FikriNordin (FN)

Tempat Makan Popular Di Penang Yang Harus Disinggah

Tempat makan popular di Penang atau Pulau Pinang sememangnya banyak terutamanya di Bandar Georgetown. Ia sememangnya tidak asing bagi rakyat Malaysia mahupun dari luar negara. Penang sangat sinonim dengan nasi kandar yang sedap dan beroperasi sejak sekian lama. Georgetown yang terkenal dengan bangunan uniknya dan merupakan bandar warisan dunia adalah destinasi wajib untuk disinggah jika berada di Pulau Pinang.

Trip 2 hari 1 malam ke Pulau Pinang

Bagi yang ingin pergi ke Pulau Pinang untuk tempoh yang singkat samada bercuti atau urusan kerja, banyak tempat menarik yang boleh dijadikan pilihan untuk bermalam. FN kembali semula ke sini setelah kali terakhir datang pada 2014 dengan harapan untuk singgah ke beberapa tempat menarik di Penang. Bezanya kali ini FN datang dengan sepenuhnya menaiki public transport bermula dari Airport Subang sampai lah ke Georgetown.

Sebaik sahaja sampai di Penang International Aiport, FN terus menuju ke bus stop untuk menaiki Rapid Penang menuju Komtar. Untuk ke Komtar, Naik bas 401 dengan tambang RM2.70 dan masa perjalanan lebih kurang 45 minit bergantung kepada tahap kesesakan lalu lintas.

Nasi Kandar Popular di Pulau Pinang

Sampai sahaja di Komtar, FN hanya berjalan kaki sahaja ke Jalan Pinang iaitu lokasi hotel FN yang telah siap ditempah melalui agoda. Sekadar 15 minit sahaja berjalan kaki. Dalam perjalanan menuju ke hotel, FN singgah ke restoran Nasi Kandar yang popular Line Clear. Memang tidak dinafikan restoran nasi kandar adalah tempat makan menarik untuk disinggah di Penang terutama kepada peminat tegar nasi kandar.

Nasi kandar yang popular di Pulau Pinang
Pandangan hadapan Nasi Kandar Line Clear
restoran ni tidaklah begitu besar

Tempat menarik di Penang untuk membeli buah tangan

Di sekitar Jalan Pinang ni banyak kedai-kedai menjual pakaian dan cenderahati. Di sini juga penuh sesak dengan orang ramai. Ia boleh dianggap tempat menarik di Penang dan di sini juga kelihatan ramai pelancong eropah.

Perkhidmatan beca pun memeriahkan lagi laluan Jalan Pinang tapi FN tak pasti caj yang dikenakan. Kalau malas berjalan boleh la guna beca ni.
IPK Pulau Pinang yang dibina sejak 1807. Begitu lama usianya.

Hotel Murah Di Georgetown Pulau Pinang

Di sinilah tempat FN menginap untuk 1 malam sahaja iaitu Grand Inn hotel. Harga yang agak berpatutan dapat dari Agoda. Hotel ni tiada kemudahan tempat letak kereta. pandai-pandai lah cari tempat untuk parking.

Di sepanjang laluan ini juga terdapat kedai yang menjual jeruk Pak Ali yang merupakan jeruk paling popular di Pulau Pinang dan antara ole ole yang wajib dibawa pulang.

Jeruk madu Pak Ali yang memang sinonim dengan Pulau Pinang

Sup Hameed

Sup Hameed juga merupakan tempat makan popular di Penang. Kat sini yang popular adalah sup tapi menu nasi kandar juga tak mengecewakan. Sup Hameed juga boleh dianggap tempat menarik di Penang untuk disinggah sambil menikmati menu yang disajikan.

Lokasi Restoran Sup Hameed

Roti Bakar Jalan Transfer Tempat Makan Popular Di Penang

Tempat makan popular di Penang yang seterusnya untuk disinggah ialah di Jalan Transfer. Roti Bakar menjadi menu utama di sini. Biasanya jam 7am sudah mula dipenuhi orang ramai. Roti benggali yang disapu dengan planta bersama telur goyang sememangnya sedap.

 

Penang Hop On Free Central Area Transit (CAT)

Antara kemudahan yang menarik di Georgetown ialah adanya free shuttle bus. Lokasi stesen nya juga berada di tempat-tempat yang strategik. Pastikan anda berada di stesen yang mempunyai singboard seperti di bawah. Bas ini juga tidak akan berhenti sesuka hati kecuali di stesen nya sahaja. Bas ni sangat memudahkan kita untuk ke tempat makan popular di Penang ni terutama di Georgetown. Maklumat lanjut boleh rujuk di SINI

Itu sahaja perkongsian FN ketika berada di Georgetown untuk 2 hari 1 malam. Semasa di sana cuaca tak begitu baik. dan Selalu hujan yang membataskan pergerakan. Secara keseluruhan kalau percutian singkat, agak berbaloi untuk bermalam di Jalan Pinang kerana banyak kemudahan dan tempat menarik yang ada di situ. Sebenarnya banyak lagi tempat makan popular di Penang yang FN tak sempat singgah untuk trip kali ni. Lain kali boleh datang lagi.

 

p/s:

Dari georgetown ni banyak travel agent yang buat perkhidmatan minivan ke Thailand terutamanya Hatyai.