FikriNordin (FN)

RESORT MURAH DI KLEBANG MELAKA

Banyak resort murah di Klebang Melaka sekiranya ingin bermalam di sana yang merangkumi hotel/resort bajet ataupun yang berbintang-bintang. Klebang merupakan antara tempat yang popular di Melaka.

Apa yang menarik di Klebang?

Sebut sahaja pasal Klebang sudah pasti terkenangkan banyak makanan yang telah viral di media sosial. Contohnya seperti Kuih Keria Antarabangsa, Coconut Shake, dan banyak lagi. Merata-rata boleh jumpa tempat makan di klebang.

Tahun ni FN dah 3 kali menjejakkan kaki ke Melaka. Cuma nasib tak berapa baik sebab setiap kali datang mesti hujan lebat waktu petang. memang takde jodoh..sad. Kali ini FN saja ingin mencuba untuk bermalam di resort yang tak jauh dari laut iaitu Mabohai Resorts. Ni pun beli last minit di AGODA dan harga yang FN dapat pun takdela murah sangat iaitu RM128 untuk bilik seaview.

Di mana nak dapat resort murah di Klebang?

Mabohai Resort Klebang

Ini adalah antara resort yang dicadangkan sekiranya ingin bermalam di Klebang. bagi FN, ianya boleh dianggap resort murah di Klebang berdasarkan fasiliti yang disediakan. Boleh baca review seperti berikut.

Kelibat singboard Mabohai yang agak tersorok. Mungkin malu-malu kucing agaknya
Kolam pun ada. Sesuai la untuk kanak-kanak riang mandi manda
Ni adalah bilik garden view. Boleh parking kereta depan bilik ni.
Kawasan di sini agak luas. Jangan risau pasal parking.
Yang ni adalah bilik seaview.
Bersantai depan bilik yang menghadap ke Selat Melaka..Penampakan sosok kapal yang sedang berdagang. Mengimbau kembali subjek sejarah Tingkatan 1.
Kat sini ada disediakan tempat beriadah. Kalau nak barbeque pun boleh. Nak buat family day pun sesuai juga.

Sekarang kita terjah dalam bilik pula… bilik kat sini berkonsepkan dinding kayu. tradisional sangat.

Dilengkapi dengan TV flat skrin tapi agak malang kualiti siaran tak berapa bagus dan channel pun tak banyak. Pemanas air juga disediakan tetapi agak malang juga untuk kali kedua sebab tidak disediakan coffee/tea. Hanya 2 botol drinking water dan 2 cawan kosong sahaja disediakan..terbantut hasrat nak menghirup kopi sambil melayan panorama depan bilik..  so sad..

Ada aircond dan berfungsi dengan baik.
katil saiz queen. Ok la kan untuk tidur je.
Bilik air yang bersih dan semua berfungsi dengan baik.
Kalau bermalam di bilik seaview, boleh park kereta di sini iaitu di sebelah hujung. Sangat dekat dgn bilik.

Rating yang FN boleh bagi untuk Mabohai Resort

p/s:

Kalau nak rasa suasana pantai atau tepi laut boleh juga cuba di Cherating