• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

Cara Hapuskan Pepijat Dengan Lebih Berkesan

2017 By FikriNordin (FN) Leave a Comment

Cara hapuskan pepijat memang agak rumit dan memerlukan kesabaran. Pepijat merupakan sejenis serangga dan kegemarannya ialah menghisap darah. Pepijat lebih cenderung menghisap darah manusia ketika waktu tidur yang sedang lena dibuai mimpi indah. Kesan daripada gigitannya ialah kulit akan kemerahan dan terasa gatal. Boleh baca selanjutnya di wikipedia.

Selalunya waktu gigitan tu mungkin kita tak terasa tetapi beberapa minit selepas gigitan tu baru terasa gatal dan kemerahan. Kalau dah pastikan memang tiada nyamuk tetapi tetap terasa gatal, maka tak lain tak bukan ialah angkara si pepijat durjana ni.

Memang merimaskan kalau rumah kita diserang dengan serangga. Walaupun rumah kita bersih dan kemas tapi banyak faktor juga pepijat ni datang melepak rumah kita contohnya faktor cuaca yg menyebabkannya berpindah dari habitat asal.

Selalunya kawasan yang tersorok menjadi pilihan untuk bersarang. Port lepak pepijat ni selalunya di bawah sofa, tilam, tikar getah dan tempat2 berongga. Proses pembiakannya memang sangat pantas. Mula-mula sikit je dan dalam masa beberapa minggu dah mula bertelur bagi meneruskan legasi mereka. Pastikan bila dah ada sikit-sikit tu terus bertindak segera sebelum datangnya serangan besar besaran.

Hapuskan Pepijat Dengan Bio-D

Antara cara yang mudah dan berkesan untuk hapuskan pepijat adalah dengan menggunakan Bio-D. Ramuan produk ni memang dibancuh khas untuk hapuskan pepijat. Bahan-bahanya adalah bersifat organik. Oleh itu ia tidak berbahaya kepada manusia.

Cara penggunaannya cukup mudah iaitu semburkan sahaja di kawasan yang jadi tempat pembiakannya. Semburkan secara konsisten sehingga tiada lagi berkeliaran. Untuk hapuskan pepijat secara keseluruhan memang mengambil masa. Sekurang-kurangnya ia mampu menghalang daripada terus mengawan dan membiak.

cara hapuskan pepijat
Produk ni ada dijual di Giant berharga RM28.29

Halau Serangga Dengan Serai Wangi

Antara cara lain untuk halau serangga ni adalah dengan menggunakan serai wangi. Memang wangi pun baunya dan tak membahayakan kesihatan manusia. Malah aromanya dikatakan dapat memberikan ketenangan kepada yang menghidunya. Cuma serangga sahaja yang akan lari sebab tak tahan dengan bau serai wangi ni.

cara halau serangga
Serai wangi yang ada dijual di Aeon Big, Giant dan lain-lain

Kalau dengan cara ni masih tak berkesan, mungkin kena guna servis pest control. Walaupun guna servis pest control, nak hapuskan pepijat ni bukan boleh serta merta. Selalunya kena buat beberapa kali servis dan perlu tunggu beberapa minggu juga untuk pastikan kawasan tu bebas pepijat 100%.

Filed Under: CORAT CORET, Tips Tagged With: pepijat

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2023 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in