TIPS DAN PANDUAN PERJALANAN KE PULAU TIOMAN- Mungkin ramai yang dah tahu tentang Pulau Tioman tetapi mungkin juga ramai yang belum pernah ke sana. Pulau Tioman terletak di Negeri Pahang dan bersempadan dengan Mersing, Johor.
Untuk ke sana, terdapat beberapa cara jika anda datang dari KL.
- Menaiki bas.
Terdapat bas yang akan terus ke Mersing dari Terminal Bersepadu Selatan. Masa perjalan sekitar 5 jam. bas yang menawarkan perkhidmatan ke sana ialah Transnasional, Sepakat Liner dan S&S International. Sila tempah tiket awal terutatama hujung minggu kerana waktu tersebut tiket selalu sold out.
tempahan boleh dibuat secara online di portal TBS
2. Menaiki kenderaan sendiri
Sekiranya memandu sendiri, anda boleh melalui:
Lebuhraya Utara Selatan.
Sila keluar melalui exit 244-Ayer Hitam iaitu menghala ke Ayer Hitam/Kluang. Selepas itu pastikan ikut arah signborad ke Mersing.
Jika guna PLUS anda boleh berhenti rehat di banyak lokasi jika kepenatan disebabkan masa perjalan pun lebih kurang 5 jam. RnR Pagoh juga sesuai untuk berehat disebabkan lokasi RnR ni berada di tengah-tengah antara KL ke Mersing.
Selepas melalui bandar Kluang, anda akan melalui Kahang dan selepas itu terdapat 1 simpang samada melalui Felda Nitar atau Jemaluang. Digalakkan melalui Felda Nitar kerana jalan yang lebih baik dan Lebih cepat.
Setelah sampai di Mersing, jangan bimbang tentang parking. Sebab ada beberapa tempat yang selamat. Anda boleh gunakan Parking majlis Daerah Mersing yang terletak di sebelah RnR Mersing dan berdekatan dengan Jeti. Harga untuk 1 malam ialah RM15.
Untuk menaiki feri, Sila berurusan di kaunter tiket yang disediakan. Setelah tiket di tangan anda, register nama atau maklumat diri anda di kaunter yang disediakan. Kemudian bayar conservation fee Jabatan Laut di Kaunter yang berdekatan Jeti tersebut. Step terakhir dapatkan boarding pass di Kaunter masuk ke ruangan menunggu. Boarding pass ni penting sebab tanpa boarding ni anda tak boleh naik feri. Kemudian tunggulah pengumuman untuk menaiki feri. Selalunya jadual feri di Mersing agak kurang tepat disebabkan bergantung kepada pasang surut air laut. Jadi, janganlah gelisah kalau feri delay.
Melalui Tanjung Gemok
Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan terminal feri di Tanjung Gemok. Terminal feri ni dah dibangunkan semula setelah sekian lama menyepi. Tempatnya juga agak besar dan selesa.
Kalau dari PLUS boleh keluar guna exit exit 220-Senawang, kemudian anda akan melalui Kuala Pilah – Muadzam Shah dan di Muadzam Shah akan ada signboard menghala ke Kuala Rompin dan tanjung gemok. Pastikan anda terus sahaja menuju ke Rompin dan akhir sekali ke Terminal Feri Tanjung Gemok. Lokasi terminal ini adalah berhadapan dengan Dataran Tg Gemok iaitu sebelum Jambatan.
Kemudahan tempat letak kereta juga ada disediakan. Caj RM10 sehari.
Di kawasan luar Terminal. Di sini juga tempat untuk parking kenderaan
Kaunter Tiket Feri yang disediakan
Tempat Menunggu dan balai berlepas
Kedai cenderahati & kedai makanan ringan juga ada disediakan di ruangan menunggu.
SELAMAT BERCUTI & MELANCONG….
Traveller says
masa perjalanan ke tioman ade byk beza tak kalau naik di Tg. Gemok & Mersing?
FN says
Tak banyak beza pun.. bergantung juga kepada kelajuan feri & keadaan laut.
Nabilaa says
Dari kl ke mersinh dengan tg gemk mana lagi dekat ? atau paling ramai orang akan menuju ?
