FikriNordin (FN)

Trip Phuket 4h3m Dengan Kos Yang Minimum Tetapi Berbaloi

Trip Phuket menjadi trip penutup untuk FN bagi tahun 2018. Trip untuk tahun 2019 masih dalam perancangan tetapi ada beberapa lokasi yang sudah mula bermain-main di fikiran. Seperti kebiasaan, trip FN bukanlah trip yang dirancang terlalu awal tetapi banyak yang dirancang kurang 2 bulan. Apa yang penting adalah kos tidak terlalu tinggi walaupun last minit.

Seperti yang ramai sedia maklum, Phuket ni pulau terbesar di Thailand dan memang cukup popular dan dikenali serata dunia. Terdapat banyak tarikan seperti alam semulajadi, monumen-monumen menarik dan night market.

Destinasi terakhir FN adalah Phuket disebabkan Phuket dah mula Peak Season iaitu musim panas yang bermula pada November. Kebanyakan lokasi lain yang FN survey dah mula menuju musim hujan pada hujung tahun.

Waktu Sesuai Untuk ke Phuket

Phuket secara umumnya akan mengalami dua musim iaitu:

Waktu Peak Season adalah waktu terbaik untuk Trip Phuket disebabkan cuaca yang panas dan kurang hujan. Sesuai untuk buat pelbagai aktiviti. Cuma dari segi kos ianya agak tinggi terutama harga bilik, flight, dan island hoping.

Trip Phuket 4h3m Berserta Itinerari

Hari Pertama
1800- Berlepas dari KLIA2 dengan AirAsia (RM229 untuk 2 hala)
1830 (waktu Thai) – Tiba di Phuket International Airport
1900 – Airport pick up oleh Phuket Car Rent & Travel dan dibawa ke ofis untuk pengesahan dokumen dan bayaran. FN dah buat tempahan motorsikal untuk tempoh 3 hari. (THB750 @ THB375/pax)
1915 – Bertolak ke Patong untuk check in di Live in Phuket Hotel (THB1080 @ THB540/pax untuk 3 malam)
2015 – Check in bilik
2100 – Makan malam di Wai Thai Restaurant yang tak jauh dari hotel iaitu berdekatan masjid (THB140)
2145 – Ronda-ronda sekitar Patong

Hari Kedua
0930 – Sarapan di restoran halal berdekatan masjid (THB80)
1015 – Melawat Phuket Tiger Kindom dan bergambar bersama harimau (THB1000 untuk harimau besar)
1130 – Ronda-ronda sekitar Patong Beach dan Bangla Walking Street
1600 – Pergi ke viewpoint di Promthep Cape
1900 – Makan malam di Core Cafe (THB100)

Hari Ketiga
0800 – Island hoping Phi Phi Island (THB900)
1700 – Aktiviti island hopping tamat dan balik ke bilik
2100 – Makan malam di Kusuma Restaurant (THB160)
2200 – Bersantai di Patong Beach

Hari Keempat
1100 – Check out
1130 – Lunch di Hawa Kitchen (THB100)
1300 – Melawat Wat Chalong
1430 – Melawat Big Buddha
1545 – Pergi ke Phuket Old Town
1715 – Hantar motor ke Phuket Car Rent & Travel
2040 – Berlepas dari Phuket International Airport
2310(waktu Malaysia) – Tiba di KLIA2.

FN kongsikan info yang lebih lengkap setiap aktiviti yang dilakukan bermula dengan hari pertama. Ini pun untuk rujukan FN juga kalau datang lagi ke Phuket. Maklum la bila dah lama kadang-kadang selalu terlupa.

Trip Phuket Hari Pertama Yang Berjalan Lancar

Perjalan hari pertama untuk ke Phuket semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Orang pun tidak terlalu sesak terutama waktu buat pemeriksaan keselamatan tu. Tak perlu nak beratur panjang pun. Flight Air Asia pun berlepas tepat pada waktunya iaitu jam 1800.

