• Skip to main content
  • Skip to secondary menu
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

FikriNordin (FN)

Biar Jari Berbicara

  • LAMAN UTAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • DESTINASI
    • Hotel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Sabah
      • Pulau Pinang
    • Filipina
      • Cebu
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

Khasiat Air Kelapa Untuk Kesihatan

2017 By FikriNordin (FN) Leave a Comment

Khasiat air kelapa memang banyak terutama dalam bidang perubatan tradisional. Rasanya yang sedap juga menjadikannya antara minuman pilihan orang ramai. Malaysia sangat bernasib baik sebab pokok kelapa ada di merata tempat.

Khasiat air kelapa untuk perubatan

Berita Harian

Khamis, 29/08/2012
Oleh Nor Hatina Shuib

Ketika cuaca panas, minum air kelapa memang melegakan. Selain pelepas dahaga, air kelapa juga dimanfaatkan sebagai ubat pelbagai penyakit.

Sejak dulu, minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.

Lebih istimewa, air kelapa boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan. Bagi rawatan tradisional pula, ia adalah ubat berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing dalam usus, diminum pada sebelah pagi sebelum makanan lain diambil.

Hasil kajian mendapati air kelapa yang diminum kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula antara 1.7 hingga 2.6 peratus dan protein 0.07 hingga 0.55 peratus.

Buah ajaib

Di Filipina, air kelapa lebih kepada proses pembuatan minuman alkohol, cuka, nata de coco dan jelly manakala di negara kita, air kelapa digunakan untuk minuman dan bahan asas pembuatan nata de coco. Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera turut dikenali Wonder Food. Ia dipanggil begitu disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa yang diperlukan tubuh.

Di beberapa negara, kelapa dikaitkan dengan mitos buah ajaib. Penganut Hindu memanggil kelapa sebagai pokok syurga kerana dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan dan umur panjang.

Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. Malah sebiji kelapa cukup untuk memenuhi keperluan Vitamin C seharian, selain membantu mengawal penyakit diabetes.

Ahli Persatuan Dietetik Amerika, Andrea Giancol RD, berkata kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.
Namun, katanya, walaupun begitu berkhasiat, perlu juga mengambil sumber tambahan lain seperti sayur dan buah.

INFO: Antara fakta dan mitos

Fakta

  • Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun – Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut, namun ia bersifat sementara.
  • Minuman air kelapa awet muda – Air kelapa mengandungi vitamin C yang baik untuk kesegaran kulit.

Mitos

  • Air kelapa membuat badan lemah – Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat, asam amino, vitamin dan ion yang memberi tenaga.
  • Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi – Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.
  • Lelaki minum air kelapa lemah syahwat – Secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.
  • Air kelapa penyebab sakit jantung – Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.
  • Jangan minum air kelapa ketika diet – Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukan kerana yang membuatkan kegemukan adalah santan dan isi kelapa.
  • Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut – Hamil atau tidak, minum air kelapa memang menyegarkan.
khasiat air kelapa
Khasiat air kelapa yang tak perlu diragui. Seeloknya minum air kelapa tanpa campuran gula untuk kesihatan yang terbaik

Berdasarkan artikel di atas dan beberapa kajian yang dibuat, khasiat air kelapa memang tak perlu dipertikaikan lagi. Malah khasiat air kelapa juga banyak membantu dalam perubatan tradisional sejak zaman berzaman. Pada bulan ramadhan juga, air kelapa antara minuman yang selalu dijual disebabkan permintaan tinggi pelanggan.

 

sumber artikel : http://hqe2.moh.gov.my/modules/artikel/item.php?itemid=83

sumber gambar : http://sistasehat.com/manfaat-air-kelapa-untuk-ibu-hamil/

Filed Under: KESIHATAN Tagged With: air kelapa

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

SEARCH

KATEGORI

  • AGAMA
  • CORAT CORET
    • Bisnes
    • Santai
    • Tips
    • Topik Am
  • GAYA
  • KESIHATAN
  • TEKNOLOGI
  • TRAVEL
    • Filipina
      • Cebu
    • Hotel
    • Malaysia
      • Johor
      • Kuala Lumpur
      • Pahang
      • Pulau Pinang
      • Sabah
    • Thailand
      • Hatyai
      • Koh Lipe
      • Phuket

ARKIB

Footer

CONTACT

admin@fikrinordin.com

PENAFIAN

Ini adalah blog peribadi saya. Mana-mana teks dan gambar-gambar yang disiarkan dalam blog ini tidak berkaitan dengan sesiapa melainkan nama / beliau disebut. Penerbitan semula kandungan dalam blog ini adalah tidak dibenarkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pemilik blog.

Recent Posts

  • Cara Buat Blog Menggunakan WordPress
  • Kedai Peralatan Kesihatan Di Shah Alam
  • Lori Sewa Murah Untuk Pindah Barang Dari RM100*
  • Cara Bayar PTPTN Guna Simpanan KWSP
  • Travel Insurans Konvensional Atau Takaful?

Copyright© 2023 · Fikri Nordin (FN). All Rights Reserved. Magazine Pro On Genesis Framework · WordPress · Log in