FikriNordin (FN) says
sebenarnya lbih kurang je jarak dia.
cuma dari KL-mersing boleh guna highway exit tol ayer hitam.
lbih kurg 5jam 30min.
kalau ke tg gemok guna jln kuala pilah tu 6jam lbih klau wktu siang. kalau awl pg tu ok la sikit 5 jam lbih
sanwatours says
Bagi pelanggan yang sedang mencari tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan ke Tanjung Gemok, kami dari Syarikat Sanwa Travel and Tours menyediakan pakej bas mulai jam 4 pagi, 9 pagi, 3 ptg dan 11 malam. Manakala bagi perjalanan pulang ke dari Tanjung Gemok ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bermula seawal 8.30 pagi, 12.30 ptg, dan 10 malam dengan hanya RM34.00. Untuk sebarang pertanmyaan sila hubungi 094526773 , 013-36465773 atau 011-33533312
FikriNordin (FN) says
thank for the info
Fara Johan says
boleh tau tak macam mana nak ke pulau tioman dari kuala terengganu dengan bas untuk kali pertama? perlu ke jeti tanjung gemok atau mersing? -TQ-
FikriNordin (FN) says
Kalau nak dekat turun di Tg. Gemok.
lagipun tg.gemok jadual feri lebih tersusun.
trun Mersing pun boleh tapi kena tmbh masa lagi 30-40 minit..tapi feri kat mersing tak konsisten sebab kena tengok air pasang surut.
nor says
saya akan ke tioman bulan aug nanti, tapi masih berkira-kira jeti yg mana..memandangkan ke jeti tanjung gemuk melalui jalan kg lebih pjg,..jalannya ok dan selamat tak? parking ok tak? advise encik, encik prefer yang mana mersing or tanjung gemuk.
FikriNordin (FN) says
setakat yg saya lalu ok je..
parking pn ok.
kalau ikut highway pn akan exit ayer hitam. dan akan lalu jalan kluang-mersing. jln ni pun bengkak bengkok & 1 lane je.
kalau tg gemok jadual feri memang tersusun.
mersing pula jadual feri tak tentu masa sebab kena ikut air pasang surut. kadang2 ada yg awal pagi sangat, ada juga yg lewat ptg sgt.
sheera halim says
kalau saya dari kelantan terus ke tanjung gemuk berapa jamnak sampai? Dan macam mana saya nak tahu jeti mana patut saya turun jika saya menginap di The Barat Hotel?
FikriNordin (FN) says
kalau dari kelantan mungkin 8jam.
the barat tu kt kg. juara.
kebanyakan feri akan stop di kg.tekek & dari tekek kena naik 4wd utk ke kg.juara.
kalau tak silap ada 1 operator feri dari tg gemok terus ke juara.
boleh cuba refer dgn the barat.
biasanya kalau transit kt tekek, pihak resort akan arrange 4wd utk ke kg.juara
Kyleroy says
Asslm.. Boss tmpg tny. Kalau sy naik bas turun di tanjung gemok. Macam mana cara sy hndk pergi ke jeti tnjg gemok tok naik feri di sana ke tioman. Boleh jalan kaki sahaja ke? Atau kene naik teksi? Berapa lama perjalanan dr terminal bas ke terminal jeti tu? TQ
FikriNordin (FN) says
wa’salam.. boleh jln kaki je. sebab jeti tu dkt dgn jalan besar tmpt bas drop kn penumpang.
yati says
boleh tak nk bawa kereta menaiki feri ke pulau tioman
FikriNordin (FN) says
tak boleh.. lagipun kt tioman jalan kecik je dan faktor mukabumi kt sana yg bebukit2
zahuri bin abdul aziz says
As slm boss, saya nak tanya, jika kita xprnah booking mana mana chalet, di mana kita blh dapatkan.
dan tanya untuk bilik penginapan.
FikriNordin (FN) says
wslm.. byk caranya. boleh search di agoda, facebook atau google. cuma kalau di agoda tu biasanya resort2 besar.
zahuri says
bolehkah kita book chalet sewaktu sampi di tioman,atau bagaimana caranya
boleh advise
FikriNordin (FN) says
nak walk in wktu smpai sana pun boleh.. boleh trus deal dgn owner tnpa guna agen. sebab banyak chalet penduduk tempatan yang tak diiklankan di internet. yang pasti kena tau nak pergi kampung mana. setiap kampung tu takdela besar sgt. jarak dari hujung ke hujung 2-3km. mudah nak survey. kalau bukan waktu musim cuti sekolah atau cuti umum, senang nak dpt chalet kalau nk walk in wktu smpai sana.