Harga tiket 2 hala RM229 dan ianya harga yang sederhana murah. Sepatutnya ada harga yang lagi murah dari KLIA2-Phuket iaitu RM59 tapi waktu nak booking dan buat bayaran tetiba keluar sistem error. Rupanya dah ada orang grab tiket harga tu dan terpaksa ambil yang harga RM89. Apa boleh buat memang tiada rezeki dapat yang murah tu.

Sewa Motorsikal Murah di Phuket Airport

Untuk bergerak bebas di Phuket memang tiada masalah dari segi pengangkutan. Macam-macam pilihan ada samada sewa kereta, motor, bas, atau guna travel agent. FN hanya sewa motor dengan agen yang tak jauh dari airport. Tempahan awal dah dibuat oleh kawan FN dengan Phuket Car Rent & Travel.

Harga untuk 1 hari hanya THB250 dan ianya boleh dianggap murah. Kami bergerak ke Patong dengan menaiki motorsikal dengan masa perjalanan hampir 1jam meredah jalan yang berliku terutama ketika menghampiri Patong. Lebih jimat daripada naik minivan.

Agen tu akan pick up di airport dan bawa ke sini untuk urusan dokumen dan bayaran. Tak perlu bagi passport dan deposit. Hanya passport copy sahaja.

Untuk buat tempahan dengan Phuket Car Rent & Travel, boleh isi borang online di website http://phuketcarrent.com/reservation.php ataupun emel info@phuketcarrent.com. Agen ni memang banyak komunikasi guna emel.

Dari Phuket Airport ke Patong boleh menaiki minivan berharga THB180. Selalunya minivan ni kena tunggu penumpang penuh baru akan bergerak ke destinasi. Bas pun ada dari airport tapi tak pasti berapa harganya. Waktu keluar dari airport boleh terus pergi ke kaunter untuk dapatkan pengangkutan ke Patong atau lain-lain destinasi di Phuket.

Ini dia motosikal yang setia berkhidmat sepanjang trip phuket ni.

Untuk sewa motorsikal di Patong pun banyak pilihan dan FN sempat tengok di beberapa tempat yang tawarkan harga serendah THB180. Kebanyakan adalah dalam lingkungan THB200-THB250 bergantung kepada jenis motor.

Hotel Murah di Live In Phuket Hotel

Hotel murah di Phuket terutama di sekitar Patong memang ada banyak terutamanya harga di bawah RM100. Beberapa minggu sebelum travel FN ternampak harga untuk Live In Phuket ni memang sangat murah. Bilik ni pun FN survey di Agoda dan memang bernasib baik dapat harga promo yang agak murah iaitu RM45/night untuk Deluxe King Room. Dengan fasiliti yang ada dalam bilik tu memang FN sangat puas hati tidak seperti trip FN ke Hatyai sebelum ni. Dilengkapi dengan katil  besar, aircond, peti ais, pemanas air, wifi yang laju, balkoni dan lain-lain memang cukup berbaloi dengan harga tersebut. Lokasinya juga strategik sebab dekat dengan pelbagai kemudahan seperti 7 eleven, retoran halal, Patong Beach dan lain-lain.

Bilik yang besar, bersih dan selesa.
Ada Balkoni dan kerusi. Boleh bersantai sambil tengok pemandangan kat luar.
Pemandangan dari balkoni. Bilik ni tingkat 4. Laluan depan hotel ni memang sibuk. Kalau bawa motor senang nak parking tapi kalau kereta tak pasti kat mana nak park.

FN cadangkan buat pilihan di AGODA untuk senarai bilik yang murah di Phuket.

Makan Malam di Restoran Halal Wai Thai

Restoran halal di Phuket memang tiada masalah. Di Patong pun ada beberapa restoran halal dari yang murah hinggalah yang mahal. Berdekatan Masjid Nurul Islam ada banyak restoran halal dan harganya sangat berpatutan dan makanan pun sedap. Hari pertama kami makan malam di Restoran Wai Thai. Menu nasi goreng ayam dengan Teh Ais Thai yang berharga THB140. Trip phuket ni FN ada juga bawa sedikit makanan dari Malaysia.

Restoran Wai Thai yang tak jauh dari Masjid

 

Artikel berkaitan untuk Trip 4h3m ke Phuket: