Untuk hari ketiga island hoping bersamaan hari keempat di Semporna akan pergi ke Pulau timba-timba, Pulau Mataking dan Pulau Pompom. Agak kurang seronok sebab ramai rakan-rakan lain yang dari hari pertama dah tak join trip hari ketiga sebab mereka semua hanya ambil pakej untuk 2 hari sahaja tapi masih ada 3 orang lagi yang masih kekal untuk hari terakhir.
Pulau Timba-timba
Hari terakhir ni lokasinya agak jauh. Pulau yang pertama ada Pulau Timba-timba. Hampir 50minit juga dari Jeti Umum. Waktu perjalanan ke sana juga keadaan laut agak sedikit berombak. Pulau ni juga mirip Pulau Sibuan tetapi di timba-timba pasirnya lebih panjang dianggarkan lebih 500m. Kami diturunkan di sini hanya 30 minit sahaja untuk sesi bergambar.
Pulau Mataking
Kemudian kami terus menuju lokasi berikutnya iaitu Pulau Mataking yang lebih jauh dari timba-timba. Dari segi geografinya, pulau ini sangat hampir dengan perairan negara Filipina ataupun dengan istilah lain adalah bersempadanan dengan Filipina. Di sini juga anggota keselamatan lebih ramai ditempatkan dan dikatakan juga ada helipad di sini.
Sebenarnya Pulau Mataking ni terbahagi 2 iaitu Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Bila air pasang akan nampak Pulau Mataking Kecil dan Mataking Besar ni seolah terpisah tetapi jika air surut akan nampak kawasan yang berpasir yang menghubungkan kedua pulau ni. Pulau ini juga dianggap lokasi honeymoon popular dalam kalangan pelancong eropah dengan adanya resort yang menarik di sini.
Kredit foto mysabah.com
-
Pulau Mataking kecil
Bagi penggemar aktiviti snorkeling, Pulau Mataking Kecil adalah lokasi paling ideal. Di sini boleh snorkeling sambil melihat terumbu karang yang begitu banyak dan berwarna warni tanpa sebarang kerosakan. Ikan-ikan juga banyak di sini. Terdapat beribu spesis terumbu karang dan bagi FN inilah kemuncak aktiviti snorkeling sepanjang 3 hari island hoping. Sebab tempat lain cuma tengok pasir je tapi kat sini baru lah nampak syurga di bawah air.
-
Pulau Mataking Besar
Hampir 1jam snorkeling di Mataking kecil, kami dibawa ke Mataking Besar untuk makan tengah hari. Di sini kawasannya lebih luas dan pantainya yang berpasir putih serta bersih dan di sini juga terdapat kemudahan resort.
Hampir 40 minit kami di Pulau Mataking Besar dan boatman telah bersiap sedia untuk membawa kami ke lokasi terakhir iaitu Pulau Pompom.
Pulau Pompom
Setibanya kami di Pantai, boatman terus pergi ke balai anggota keselamatan tetapi malangnya kami tidak boleh berada di kawasan pantai tersebut. Ruginya sebab tak dapat pijak kaki di sini. Kami hanya snorkeling dengan jarak sekitar 50m dari pantai. Coral di sini tidak lah banyak seperti di Mataking tetapi OK lah untuk menjamu mata buat kali terakhir.
Jam menunjukkan hampir 3pm maka berakhirlah aktiviti di sini sekaligus menamatkan aktviti island hoping selama 3 hari.
Sebaik Sahaja sampai di Jeti Umum, terus sahaja balik ke penginapan untuk berkemas. Memandangkan flight adalah pada 8.50pm, masih ada banyak masa lagi. Jam 5pm bertolak pergi ke Tawau dan berhenti sebentar untuk makan di restoran yang tak jauh dari airport.
7.30pm sampai di airport tapi agak malang sebab flight delay jam 9.25pm. nasib baik flight malam ni lebih cepat cuma 2jam 30 minit je. Cuaca agak tak berapa baik. Keadaan dalam pesawat banyak kali bergegar mungkin langgar awan2 yang sado. Lama juga kami kena pakai seat belt. Akhirnya jam 12.15am AK5740 selamat mendarat di KLIA2.
Berakhirlah sudah trip FN ke Semporna yang dah lama ditangguhkan sebelum ni. Walaupun kulit semakin gelap, tetapi kepuasan yang dapat sepanjang 4h3m memang cukup berbaloi. Semoga kita berjumpa lagi wahai pulau-pulau di Semporna.
Artikel berkaitan untuk trip 4 hari 3 malam di Semporna Sabah:
- Hari Pertama – Trip dan Itinerary ke Semporna Sabah
- Hari Kedua – Trip ke Pulau Mabul Yang Menyeronokkan
- Hari Ketiga – Pulau Bohey Dulang Yang Menakjubkan