• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

Pulau Mataking Syurga Hidupan Dasar Laut

2018 By FikriNordin (FN) 15 Comments

Untuk hari ketiga island hoping bersamaan hari keempat di Semporna akan pergi ke Pulau timba-timba, Pulau Mataking dan Pulau Pompom. Agak kurang seronok sebab ramai rakan-rakan lain yang dari hari pertama dah tak join trip hari ketiga sebab mereka semua hanya ambil pakej untuk 2 hari sahaja tapi masih ada 3 orang lagi yang masih kekal untuk hari terakhir.

Pulau Timba-timba

Hari terakhir ni lokasinya agak jauh. Pulau yang pertama ada Pulau Timba-timba. Hampir 50minit juga dari Jeti Umum. Waktu perjalanan ke sana juga keadaan laut agak sedikit berombak. Pulau ni juga mirip Pulau Sibuan tetapi di timba-timba pasirnya lebih panjang dianggarkan lebih 500m. Kami diturunkan di sini hanya 30 minit sahaja untuk sesi bergambar.

Pulau Timba-timba
Kat bahagian hujung ni pasirnya lebih putih dan halus.

Pulau Mataking

Kemudian kami terus menuju lokasi berikutnya iaitu Pulau Mataking yang lebih jauh dari timba-timba. Dari segi geografinya, pulau ini sangat hampir dengan perairan negara Filipina ataupun dengan istilah lain adalah bersempadanan dengan Filipina. Di sini juga anggota keselamatan lebih ramai ditempatkan dan dikatakan juga ada helipad di sini.

Sebenarnya Pulau Mataking ni  terbahagi 2 iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Bila air pasang akan nampak Pulau Mataking Kecil dan Mataking Besar ni seolah terpisah tetapi jika air surut akan nampak kawasan yang berpasir yang menghubungkan kedua pulau ni. Pulau ini juga dianggap lokasi honeymoon popular dalam kalangan pelancong eropah dengan adanya resort yang menarik di sini.

Kredit foto mysabah.com

  • Pulau Mataking kecil

Bagi penggemar aktiviti snorkeling, Pulau Mataking Kecil adalah lokasi paling ideal. Di sini boleh snorkeling sambil melihat terumbu karang yang begitu banyak dan berwarna warni tanpa sebarang kerosakan. Ikan-ikan juga banyak di sini. Terdapat beribu spesis terumbu karang dan bagi FN inilah kemuncak aktiviti snorkeling sepanjang 3 hari island hoping. Sebab tempat lain cuma tengok pasir je tapi kat sini baru lah nampak syurga di bawah air.

  • Pulau Mataking Besar

    Hampir 1jam snorkeling di Mataking kecil, kami dibawa ke Mataking Besar untuk makan tengah hari. Di sini kawasannya lebih luas dan pantainya yang berpasir putih serta bersih dan di sini juga terdapat kemudahan resort.

Pulau Mataking
Di sini lokasi kami diturunkan untuk makan tengah hari. pasirnya memang halus mulus gebu dan putih berseri.

Pulau Mataking
Anggota keselamatan lebih ramai di sini disebabkan paling hampir dengan sempadan Filipina
Pulau Mataking Semporna
Kemudahan jeti juga disediakan
Pulau Mataking
Kelihatan pasir pantai yang menghubungkan antara Pulau Mataking Besar dan Mataking Kecil. Ini lokasi utama snorkeling

Hampir 40 minit kami di Pulau Mataking Besar dan boatman telah bersiap sedia untuk membawa kami ke lokasi terakhir iaitu Pulau Pompom.

Pulau Pompom

Setibanya kami di Pantai, boatman terus pergi ke balai anggota keselamatan tetapi malangnya kami tidak boleh berada di kawasan pantai tersebut. Ruginya sebab tak dapat pijak kaki di sini. Kami hanya snorkeling dengan jarak sekitar 50m dari pantai. Coral di sini tidak lah banyak seperti di Mataking tetapi OK lah untuk menjamu mata buat kali terakhir.

Pulau Pompom

Jam menunjukkan hampir 3pm maka berakhirlah aktiviti di sini sekaligus menamatkan aktviti island hoping selama 3 hari.

