hold, tapi tak cukup strong untuk rambut FN.
Selalunya kalau outdoor boleh bertahan separuh hari je.
Harganya pun masih berpatutan. Lebih kurang sama dengan jenama lain.
Tetapi masih lagi menjadi pilihan FN kalau takde yang lain.
4. Jadioc Pomade
Kalau nak diikutkan pengalaman FN, rambut FN jadi agak flat bila guna jadioc. Mungkin tak sesuai dengan rambut FN yang agak lurus ni.
Tahap strong hold nya juga tak menepati citarasa rambut FN.
Dari segi harga lebih kurang sama dengan yang lain.
5. Ombak Wear
Ombak wear ni macam bersifat lembutkan rambut je.
FN memang tak serasi guna yang ni sebab dia tak strong hold. Terpaksa guna banyak untuk kekalkan gaya rambut.
Bila basuh tangan terasa mcm sedikit berminyak ombak wear ni.
Sekian sahaja perkongsian FN berkenaan pomade pilihan ramai ni.
Ranking kat atas tu sekadar mengikut kesesuaian rambut FN sahaja.
Yela..lain orang lain citarasa nya kan.