FikriNordin (FN)

Trip ke Hatyai Dan Itinerari Bajet Untuk 3H2M

Trip ke Hatyai 3H2M yang tak dirancang akhirnya berjaya diselesaikan dengan berkonsepkan trip secara bajet. Sepatutnya FN merancang ke Koh Samui tetapi atas sebab-sebab tertentu trip kali ni hanya ke Hatyai sahaja. Mungkin belum ada rezeki untuk sampai ke Samui.

Trip ni pun secara kebetulan bila ternampak post seseorang di Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) memandangkan tarikh dia ke Hatyai adalah sama dengan tarikh FN yang sepatutnya ke Samui. Maka, kami berdua pun mulakan perancangan yang tidaklah begitu rapi disebabkan dah last minit. Kebanyakan pergerakan kami semua secara walk-in.

Hatyai merupakan bandar yang paling popular di Selatan Thailand kerana Hatyai boleh dianggap sebagai lokasi utama transit untuk ke tempat-tempat lain di seluruh Thailand. Di zaman penggunaan media sosial yang meluas ni memang sangat mudah untuk dapat info. Ramai rakyat Malaysia yang telah memviralkan banyak tempat menarik di Hatyai.

FN kongsikan sedikit sebanyak info dan itinerari berkaitan Hatyai untuk rujukan. Sebenarnya ini bukan kali pertama FN berpijak di bumi Hatyai cuma sebelum ni tak sempat untuk jelajah Hatyai sebab hanya transit untuk beberapa jam sahaja. Untuk trip kali ni lebih bersifat santai dan memburu lokasi makanan popular dengan bajet yang minimum.

Itinerari Bajet ke Hatyai

Mungkin ada yang malas nak baca celoteh panjang FN untuk post kali ni. FN dah ringkaskan itinerary seperti di bawah:

27 Sept:

28 Sept:

29 Sept:

30 Sept:

Cara Pergi ke hatyai

Untuk ke Hatyai, banyak alternatif pengangkutan ke sana. FN bersama travel buddy memilih untuk menaiki bas sahaja dari TBS terus ke Hatyai. Tiket bas pun beli secara walk in di kaunter TBS. Sebelum tu kami dah survey melalui beberapa applikasi seperti Catch That Bus, easybook dan Bus Online Ticket. Mujur masih banyak lagi tiket untuk ke Hatyai dan kami memilih untuk naik bas Suasana Edaran jam 11pm (27 sept 18) yang berharga RM60.40 termasuk insuran. Keadaan dalam bas memang sangat selesa dengan seat yang luas, selimut juga disediakan begitu juga dengan plug untuk cas handphone.

Secara purata, perjalanan TBS-Hatyai mengambil masa 10jam dan bergantung juga tahap kesesakan di boarder. Sebelum itu, bas akan berhenti di Bukit Kayu Hitam dan akan ada agent yang tolong isikan borang putih di kaunter tersebut. Tiada bayaran dikenakan dan mungkin juga dah termasuk harga tiket. Perjalanan diteruskan melalui Imigresen Malaysia dan kemudian imigresen Thailand. Agak ramai juga orang pada awal pagi tetapi urusan dapat diselesaikan dengan cepat.

Di Bukit Kayu Hitam, agen akan isikan borang ketibaan untuk masuk ke Thailand.

Kami sampai ke Hatyai pada jam 8.30am (waktu Thailand lewat 1 jam dari Malaysia) dan diturunkan di Hatyai Tony Suasana Tour dan tak jauh dengan Lee Garden Plaza. Tiket Balik pun kami beli di sini berharga THB600/RM76.

Hotel Bajet di Hatyai

Kalau tiket bas kami walk in, hotel pun sama. Waktu sampai Hatyai baru cari bilik. Sasarannya ialah nak cari bilik berharga di bawah THB500. Hampir sejam juga berjalan di Bandar demi mencari bilik bajet. Akhirnya jumpa juga bilik berharga 450 bath iaitu Silla House. Bilik yang sederhana tetapi selesa dan bersih dengan katil double decker. Dilengkapi dengan aircond tetapi shared bathroom. Mujur boleh check in awal tanpa extra charge. Cuma agak malang sebab boleh stay 1 malam je sebab keesokannya bilik full.

Di Silla House ni ada jual pakej untuk ke Samui,Phangan dan lain-lain.

