Travel insurans memang cukup sinonim dengan kaki travel. Sejak banyak kisah viral berkenaan rakyat Malaysia yang terkandas kat hospital luar negara sebab tak mampu bayar bil, ramai yang mula sedar pentingnya perlindungan ni. FN pun salah seorang dari mereka juga. Setiap kali nak ke luar negara asyik terfikir kalau terjadi benda tak elok. Bukan nak minta tapi malang memang tak berbau.
Kos perubatan di setiap negara memang diketahui agak tinggi apatah lagi kalau kita jadi warga asing di negara tersebut. Kalau kena tahan masuk wad lagi tinggi kos yang perlu dibayar. Itu belum lagi jika berlaku kesulitan lain sewaktu perjalanan yang memerlukan kos tambahan.
Sebelum ni FN pernah beli insuran Tune Protect waktu booking tiket Air Asia. Sebenarnya FN ni bukanlah pakar dalam bidang insuran. Tak pernah juga survey travel insuran lain. Tapi sejak rajin membaca ni, banyak juga info yang FN dapat pasal travel insurans. Ada banyak pilihan di luar sana dan harganya juga berbeza.
Apa Beza Travel Insurans Konvensional Dengan Takaful?
Merujuk kepada Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam (JAKIM), 2018, terdapat beberapa perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans konvensional adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut. Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta.
Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional adalah seperti jadual berikut:
IKHLAS Kembara Plus Takaful – Inbound & Outbound
Sewaktu FN mencari travel insurans untuk trip ke Phuket, FN terjumpa dengan IKHLAS Kembara Plus Takaful – Inbound & Outbound yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas. Permohonannya juga sangat mudah dan pantas sebab boleh dibuat secara online tanpa pihak ketiga. Harganya juga murah dan berpatutan.
Leave a Reply