Sebaik Sahaja sampai di Jeti Umum, terus sahaja balik ke penginapan untuk berkemas. Memandangkan flight adalah pada 8.50pm, masih ada banyak masa lagi. Jam 5pm bertolak pergi ke Tawau dan berhenti sebentar untuk makan di restoran yang tak jauh dari airport.

7.30pm sampai di airport tapi agak malang sebab flight delay jam 9.25pm. nasib baik flight malam ni lebih cepat cuma 2jam 30 minit je. Cuaca agak tak berapa baik. Keadaan dalam pesawat banyak kali bergegar mungkin langgar awan2 yang sado. Lama juga kami kena pakai seat belt. Akhirnya jam 12.15am AK5740 selamat mendarat di KLIA2.

Berakhirlah sudah trip FN ke Semporna yang dah lama ditangguhkan sebelum ni. Walaupun kulit semakin gelap, tetapi kepuasan yang dapat sepanjang 4h3m memang cukup berbaloi. Semoga kita berjumpa lagi wahai pulau-pulau di Semporna.

Artikel berkaitan untuk trip 4 hari 3 malam di Semporna Sabah:

  • Hari Pertama – Trip dan Itinerary ke Semporna Sabah
  • Hari Kedua – Trip ke Pulau Mabul Yang Menyeronokkan
  • Hari Ketiga – Pulau Bohey Dulang Yang Menakjubkan

Filed Under: Sabah, TRAVEL Tagged With: Malaysia-Semporna

Reader Interactions

Comments

  1. afiza says

    2018 at 11:35 pm

    Wowww…cantiknya la.

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 11:52 pm

      haa..betul tu. kalau tengok gambar je memang tak puas

      Reply
  2. NorFarhana says

    2018 at 2:44 pm

    Boleh saya tanya ,bila di jeti umum ,memang dia ada ticket2 Untuk ke pulau2 tuuu ka?atau kita kena ambik tour guide jugak?kalau just pergi jeti umum beli ticket utk ke pulau2 tu jugak xpe x?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 10:50 pm

      memang kena amik tour guide… sbb kt jeti tu takde kaunter tiket pun.
      yg naik bot tu semua dah siap sedia dgn tiket & permit.
      nk masuk pulau tu mmg kena siap permit..tour agent yg akan uruskan..
      mungkin atas faktor keselamatan perairan kt sana
      bila naik bot tu nama kita dah mmg ada dlm list.

      Reply
  3. nina says

    2018 at 11:22 am

    boleh tau amek pakej dari tavel agent apa?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 8:56 pm

      Boleh contact Cik Ann: 014-3567379

      Reply
  4. Hamparan samudera says

    2018 at 12:21 am

    Terima kasih kpd suadara FN..
    Berkat blog saudara..alhamdulillah.. Ramai yg bertanya-tanya dn menyertai atau mengambil pakage dr sy..
    Semoga rezeki saudara FN d permudahkan dn d beri kesihatan yg baik..

    0133126217 / 0186942518

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 9:13 pm

      Sama-sama HS.
      semoga bisnes sukses selalu.

      Reply
  5. Amirul says

    2018 at 2:29 pm

    Total bajet ke semporna kcuali flight berapa FN?

    Reply
    • FikriNordin (FN) says

      2018 at 4:01 pm

      Island hoping (3hari) = RM275 per pax
      Bilik (3malam) = RM165 per room
      Makan minum = RM70 per pax.. yg ni ikut nafsu juga..hehe. utk lunch dh termasuk dlm pakej island hoping.

      untuk airport transfer naik kereta kwn kt sana. Tapi rasanya kalau amik pakej dgn dia memang dah cover utk airport transfer tu.

      Boleh cuba contact Cik Ann 014-3567379 untuk dapatkan pakej terkini.

      Reply
      • Dalili says

        2022 at 9:27 am

        Hai nak tanya kalau buat payment dengan agent Cik Ann ni, dia ada sediakan black and white documentation tak macam bukti pembayaran kita dah buat payment?

        Reply
        • FikriNordin (FN) says

          2022 at 10:52 pm

          Ada rasanya.. dulu kawan FN yg kat Tawau liaise dgn dia. Tak pasti detail documentation tu

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2025 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in