Pada 13-14 April 2017, FN dan rakan-rakan pejabat berjaya meluangkan masa untuk melakukan outdoor acktivity di FRIM Kepong. Memandangkan ini adalah perancangan saat akhir, ada beberapa aktiviti yang dirancang tidak dapat dilakukan. Pada asalnya kami merancang untuk berkhemah tetapi disebabkan camp site telah penuh, kami memilih untuk bermalam di A-hut dengan harga RM50 1 malam.
Berikut merupakan koleksi gambar yang sempat FN rakam sepanjang berada di FRIM Kepong.
HARI PERTAMA
memandangkan tapak khemah yang kami idamkan telah penuh, kami terpaksa mencari alternatif lain iaitu menginap di A-hut yang disediakan. fasiliti yang ada di A hut ini agak mencukupi dan ekonomikal.
Dalam A hut ini disediakan lampu, kipas, dan sleeping mat serta boleh memuatkan sehingga 3 orang dewasa. Di sekitarnya juga disediakan kemudahan tandas yang bersih dan selesa, tempat barbeque, tempat untuk nyalakan unggun api dan pondok yang agak besar.
Hari pertama FN dan rakan-rakan sampai, kami mulakan dengan aktiviti sukaneka pada jam 5 petang. terdapat kawasan lapang berhampiran tempat kami menginap. Sebelah malam pula kami menikmati barbeque dan diakhiri dengan game kotak beracun. Selepas tu masing-masing masuk ke hut untuk tidur.
HARI KEDUA
Kami telah memilih untuk melakukan jungle trekking sebagai aktiviti di FRIM Kepong. Untuk aktiviti ini seorang tour guide disediakan oleh pihak FRIM.
inilah guide tersebut iaitu En. Bukhari. Pada mulanya, dia ceritakan serba sedikit tentang latar belakang FRIM yang mana FRIM merupakan kawasan lombong suatu masa dahulu dan FRIM juga merupakan hutan buatan yang mana pokok-pokok di sini mula ditanam sekitar tahun 1920an. Sungai-sungai yang mengalir juga bukanlah semuladi tetapi aliran air tersebut juga adalah buatan.
Kemudian kami dibawa untuk mengenali beberapa jenis pokok sepanjang aktiviti jungle trekking tersebut.
Pokok Ipoh
Pokok Jelutong
Pokok Kapur
Pokok Meranti
Inilah kali pertama FN jumpa pokok Paku Merak. Namanya bersempena dengan nama merak disebabkan daunya yang agak cantik bila terkena matahari yang mana daunnnya kelihatan bersinar seperti ekor burung merak.
Sepanjang perjalanan itu juga, boleh jumpa rumah melaka. Mengikut kami punya guide, rumah ini juga sangat popular dalam penerbitan filem seram kerana selalu dijadikan lokasi penggambaran.
Berdekatan dengan rumah melaka ialah rumah terengganu. Seperti kebiasaannya, rumah terengganu dibina agak tinggi dan pembinaannya tidak menggunakan paku.
Kami juga sempat singgah di air terjun FRIM tersebut. tempat ini sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya yang tidaklah terlalu deras.
Aktiviti jungle trekking diteruskan dengan melalui laluan yang sederhana sukar. Ini pun permintaan kami kepada tour guide tersebut sebab laluan yang mula-mula tadi belum cukup puas bagi kami.
Seperti biasa tour guide akan berhenti seketika untuk memberi sedikit penerangan berkenaan dengan pokok-pokok yang ada di sepanjang laluan tersebut. Ini adalah pokok yang boleh dijadikan alternatif untuk bandage. Hanya layurkan daun ini dan jadikan ia seperti bandage.
Ini pula buah bertam. FN sangkakan ia adalah buah salak sebab pokok dan buahnya seakan sama. Sebenarnya Salak dan Bertam adalah dalam keluarga yang sama cuma bertam ni agak keras.
Kemuncak untuk aktiviti jungle trekking tersebut adalah pemandangan pokok yang agak menakjubkan ni. Pokok ni tidak akan bersentuhan antara satu sama lain dan itulah sahaja jarak yang paling dekat. FN terlupa apa nama pokok ni.
Aktiviti jungle trekking berakhir sekitar jam 12pm dan kami pun makan tengah hari yang disediakan. Kemudian masing-masing mula bergerak pulang sekitar jam 1pm.
Secara keseluruhannya, FRIM adalah tempat yang menjanjikan sesuatu yang menarik untuk dikunjungi.
untuk maklumat lanjutberkaitan FRIM, boleh layari Portal Rasmi FRIM
Hyqarl says
Nice place… pic yang last tu memang awesome la.
FikriNordin (FN) says
memang awesome sangat