FikriNordin (FN)

TIPS DAN PANDUAN UNTUK KE CEBU PHILIPPINES

Untuk pergi ke sesuatu tempat yang belum pernah sampai, banyak perkara kena ambil tahu. Di sini FN kongsikan sedikit tips dan panduan berkenaan Cebu Philippines dan terima kasih juga kepada traveller lain yang sudi berkongsi.

Tips dan Panduan ke Cebu

  1. Flight yang termurah seperti kebiasaannya adalah AirAsia dan penerbangannya adalah sekali sahaja dlm 1 hari dan waktunya berbeza samada pagi atau petang.
  2. Majoriti penduduknya ialah beragama Kristian. Untuk mendapatkan makanan halal di sini adalah sangat susah. Perlu bawa makanan ready to eat seperti pek nasi Brahim, roti, biskut dan lain-lain. Di Cebu City terdapat makanan halal iaitu di sekitar Ayala Mall tetapi di lain-lain kawasan adalah memang terlalu sukar untuk mencari makanan halal.
  3. Tukaran matawang sewaktu FN ke sana adalah PHP100 = RM8.35
  4. Sewaktu tiba di Mactan International Airport Cebu, digalakkan untuk guna White Taxi yang dikatakan lebih murah. Ni antara info dari traveller lain. ikut sahaja arah signboard sewaktu keluar dari airport untuk dapatkan taxi/bus.
  5. Simcard juga mudah didapati  di Airport. Ramai traveller cadangkan untuk guna Globe. Sebenarnya Kebanyakan kawasan di sini liputan internet adalah terhad kecuali kawasan pekan.
  6. Di sini ada 2 terminal bas iaitu Cebu South Terminal untuk ke selatan  dan Cebu North Terminal untuk ke utara. Pastikan lokasi anda betul dan bergantung kepada destinasi mana untuk dituju.
  7. Pengangkutan awam yang boleh digunakan ialah bas, motorsikal, tricycle, multicab. Perkhidmatan Grab juga ada di sini.
  8. Menaiki motorsikal tidak perlu pakai helmet dan membunyikan hon adalah perkara biasa di sini terutama di kawasan selekoh, simpang ataupun terserempak dengan pejalan kaki. Jangan marah kalau ada kenderaan yang bunyikan hon kepada anda.
  9. Merokok di kawasan awam adalah dilarang sama sekali dan Warganya memang sangat patuh dengan peraturan ini.
  10. Anda boleh menyewa kenderaan di sini tetapi pemanduannya adalah di sebelah kanan dan harga petrol juga agak mahal di sini antara RM3-RM4 seliter.
  11. Waktu di adalah sama dengan waktu di Malaysia cuma waktu malam/siang di sana lebih cepat 2 jam berbanding waktu di semenanjung Malaysia. Pukul 5 petang di Cebu sudah mula gelap.
  12. Memandangkan Cebu adalah besar, perancangan perlu dibuat dengan teliti kerana perjalanan untuk ke setiap destinasi agak jauh dan tempoh masa adalah beberapa jam lamanya.
  13. Kebanyakan penduduk di sini boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan ini amat memudahkan pelancong. Cuma slank sahaja berbeza dan mungkin ada perkataan yang kurang faham.
  14. Masa yang sesuai untuk ke Cebu dikatakan bermula pada hujung tahun dan awal tahun tetapi penduduk di sana menyatakan tiada musim yang khusus di sana sebaliknya bergantung kepada pola perubahan cuaca yang berubah-ubah. Hasil kajian di google mungkin Disember hingga Mei adalah sesuai disebabkan kurang hujan pada bulan tersebut.
  15. Dianggarkan terdapat berpuluh-puluh air terjun yang sangat cantik di sini.
  16. Cebu boleh dianggap destinasi yang selamat untuk dikunjungi. Tiada sebarang keganasan dan penduduknya memang sangat ramah dan memberi layanan baik kepada orang luar.
  17. Penginapan di Cebu boleh dikatakan pada tahap sederhana dan harganya masih boleh dianggap releven.

 

p/s:

Kalau taknak travel jauh, kat Hatyai pun menarik.