Banyak bangunan unik dan pelik di dunia terutama dari segi rekabentuknya. Jika nak disenaraikan memang agak banyak. Setiap rekabentuk bangunan tersebut sudah pasti mempunyai cerita tersendiri di sebalik pembinaannya.
Senarai Bangunan Unik dan Pelik Di Dunia
1. Longaberger Headquarters
Bangunan Big Basket, di Newark, Ohio, dibina sebagai ibu pejabat Syarikat Longaberger, iaitu pengeluar dari Amerika untuk bakul kayu buatan tangan dan produk gaya hidup lain. Arkitek mula-mula mencadangkan reka bentuk yang hanya sebuah bakul, sehingga pengasas syarikat Dave Longaberger menunjuk pada salah satu bakul dan memberitahu mereka untuk “menjadikannya kelihatan seperti itu”.
2. Dancing House, Prague Croatia
Ia direka oleh arkitek Croatian-Czech iaitu Vlado Milunić yang bekerjasama dengan arkitek Kanada-Amerika Frank Gehry. Bangunan ini direka pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1996.
3. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur
Sememangnya Menara Berkembar Petronas boleh dianggap sebagai bangunan yang mempunyai rekabentuk yang unik. Berketinggian 451.9 meter yang merupakan bangunan tertinggi di dunia bagi tempoh 6 tahun dari 1998-2004. Ianya direka oleh arkitek Argentina iaitu César Pelli.
4. Lloyd’s Building, London
Bangunan futuristik ini kelihatan seperti filem sci-fi. Ia adalah mercu tanda seni bina ikonik dan salah satu pembinaan yang paling dikenali di London.
5. Fallingwater, USA
Fallingwater adalah rumah yang direka oleh arkitek Frank Lloyd Wright pada tahun 1935 di pedalaman barat daya Pennsylvania, 69 km tenggara Pittsburgh. Rumah tersebut dibina sebahagiannya melalui air terjun. Rekabentuk yang unik menjadikannya kelihatan seperti rumah di atas air terjun tanpa tanah yang kukuh di bawahnya. Ia menjadi terkenal dengan serta-merta dan kini merupakan mercu tanda bersejarah yang semula jadi.
6. Guggenheim Museum, Bilbao, Spain
Ia adalah muzium seni moden dan kontemporari yang direka oleh arkitek Kanada-Amerika Frank Gehry, dan terletak di Bilbao, Sepanyol. Dari segi rekabentuknya, memang tidak dinafikan ia adalah salah bangunan unik yang mempunyai identiti sendiri.
7. Kunsthaus, Graz, Austria
Kunsthaus Graz, Grazer Kunsthaus, atau Muzium Seni Graz dibina sebagai sebahagian daripada perayaan Budaya Eropah pada tahun 2003 dan sejak itu menjadi mercu tanda senibina di Graz, Austria. Jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di sebelahnya, bangunan ini memang sangat yang unik dan agak pelik.
sumber: wikipedia.
p/s:
Kalau bersiar-siar di Pulau Pinang, banyak juga rekabentuk bangunan yang unik.