Pada waktu tengah hari kami terus menyusun gerak mengatur langkah untuk mencari bilik bagi keesokannya. Ada beberapa tempat kami tanya tapi dah full. Akhirnya jumpa juga bilik iaitu di Louise Hotel yang berharga THB400. Kami cuma minta bilik kipas sahaja sebab harga untuk aircond adalah THB600. Biliknya agak besar tapi keadaan dalam bilik dan perabotnya cukup menggambarkan usia hotel ni yang agak lama. Hotel ni pun bagi masuk awal tanpa extra charge. Malam kedua memang tidur tak nyenyak sebab kipas dia sangat lah slow dan ada pulak nyamuk yang teman. Ditambah pula dengan bunyi bising kenderaan di jalanan.

Sewa Motorsikal Murah di Hatyai

Kat sini memang tiada masalah dengan pengangkutan. Tuk tuk yang popular di Thailand ada di mana-mana sahaja. Disebabkan kami cuba untuk berjimat, kami plan untuk sewa motorsikal sahaja. Agak susah juga nak cari tempat sewa motorsikal di sini. Kami buat pilihan untuk sewa motorsikal di Silla House iaitu tempat kami bermalam dengan harga THB 250 untuk 1 hari serta deposit THB500. Inilah harga termurah yang kami jumpa. Di tempat lain ada yang sewa pada harga THB300-350 dan deposit mencecah THB1000.

Inilah motorsikal yang banyak berjasa sepanjang berada di Hatyai

Tempat Menarik di Hatyai

Di Hatyai ni memang banyak tempat-tempat menarik terutama kepada yang suka shopping dan makan. Kadar harga di sini sebenarnya tak jauh beza dengan harga di Malaysia. Cuma nilai matawang sahaja berbeza. Sepanjang 3 hari di Hatyai hanya beberapa tempat sahaja FN sempat singgah.

1. Klonghae Floating Market

Hari pertama kami sampai, kami singgah di floating market yang memang agak popular di sini. Floating market ni cuma dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja dari jam 3pm-9pm.  Waktu kami berada di sini, cuaca agak gelap dengan awan berarak mendung kelabu. Mujurlah hujan renyai sekejap kemudian berlalu pergi dan cuaca kembali normal.

Di floating market, kebanyakan peniaga adalah beragama Islam dan fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia. Memang sangat mudah berurusan di sini. Walaupun makanan dijual tidaklah begitu banyak tetapi sudah cukup untuk menjadikan pengunjung rambang mata dan boleh menggugat nafsu makan. Bukan setakat jualan atas sampan di pinggiran sungai tapi banyak juga gerai jualan lain yang berlantaikan tanah. Ada jual pakaian, makanan, minuman dan lain-lain. FN hanya makan tomyam (THB50/RM6) dan air kelapa (THB20/RM2.50).

Makanan yang sempat FN rasa iaitu Tomyam Kung

2. Asean Night Bazaar

Ini lokasi kedua yang FN singgah. Dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 3pm-10.30pm. Di bahagian bawah banyak jualan pakaian dan di tingkat atas ada gerai yang jual makanan. Konsepnya hampir sama seperti uptown di Malaysia. FN ke sini hanya menjamu selera sahaja di tingkat atas. Menikmati Banana Pancake (THB30/RM3.80), kerabu maggi (THB70/RM9) dan Jus Mangga (THB30/RM3.80).

                      

3. Zaina 2 Restaurant (Dimsum Halal di Hatyai)

Tempat makan menarik di Hatyai antaranya ialah Zaina 2 Restaurant. Dibuka setiap hari dari jam 6am-10pm. Antara yang menarik dan cukup popular di sini ialah Dimsum yang dijamin halal. FN datang ke sini 2 kali dan antara menu yang FN cuba ialah Nasi Goreng (THB100/RM12.80), Dimsum (THB120/RM15- untuk 6 mangkuk), Teh Ais (THB35/RM4.50) & Teh O Ais (THB30/RM3.80).

Tips penting ketika di sini ialah bila dah siap pilih dimsum tu, terus tangkap gambar untuk rujukan terutama kalau baru 1st time makan. Sebab macam tak sistematik sangat cara pekerja uruskan menu. Waktu kita bagi menu pilihan tu pekerja dah siap catat no. meja dan nama tapi bila hantar ke pelanggan, dia pulak tanya kita betul ke menu tu kita punya. Padahal sebelum tu dah bagi no.meja dan nama. Kadang-kadang kita pun tak ingat apa yang kita pilih tu apatah lagi makanan yang bukan kebiasaan kita makan.

Pengunjung perlu pilih mana yang berkenan. Kemudian kena serahkan kepada pekerja tu untuk dimasak. Jangan terus makan pulak.
Rupa dimsum yang telah siap dimasak secara kukus.
Nasi goreng yang macam nasi goreng pataya cuma ada letak daging merah.

Baca Sambungan : Hari Kedua dan Hari Ketiga