FikriNordin (FN)

Tempat Menarik Di Phuket Yang Menjadi Tumpuan

Tempat menarik di Phuket memang banyak. Kalau pergi sendiri tanpa melalui agen boleh pilih mana-mana tempat yang berkenan dan sesuai dengan citarasa serta bajet. Trip FN yang hanya 4h3m memang tak sempat nak menakluk kesemua lokasi menarik di phuket. Untuk hari kedua di Phuket, FN hanya sempat pergi ke beberapa tempat menarik yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong.

Awal pagi dah sarapan di hotel iaitu maggi dan biskut serta segelas nescafe. Tapi disebabkan FN ni ada masalah gastrik, kena cari juga makanan berat. FN dan travel buddy pergi ke restoran sebelah Wai Thai. Terlupa apa nama restoran tu. Makan nasi putih dengan gulai daging dan air kosong berharga THB80. Selepas sarapan, terus mulakan aktiviti untuk hari kedua iaitu menuju destinasi pertama di Tiger Kingdom Phuket.

Pengalaman Menarik Bersama Sang Belang Di Tiger Kingdom Phuket

Jam 10.30am sudah sampai di sini dan pengunjung agak ramai tetapi tidak terlalu sesak. Nak masuk ke sini memang perlu keberanian dan jiwa yang kental untuk berhadapan dengan harimau. Ini adalah tempat paling mahal sepanjang FN di Phuket iaitu THB1000 untuk sesi bergambar dan bergurau senda dengan harimau paling besar. Sebenarnya harga tu bergantung kepada saiz harimau. Kalau yang medium THB900 dan yang kecil THB850.
Alang-alang nak berjumpa dengan harimau, baik jumpa yang paling besar. Barulah boleh bergambar puas-puas. Kalau yang paling kecik tu macam susah nak bergambar sebab sangat hyper aktif macam kanak-kanak yang masih nakal.
Sang belang sudah siap sedia untuk beraksi. Ini kandang untuk saiz paling besar dan usianya melebihi 2 tahun.
Sebenarnya ada beberapa pantang larang waktu bersama harimau ni. Flash camera mesti kena off sebab mata harimau sangat sensitif dengan cahaya. Waktu bergambar kena berada di belakang harimau dan bahagian yang boleh disentuh cuma dari bahagian belakang hingga ke ekor sahaja. Kawasan tengkuk dan kepala dilarang sama sekali.
Demi secebis pengalaman yang menarik, FN beranikan diri juga masuk ke kandang rimau ni. Memang berdebar-debar juga dibuatnya. Tapi pekerja di sini agak mahir melayan kerenah harimau. Inilah pengalaman paling best walaupun agak seram yang mana hampir sama sewaktu FN berenang bersama whale shark untuk Trip Cebu. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Facebook Tiger Kingdom Phuket
Ni posisi yang betul untuk bergambar

Bersantai di Patong Beach

Selesai sahaja aktiviti di Tiger Kingdom, kami terus menuju Patong Beach untuk bersantai. Patong Beach boleh dianggap sebagai tempat menarik di Phuket dan pantainya paling meriah di Phuket. Sepanjang pantai dibanjiri dengan orang ramai yang bersantai, berenang dan melakukan pelbagai aktiviti air. Di sepanjang jalan juga dipenuhi dengan deretan kedai dan gerai yang menjual pelbagai barang. Restoran juga agak banyak di sini.
Keadaan yang tidak terlalu sesak di Patong Beach pada waktu siang
Kelihatan pengunjung yang terdampar di pantai
Deretan kedai yang menjual pelbagai barangan di sepanjang jalan Patong Beach

Bangla Walking Street

Sebut sahaja pasal Phuket, memang tempat ini lah yang menjadi tumpuan. Ianya juga dianggap tempat menarik di Phuket terutama yang sukakan hiburan dan membeli belah. Pada waktu siang keadaan di sini agak tenang dan tidak terlalu sesak. Lokasinya hanya berdekatan dengan Patong Beach. Banyak gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan. Kalau waktu malam suasana memang sangat berbeza.

Tempat Menarik Di Phuket Viewpoint (Promthep Cape)

Jam 4pm keluar dari bilik untuk menuju ke salah satu tempat menarik di Phuket iaitu viewpoint Promthep Cape. Sebenarnya ada beberapa viewpoint yang cantik antaranya ialah di Karon dan Kata. Di Promthep Cape juga tidak kurang hebatnya. Di puncak bukitnya adalah lokasi paling ideal untuk melihat sunset.

Perjalanan dari Hotel ke Promthep Cape adalah hampir 45minit dengan melalui jalan yang berliku-liku dan berbukit. Cuaca waktu petang agak mendung dan sedikit hujan renyai. Sebelum sampai ke Promthep, akan melalui Karon dan Kata Beach. Pantai di sini agak tenang jika dibandingkan dengan Patong. Kemudahan-kemudahan lain juga ada banyak tapi tidaklah semeriah Patong.

Di Promthep Cape Viewpoint ni ada dua tempat yang ada pemandangan menarik. Salah satu tempat ni tak ramai yang datang. Kalau naik motor senang juga nak datang ke sini tapi kalau guna kereta atau van agak susah nak parking sebab tempatnya sempit.

Pemandangan yang cukup tenang dan mendamaikan
Antara pemandangan yang cantik di sini

Selepas puas menyaksikan panorama yang menarik di sini, FN pergi ke satu lagi viewpoint yang cukup popular dan memang ramai pengunjung yang datang. Kawasannya juga agak luas dan mudah untuk parking kenderaan..

Di sini lokasi yang paling ideal untuk tengok sunset. Cuma agak malang sebab cuaca mendung dan awan agak tebal yang menggagalkan usaha sunset untuk munculkan diri. Pengunjung yang agak ramai sudah siap sedia mencari port yang strategik bagi merakam detik terindah kemunculan sunset. Tapi kesemuanya pulang hampa dan berlalu pergi meninggalkan suasa petang yang semakin kelam ditelan kegelapan malam.

Kelihatan orang ramai mencari posisi terbaik dan siap sedia dengan kamera.
Di satu sudut lagi pemandangannya juga menarik
Antara monumen yang ada di sini. Tak pasti apa sebenarnya. Kelihatan seperti bermotifkan ketenteraan (navy) sebab ada replika kapal tentera laut di hadapan bangunan ni.
Ada patung gajah yang menjadi tempat untuk upacara keagamaan

Tepat jam 6pm FN berlalu pergi meninggalkan tempat ni dengan perasaan duka dan kecewa sebab tak dapat tengok sunset. Keadaan pun dah makin gelap dan perut pun dah lapar. Destinasi seterusnya adalah balik ke Patong untuk makan malam.

Restoran Halal Di Core Cafe Patong

Hari kedua di Phuket ni juga hanya makan malam di restoran yang berdekatan masjid. Menu mee goreng ayam dan Teh O Lemon yang berharga THB100. Menu di sini sedikit murah jika dibandingkan dengan Wai Thai Restaurant dan makanannya juga tidak mengecewakan. Tapi Cafe ni agak kecil dan tak boleh menampung pengunjung yang ramai.

Walaupun cafe ni kecil, pilihan menu agak banyak.

 

Artikel berkaitan untuk Trip 4h3m ke Phuket: