FikriNordin (FN)

TIPS DAN PANDUAN PERJALANAN KE PULAU TIOMAN

TIPS DAN PANDUAN PERJALANAN KE PULAU TIOMAN- Mungkin ramai yang dah tahu tentang Pulau Tioman tetapi mungkin juga ramai yang belum pernah ke sana. Pulau Tioman terletak di Negeri Pahang dan bersempadan dengan Mersing, Johor.

Untuk ke sana, terdapat beberapa cara jika anda datang dari KL.

  1. Menaiki bas.

Terdapat bas yang akan terus ke Mersing dari Terminal Bersepadu Selatan. Masa perjalan sekitar 5 jam. bas yang menawarkan perkhidmatan ke sana ialah Transnasional, Sepakat Liner dan S&S International. Sila tempah tiket awal terutatama hujung minggu kerana waktu tersebut tiket selalu sold out.

tempahan boleh dibuat secara online di portal TBS

2. Menaiki kenderaan sendiri

Sekiranya memandu sendiri, anda boleh melalui:

Lebuhraya Utara Selatan. 

Sila keluar melalui exit 244-Ayer Hitam iaitu menghala ke Ayer Hitam/Kluang. Selepas itu pastikan ikut arah signborad ke Mersing.

Jika guna PLUS anda boleh berhenti rehat di banyak lokasi jika kepenatan disebabkan masa perjalan pun lebih kurang 5 jam. RnR Pagoh juga sesuai untuk berehat disebabkan lokasi RnR ni berada di tengah-tengah antara KL ke Mersing.

Selepas melalui bandar Kluang, anda akan melalui Kahang dan selepas itu terdapat 1 simpang samada melalui Felda Nitar atau Jemaluang. Digalakkan melalui Felda Nitar kerana jalan yang lebih baik dan Lebih cepat.

Setelah sampai di Mersing, jangan bimbang tentang parking. Sebab ada beberapa tempat yang selamat. Anda boleh gunakan Parking majlis Daerah Mersing yang terletak di sebelah RnR Mersing dan berdekatan dengan Jeti. Harga untuk 1 malam ialah RM15.

Untuk menaiki feri, Sila berurusan di kaunter tiket yang disediakan. Setelah tiket di tangan anda,  register nama atau maklumat diri anda di kaunter yang disediakan. Kemudian bayar conservation fee Jabatan Laut di Kaunter yang berdekatan Jeti tersebut. Step terakhir dapatkan boarding pass di Kaunter masuk ke ruangan menunggu. Boarding pass ni penting sebab tanpa boarding ni anda tak boleh naik feri. Kemudian tunggulah pengumuman untuk menaiki feri. Selalunya jadual feri di Mersing agak kurang tepat disebabkan bergantung kepada pasang surut air laut. Jadi, janganlah gelisah kalau feri delay.

Melalui Tanjung Gemok

Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan terminal feri di Tanjung Gemok. Terminal feri ni dah dibangunkan semula setelah sekian lama menyepi. Tempatnya juga agak besar dan selesa.

Kalau dari PLUS boleh keluar guna exit exit 220-Senawang, kemudian anda akan melalui Kuala Pilah – Muadzam Shah dan di Muadzam Shah akan ada signboard menghala ke Kuala Rompin dan tanjung gemok. Pastikan anda terus sahaja menuju ke Rompin dan akhir sekali ke Terminal Feri Tanjung Gemok. Lokasi terminal ini adalah berhadapan dengan Dataran Tg Gemok iaitu sebelum Jambatan.

Kemudahan tempat letak kereta juga ada disediakan. Caj RM10 sehari.

Di kawasan luar Terminal. Di sini juga tempat untuk parking kenderaan

Kaunter Tiket Feri yang disediakan

Tempat Menunggu dan balai berlepas

Kedai cenderahati & kedai makanan ringan juga ada disediakan di ruangan menunggu.

SELAMAT BERCUTI & MELANCONG….